m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label kepong. Show all posts
Showing posts with label kepong. Show all posts

Sunday, May 17, 2020

1 Syawal 2019: Beraya di rumah Kak Long 2

Bahagian 2 (Akhir)

Kami masih lagi berada di rumah Abang Zai dan Allahyarhamah Kak Long. Sesi bergambar beramai-ramai telah diadakan sejurus kami sampai di situ. Dan kami juga telah selesai makan malam - juadah hari raya yang sangat pelbagai menunya. Kini kami berehat santai di ruang tamu sambil menonton televisyen, sambil mengunyah kuih-muih, serta bersembang kosong. Tak lama kemudian, terdengarlah suara memanggil kami untuk keluar ke halaman hadapan bagi acara membakar bunga api.

Amier bersama Abang Saleh dan Mak Teh.

Rushdi melayan Aisyah.

Wanie sempat menukilkan sesuatu di atas kertas.

Syafiyah dan remote tv.

Yusuf di samping Mama dan Mama Yaya.

Keluarga Abang Man dan Kak Esah bergambar bersama Allahyarhamah Kak Long dan Abang Zai.

Keluarga ini sebenarnya lebih besar lagi.

Setahun cuma sekali saja bergambar sebegini.

Amier dan Mukamil sudah menunggu di luar rumah.

Begitu juga dengan Saleh, Akid dan Taufiq.

Menanti saat bunga api KLCC hendak dibakar.

Yang dewasa juga turut bermain bunga api jenis tangkai.

Yusuf juga tidak ketinggalan.

Akid mendukung anak saudaranya.

Anak-anak kecil bergegas keluar. Masing-masing ingin bermain bunga api tangkai. Itulah bunga api yang paling asas sekali dan tidak berbahaya. Aku yang dah dalam kategori datuk-datuk ni pun selalu juga main bunga api jenis ini pada malam hari raya. Malah ada kalanya turut membelinya di gerai-gerai tepi jalan. Seronok melihatkan anak-anak berasa terhibur dengan aktiviti seumpama ini. Sambil aku turut bermain bunga api, aku juga memberi perhatian terhadap keselamatan anak-anak ketika bermain.

Tak lama kemudian, bunga apa KLCC pula dibakar oleh anak-anak saudara yang lebih dewasa. Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh kami semua. Ingin melihat bunga api meletup di angkasa tinggi. Pecah membentuk cahaya bunga yang berwarna-warni yang sangat menarik. Aku duduk jauh dari tempat bunga api dibakar. Risau juga akan  keselamatan diri sendiri. Yang bagusnya, jiran-jiran sangat memahami tingkah kami merayakan malam hari raya itu. Tak seorang pun yang keluar rumah untuk komplen.


Ayah dah datang nak ambil baby.

Anak-anak seronok bermain bunga api tangkai.

Zarith juga bermain bunga api.

Sabriena sangat seronok.

Habis satu, bakar lagi satu.

Dan kadang-kadang bakar sekali dua.

Bunyi letupan bunga api ada kalanya sangat kuat dan bingit.

Siapa tak tahan, boleh tutup telinga.

Pian mendukung Aqif.

Aniza dan Shafiqah terpegun dengan kecantikan percikan bunga api.

Kak Esah dan Kak Piah juga tak mahu ketinggalan menyaksikan permainan bunga api.

Zila siap buat recording video lagi.

Menyaksikan dengan penuh kekaguman.

Bunyi terlalu kuat, Sabriena tutup telinga.

Sebaliknya Zarith lebih terbuka.

Terserlah keseronokan yang dipamerkan.

Masih menutup telinga kerana bunyi-bunyian yang sangat bingit.

Asyraf turut merakam video.

Begitu juga dengan Akid.

Sebelum pulang, aku sempat mengambil gambar Abang Zai dan Allahyarhamah Kak Long bersama keluarga anak-anak dan cucu. Malam sudah agak larut pada waktu itu. Tapi malam raya memang selalu begitu. Kami sengaja meluang masa lebih lama untuk berada di samping ahli keluarga yang tersayang. Selamat hari raya semua. Tahun 2020 ini, sambutan hari raya sudah tak mungkin sama seperti pada tahun-tahun sebelumnya.


T A M A T


Keluarga Allahyarhamah Kak Long dan Abang Zai bergambar bersama.

Seronok dapat beraya beramai-ramai macam ini.

Aku tolong ambil gambar sebelum bergerak pulang.

Siapa yang buat "dab" tu?

Okay, yang ini pose formal sikit.



