m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label tahlil. Show all posts
Showing posts with label tahlil. Show all posts

Tuesday, November 5, 2019

Tahlil di kediaman Dato' Jalaludin Hassan

2 November 2019 - Kami baru tiba dari Ipoh. Satu perjalanan yang panjang. Kami terima undangan ini pun baru siang tadi. Kami maklumkan kepada Dato' Jalaludin, kalau sempat kami hadirlah. Kalau tak dapat, kami mohon maaflah. Dato' faham, tetapi masih berharap agar ada teman-teman teater yang dapat menghadiri majlis tahlil yang diadakan.

Sesudah solat maghrib dan isyak, kami terus ke rumah Dato' Jalaludin. Waktu itu majlis tahlil sudah pun selesai. Kami datang untuk makan aje nampak gayanya. Tapi kalau tak hadir tak sedap pulak, pasal rumah kami pun bukannya jauh sangat letaknya dari rumah Dato' Jalaludin. Cuma sepelaung Tarzan aje.

Kad jemputan yang kami terima dalam grup whatsapp.
Antara makanan yang disajikan. Ada banyak lagi sebenarnya.
Dengan wajah manis Dato' Jalaludin menyapa dan menjemput kami makan. Kami terus ke meja makan mengambil nasi dan lauk-pauk masakan kampung yang sangat menyelerakan. Kami lihat ke sekeliling rumah. Tak ada pulak teman-teman yang kami kenal. Tiba-tiba di kejauhan, aku terlihat kelibat Mummy Sarah dan Chip melambai-lambai ke arah kami. Fuh! Nasib baik jugak ada orang yang kami kenal. Taklah rasa terlalu janggal untuk berada lama di situ.

Sesudah makan, kami duduk berhampiran dengan Dato' Jalaludin yang waktu itu sedang berbual panjang dengan seorang tetamu yang juga primadona bangsawan, isteri kepada Allahyarham Ahmad B. Sesekali Dato' menegur dan berbual ringkas dengan kami. Sebelum pulang, Dato' Jalaludin ada berpesan kepadaku, "Kalau usia dah semakin meningkat, jangan melompat sangat. Takut cedera." Itu saja nasihat beliau. Kami bergambar dan bersalaman dengan Dato' Jalaludin dan isteri, Datin Rapidah. 

Kepada Dato' Jalaludin Hassan dan Datin Rapidah, kami mengucapkan berbanyak terima kasih kerana telah menjemput dan melayan kami dengan baik seperti selalu. Sesampainya di rumah, kami terus melabuhkan tubuh yang kepenatan di atas tilam empuk sebelum hanyut dibuai mimpi.

Aku sedang bersembang dengan Chip, yang juga duduk di daerah Ampang.
Bergambar sebelum berangkat pulang.
Turut kelihatan isteri kepada Allahyarham Ahmad B.
Bersama Datin Rapidah dan Mummy Sarah.


Tuesday, February 28, 2017

Bertahlil di rumah Datuk Jalaluddin Hassan

25 Februari 2017 - Mohon para pembaca menyedekahkan bacaan surah Al Fatihah untuk Allahyarhamah Datin Hashimah (isteri kepada Datuk Jalaluddin Hassan) yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira lebih tiga bulan yang lalu. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman dan para syuhada. Mendapat lindungan Allah dan sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Al Fatihah.


* * * * * * * * *


Kami mendapat jemputan untuk ke majlis tahlil di rumah artis / pelakon terkenal tanah air, Datuk Jalaluddin Hassan di kediamannya di Ampang. Jemputan ini melalui group whatsapp Teater Hidayah. Setelah berbincang dengan isteri, kami putuskan untuk pergi ke majlis itu, sebab rumah Datuk Jalaluddin pun tak jauh dari rumah kami. Hanya sepelaung Tarzan aje. Lagi pun, Amier memang tersangat teruja untuk pergi.

Setelah solat maghrib, kami bersiap-siap untuk ke majis tahlil. Tapi sebelum tu, kami kena layan Sabriena yang tiba-tiba nak turut ikut. Kena pergi ke beberapa tempat lain sebelum kami menghala ke rumah Datuk Jalaluddin. Akhirnya kami sampai sesudah azan isyak berkumandang. Dan majlis baca Yaasiin dan tahlil pun dah selesai. Para tetamu nampak gayanya dah mula makan juadah yang disediakan. Masa ni aku dah jadi cuak. Tak kan datang untuk makan aje? Sepatutnya datang lebih awal, dapatlah kami bertahlil sekali.

