m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label double tree. Show all posts
Showing posts with label double tree. Show all posts

Saturday, January 9, 2016

Selamat hari jadi isteriku: Tahun 2015 di Makan Kitchen

Bahagian 1

16 Disember 2015 - Isteriku menyambut hari lahirnya pada hari ini. Kami anak beranak pergi ke Restoran Makan Kitchen di Hotel Double Tree untuk makan tengah hari. Ayah dan ibuku pun turut sekali. Begitu jugak dengan anak saudaraku, Yana. Yang tak ada pada hari itu adalah Syahmie, pasal dia kena bertugas di MRSM sempena minggu interview pelajar-pelajar untuk ke tingkatan 1.


Restoran Makan Kitchen bukanlah asing bagi kami. Selalu jugak kami ke sini sebelum ni. Makanan di sini memang dah terkenal dengan kepelbagaiannya, dan rasanya yang agak lazat jugak. Ada masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Semua local taste dan flavour. Masakan barat dan timur tengah tak ada pulak kat sini.

Semua happy dapat makan kat sini.
Isteriku menikmati mi sup yang enak.
Amier makan lauk ketam sampai licin pinggannya.
Ayahku sedang menjamah roti pita. Lepas ni nak makan bihun sup pulak.
Amier belum apa-apa dah pekena aiskerim.
Puas hati bagi dua sepupu ini.
Amier nak ambil air batu campur.
Sabriena makan sambil main dengan makanannya.
Amier masih dengan air batu campurnya.
Sabriena dah puas makan. Sekarang masa untuk main pulak.
Ayahku lah yang paling fokus sekali bila makan.
Aku mulakan dengan memakan makanan yang agak santai dan ringan seperti sup. Lepas tu barulah aku makan yang lebih berat. Mula-mula berat sederhana. Lepas tu barulah aku makan makanan yang sangat berat seperti nasi beriyani, daging seladang bakar, batu lesung, ikan paus biru bersalut tepung dan kereta kebal berinti bom.

Bersantai di tepi jendela kaca.
Isteriku juga sedang menikmati air batu campur.
Ibuku paling awal surrender.
Dua beradik yang kuat makan.
Amier menikmati kek  pelbagai rasa.
Ayah dan ibuku nampaknya makan tak banyak sangat. Kemampuan aku untuk menyumbat segala macam makanan ke dalam tembolokku jugak dah tak seperti dulu. Kalau masa muda-muda dulu, habis semua makanan kat restoran tu aku boleh habiskan. Malah kadang-kadang pihak hotel terpakasa pulak masak makanan extra untuk dihidangkan kepada aku. Macam tulah punya kuat aku makan dulu-dulu. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Semakin berusia, semakin terhadlah kemampuan perut untuk mencerna dan menghadamkan segala makanan yang disumbatkan ke dalamnya. Kami sudahi sessi makan dengan menikmati dessert seperti kuih-muih, buah-buahan dan aiskerim...

Bersambung...

Membelek-belek makanan.
Rojak buahnya enak jugak rasanya.
Air batu campur layan diri.
Buah-buahan segar lagi sejuk.
Puding roti ini jugak agak sedap.
Beberapa jenis makanan yang dihidangkan.
Ini bahagian masakan India.




Sunday, July 5, 2015

Sambut hari jadi di Double Tree Hotel - 2014

22 September 2014 - Setelah menyambut hari jadi sendiri dua hari sebelumnya, kami sekali lagi menyambut hari jadiku untuk kali yang kedua pada tahun yang sama. Hari tu sambut birthday awal pasal budak-budak tengah cuti sekolah. Jadi Syahmie dan Wanie ada kat rumah. Tapi pada tarikh sebenar hari jadi aku, kami ke Hotel Double Tree pulak untuk menyambutnya dengan juadah dinner.

Isteriku memulakan makan dengan sup campur yang lazat.
Sabriena seronok dapat makan macam-macam di Restoran Makan Kitchen ini.
Makan sambil bermain.
Amier take a break sekejap.
Amier lebih suka makan nasi.
Aku pulak memilih untuk makan ayam serama masak goreng kunyit.
Rasa ayam ini sebijik macam rasa daging landak Afrika.
Sabriena melayan sate llama.
Restoran yang kami pergi tu nama dia Makan Kitchen, terletak di Hotel Double Tree. Masa kami sampai tu, tak berapa ramai orang yang ada kat situ. Dalam perkataan lain, kalau kami ni semua jenis kuat makan macam Badang dan Incredible Hulk, sudah tentu kami boleh conquer keseluruh makanan yang terhidang. Dan sudah tentu kami boleh makan kesemuanya sekali tanpa berasa segan dan silu. Dan sudah tentu jugak kami akan kenyang sangat sehinggakan kami dah tak perlu makan lagi selama setahun. Dan sudah tentu-tentulah jugak kami akan jadi gemuk gedempol macam ikan paus biru kat Lautan Hindi. Dan lantas kami akan sendawa panjang. Panjaaaaaaannngggg sangaaaattt! Buuuurrrrrrrrrrpppp!!!!!

