m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, April 21, 2015

Amanda dah satu tahun di Titiwangsa

21 Februari 2015 - Setelah menghadiri majlis bertunang Ika, dan majlis perkahwinan anak Radzi, kami telah ke majlis Happy Birthday puteri kepada Nadia dan Hairi - Amanda. Amanda tu kira cucu saudara kamilah. Usia Amanda dah setahun. Dan sambutan hari jadinya dibuat di Taman Tasik Titiwangsa. Dari tempat parkir kereta nak sampai ke tempat majlis birthday sangatlah jauh. Letih aku berjalan ke sana sambil mendudukung Sabriena. Naik bukit, turun bukit, berenang kat tasik, redah semak samun dan hutan belantara, barulah sampai. Turun berat badan aku dekat 120 kilo. Terus slim macam tengkorak kat makmal sains.

Banner hari jadi Amanda Natrah.
Duduk berehat sejurus sampai di tempat majlis.
Yang masih tinggal cuma ahli keluarga terdekat.
Hafez dan Qalif.
Wakaf yang telah kosong.
Cuma ada barang-barang hiasan yang masih tertinggal.
Mengambil makanan yang masih ada.
Agak banyak jugak makanan yang di atas meja.
Setelah sampai di tempat majlis, nampak gayanya kebanyakan tetamu telah pun pulang. Yang tinggal hanyalah kaum keluarga yang terdekat. Tapi makanan masih ada lagi. Wife aku jamah makanan sedikit. Aku pulak tak makan apa-apa pasal dah agak kenyang makan kat rumah Kak Long dan kenduri kahwin anak Radzi sebelum ni. Jadi aku cuma bersiar-siar ajelah melihat keindahan taman hijau kat Titiwangsa.

Huda dan Nadia.
Hairi, Huda dan Nadia.
Seisi keluarga duduk bersantai di laman Titiwangsa.
Sambil menjamah makanan.
Sabriena suka bersiar-siar di taman.
Sambil ber-posing aksi comel.
Sabriena pun tak makan.
DI sebalik pohon besar.
Masih bersiar-siar.
Amier happy dapat datang ke taman ini.
Wanie cuma minum-minum air aje, dan mungkin makan kuih-muih sekali.
Nama saya Sabriena.
Saya suka main kat taman.
Menjamu selera.
Masih menjamu selera.
Dengan Kak Enon.
Sebelum pulang, kami telah dibekalkan dengan segala macam makanan yang masih ada. Nanti bila kat rumah bolehlah aku makan segala makanan yang telah dibekalkan tu. Macam-macam yang aku tapau. Dari bihun goeng, sampailah ke kuih-muih, minuman, dessert, belon, wakaf, pokok-pokok, padang, semua aku kasi tapau sampai licin. Kepada Nadia dan Hairi, terima kasih kerana jemputan ke majlis ini. Kepada cucu kami Amanda, selamat hari jadi!

Cucu saudara kami - Hani.
Sabriena di bulatan Kampung Pandan.
Sekarang kat Bulatan Jalan Pahang pulak.
Alamak! Tersangkut kepala kat pokok pinang pulak.
Okay dah selamat.
Wakaf tempat majlis diadakan.
Bergambar ramai-ramai sebelum pulang.
Ladies only.
Happy "Frozen" Birthday to Amanda!

2 comments:

  1. salam. nak tanye kalau buat bday mcmni kena nintak kebenaran dulu ke mcmmne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena sewa tapak kat DBKL. Tapi saya tak pasti jabatan mana. Mungkin bahagian Lanskap & Rekreasi kot. Selalunya sewa kat DBKL ni harganya tak mahal sangat. Cuma sekarangni nampak gayanya macam DBKL tengah buat upgrade work kat Taman Tasik Titiwangsa. Apa-apa pun kena tanya DBKL jugak.

      Delete