Saturday, May 16, 2020

1 Syawal 2019: Beraya di rumah Kak Long 1

Bahagian 1

5 Jun 2019 - Para pembaca sekelian, aku memohon kalian menghadiahkan bacaan doa dan Al-Fatihah kepada arwah muslimin dan muslimat yang masih hidup dan juga yang telah kembali ke rahmatullah, khususnya buat roh kekanda-kekanda kami yang gambar mereka ada di sini - Allahyarhamah Kak Long, Allahyarham Abang Ngah, dan Allahyarham Abang Leman. Mendoakan agar roh-roh mereka ditempatkan bersama roh orang-orang yang  beriman dan beramal soleh, para syuhada dan muttaqin. Al-Fatihah.

Pada waktu petang kami beraya di rumah Auntie Salbiah dan Abang Sani. Pada sebelah malam kami  bergerak ke rumah Allahyarhamah Kak Long di Kepong untuk berkumpul adik-beradik dan anak-anak saudara. Memang begitulah amalan kami pada tiap-tiap tahun apabila Syawal meljelma.

Keluarga Abang Hasni bergambar bersama Abang Zai.

Bersama seorang anak angkat dari Yaman.

Manja betul anak angkat ni.

Keluarga Allahyarham Abang Ngah bergambar bersama Allahyarham Kak Long dan Abang Zai.

Berbaju sedondon warna biru muda.

Keluarga Abang Karim bersama Allahyarhamah Kak Long dan Abang Zai.

Busana warna maroon memang matching dengan backdrop warna merah.

Semua menampilkan wajah yang ceria.
Satu lagi posing sebelum bertukar group lain pula untuk bergambar.


Ini group adik-beradik isteriku. Yang tak ada dalam gambar ialah Kak Uda dan Kak Ogie.

Masih lagi bergambar adik beradik.

Bertuahnya aku kerana menjadi cameraman yang merakamkan detik yang indah ini.

Kali ni bergambar beramai-ramai pula.

Tahun 2020 ni dah tak boleh nak berkumpul ramai-ramai macam ni.

SOP kata tak lebih 20 orang dan perlu jarakkan diri masing-masing.

Meriahnya suasana.

Seronoknya terasa.

Dan gambar aku juga ada terselit dalam kelompok ini. Memang best.

Tahun-tahun yang mendatang, suasana sudah tak akan sama macam yang ini.

Kalau cukup korum, lagi sesak ruang tamu ini.

Masa kami sampai rumah Allahyarham Kak Long, adik-beradik yang lain telah pun sampai lebih awal. Malah ada yang dah nak berangkat pulang. Maka acara pertama yang kami buat pada ketika itu ialah bergambar beramai-ramai sebelum ada yang pulang. Dengan backdrop warna merah di ruang tamu, memang cantiklah gambar keluarga bila diambil secara berkumpulan. Itu pun ramai yang tak masuk dalam gambar. Tapi setakat yang ada ni pun dah menjadikan ruang ramu sesak dengan kemeriahan

Giliran keluarga aku pula bergambar dengan Allhyarhamah Kak Long dan Abang Zai.

Ini keluarga Allahyarham Abang Leman bersama tuan rumah.

Dah semakin besar keluarga ini dengan kehadiran tiga orang cucu.

Ini keluarga Kak Piah.

Kak Piah, Allahyarhamah Kak Long, Abang Zai dan Faiisal.

Ini pula keluarga Kak Timah.

Seronok bergambar dengan kekanda-kekanda yang sentiasa menerima dengan tangan terbuka.

Segak sungguh nampaknya anak bujang Kak Timah tu.

Ini keluarga Allahyarham Abang Khalid. Hidayat tak dapat join pada malam ini.

Siti dan Taufiq bergambar dengan Allahyarhamah Mak Long dan Pak Long.

Setelah bergambar, barulah kami ke meja hidang untuk makan makanan yang dimasak sendiri oleh keluarga Allahyarhamah Kak Long, serta makanan yang dibawa oleh sanak-saudara yang bertamu di situ. Meja makan tu penuh dengan makanan. Seperti tak akan luak. Kami pun makanlah. Sedikit demi sedikit. Perut masih kenyang lagi sebab masa kat rumah Abang Sani tadi pun banyak jugak kami makan. Lepas makan duduk lepak-lepaklah sambil menonton televisyen dan berbual adik-beradik, ipar dan biras. Dan aku pula melayan kameraku.

Bersambung...

Yusuf di pangkuan mamanya.

Sabriena sedang asyik bermain telefon.

Seorang cucu sandara bersama nenda-nendanya.

Layan makan kudapan dulu.

Ardy bersama anak bujang dan anak daranya. Fateh macam dah mengantuk.

Ok. Fateh dan tak mengantuk lagi.

Mukamil mencapai sesuatu dari beg yang dipegang ayah.

Shairah melayan puteri-puteri kesayangan.

Yusuf buat apa tu?

Yusuf tengok Atuk Su, ya?