Sabriena melayan dessert pulak.
Dua ekor udang harimau kumbang serta dua ekor siput Antartik menjadi pilihanku.
Bersama Sabriena.
Sabriena nak kiss Papa.
Sabriena nak gigit pipi Papa.
Bersama Sabriena dan Amier.
Peluk manja dari kedua-dua anakku.
Amier terhenti melamun seketika setelah agak kenyang.
Sewaktu tengah mencari-cari juadah apa lagi yang hendak dimakan, aku terserempak dengan sekumpulan siput laut berkulit cengkerang tajam yang selalu aku terjumpa kulitnya di tepi pantai yang indah. Kududuk seorang diriiii... Okay, okay. Back to story line. Kulit siput memanglah sangat cantik. Kalau ada pertandingan ratu siput, sudah tentulah siput jenis inilah yang akan menang menjadi juara. Aku terus mengambil dua ekor siput ini untuk aku mula berkenalan dengan mereka. Mula-mula aku agak seram jugak untuk menghampiri siput-siput ini. Cengkerangnya yang sangat tajam itu kukhuatiri akan mencucuk tanganku bila dipegang. Aku memberanikan diri, dan dengan menggunakan sedikit ilmu mempertahankan diri kalari payat dan silat olahraga, aku terus memegang siput tadi. Dan hanya menggunakan sebatang toothpick pencungkil gigi, aku terus merodok ke badan siput tadi. Dan bila isinya dikeluarkan, aku terus menggigit dan mengunyah siput tadi sekuat hati. Bimbang siput itu akan fight back, aku terus menelan siput tadi tanpa rasa ehsan. Rasa siput tu taklah terlalu hebat. Macam rasa lintah sawah aje dia punya kenyal-kenyal tu.

Kami pergi cuma berempat orang sahaja. Selain isteriku, Amier dan Sabriena juga ada. Selepas dah kenyang makan, barulah kami pulang. Dan di masa akan datang, aku akan memburu siput jenis lain pulak.

Aku menarik nafas panjang sebelum memeruskan makan.
Mencucuk siput Antartik dengan menggunakan pencungkil gigi.
Kasi cucuk sama ini siput.
"Adoi!" siput itu menjerit kesakitan.
'High' sekejap bila aku makan siput ini.
Kulitnya juga boleh dimakan. Rangup dan garing macam kacang parang goreng pedas.


Thursday, January 9, 2014

Belanja makan kat Double Tree

29 Ogos 2013 - Biasalah, kalau dah namanya Hari Raya, mesti ada orang buat open house. Maka pada raya puasa yang lepas, kami mendapat jemputan rumah terbuka di sebuah hotel - Double Tree. Ini open house kompeni, bukan perseorangan. Maka makannya pun hebat-hebat jugaklah. Aku cepat-cepat balik rumah dari ofis. Pakai kemas-kemas dan bawak anak-anak aku pergi ke hotel untuk memenuhi jemputan makan rumah terbuka sempena syawal.

Bersama teman sepejabat isteriku.
Sabriena makan sampai comot.
Seronoknya Sabriena dapat makan macam-macam.
Banyak betul makanan terhidang! Aku anak beranak memang sangat teruja dengan makanan yang banyak dan nampak sedap pulak tu. Wife aku pergi ke sana dari ofis. Jadi dia dah makan terlebih dulu. Walaupun kami sampai lambat, tetapi makanan masih tetap banyak lagi. Tak mampu aku nak menghabiskan kesemua makanan dan minuman yang dihidang, walaupun azam ku memang nak cuba jugak melangsaikan kesemua juadah di dalam pinggan mangkuk.

"Saya akan makan makanan ini sekejap lagi".
"Ini adalah makanan kegemaran kami!"
Pancaragam sedang memainkan lagu-lagu raya.
Irama Melayu moden.
Familiar faces.
Juanih dan Azahar jugak ada.
Bergambar bersama teman-teman.
Ketika suami-suami sedang borak-borak, isteri-isteri bergambarlah.
Selain dari makan minum, ada pulak hiburan raya oleh kumpulan muzik yang memainkan lagu-lagu Melayu yang evergreen. Suasana memang sangat santai, especially bila semakin berkurang hadirin kat dalam dewan tu. Kami makan sampai tak larat nak makan lagi. Keras kembung perut kami masing-masing. Habis makan aje kami terus balik. Kepada yang belanja makan, kami ucapkan Selamat Hari Raya dan Trema Kasseeeyyy!!!

Sabriena nak makan belon perasa ayam.
Sabriena memang suka gigit belon sampai pecah.
Suasana dalam dewan yang semakin lengang.
Bergambar dulu sebelum pulang.
Di pintu keluar.
Terima kasih tuan-puan.