Sebenarnya, masa dalam perjalanan ke rumah Datuk Jalaluddin, aku dah perasan kami akan sampai lewat - setelah majlis selesai. Lalu aku zikirkan Ya Baarii (salah satu nama-nama Allah yang bermaksud Maha Merancang/Mengadakan/Merencana) dengan harapan kelewatan ini akan memberikan kebaikan atau hikmah yang lain yang tidak kami jangkakan.

Waktu sampai tu, aku memang berasa agak malu. Al maklumlah, Datuk Jalaluddin pun bukannya kenal sangat kat aku. Maka aku nak makan pun segan, walaupun setelah dijemput oleh Datuk. Namun aku tetap menjamah sedikit makanan untuk memenuhi ajakan tuan rumah. Isteriku, Syahmie, Amier dan Sabriena yang ikut sama, makan dengan berselera sekali. 

Setelah seketika berada di situ, kami memohon diri untuk pulang. Aku bersalaman dengan Datuk Jalaluddin. Kemudian memohon untuk bertemu dengan ayahandanya, Tan Sri Ustaz Haji Hassan Azhari. Datuk Jalaluddin lantas memimpin tanganku dan membawa kami berjumpa dengan ayahandanya. Kami bersalaman. Sebelum beredar, kami sempat bergambar dengan Datuk Jalaluddin. Lalu kata Datuk, kenapa tak bergambar dengan ayahandanya sekali? Lalu kami masuk semula ke ruang tamu, dan bertemu dengan Tan Sri Hassan sekali lagi. Kali ini, Tan Sri Hassan pulak yang menarik tanganku. Kemas. Aku duduk di sebelah Tan Sri, sambil tangan kami masih berpegangan. Dan kami bergambar bersama - keluarga kami, Datuk Jalaluddin dan Tan Sri Hassan. 

Sempat jugak Tan Sri menduga Syahmie dengan meminta Syahmie menyambung bacaan ayat Al Quran yang dibacanya. Sebelum beredar, aku memohon izin untuk memeluk Tan Sri. Aku sendiri tak pasti apakah yang mendorong aku berbuat demikian. Mungkin kerana keakraban yang dizahirkan. Mungkin kerana sakinah/ketenangan yang dapat kurasakan ketika duduk bersebelahan dengannya. Mungkin juga kerana rindukan Allahyarham Ayahku. Aku bersalaman dan mencium tangannya sebelum pergi. Aku rasa ada dekat tiga atau empat kali aku mencium tangannya.

Kami berasa sangat bertuah pada malam itu. Walaupun kami ini bukanlah kenalan rapat, namun layanan yang telah diberikan oleh Datuk Jalaluddin, Tan Sri Hj Hassan, serta ahli keluarga yang lain, sangatlah luar biasa. Tutur kata mereka sangat lembut dan berhemah. Aku sangat-sangat tersentuh. Barulah aku nampak hikmah di sebalik kelewatan ini, ketika hadirin-hadirat sudah mula mengurang. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik Perancang. Alhamdulillah.

Aku meneman dan mengawasi Sabriena makan.
Bergambar di ruang tamu.
Seronok sungguh kami dapat berjumpa dengan dua individu yang sangat hebat ini.

Saturday, November 12, 2016

Majlis tahlil di rumah Datuk Jalaluddin Hassan

12 November 2016 - Mohon para pembaca menyedekahkan bacaan Al Fatihah untuk Allahyarhamah Datin Hashimah (isteri kepada Datuk Jalaluddin Hassan) yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira seminggu yang lalu. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman dan para syuhada. Mendapat lindungan Allah dan sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. Al Fatihah.


Malam kelmarin, isteriku mendapat undangan melalui group whatsapp kumpulan teater Hidayah, ke majlis tahlil di rumah pelakon veteran ternama, Datuk Jalaluddin Hassan di Ampang Jaya. Setelah solat isyak, kami bergegas ke sana bersama Amier. Sabriena yang menangis menjerit nak ikut, terpaksa kami tinggalkan di rumah. 

Sesampainya di sana, kami lihat rumah Datuk Jalaluddin sesak dengan ahli keluarga serta sahabat handai. Masing-masing sedang menjamu selera, atau sedang beratur untuk mendapatkan makanan. Majlis tahlil yang sepatutnya bermula selepas solat isyak telah dipercepatkan. Maka setelah bersalaman dengan Datuk Jalaluddin, aku dan Amier mengambil sedikit makanan untuk dijamah. Kemudian aku bertegur sapa dengan beberapa orang yang aku kenal.

Bersama Abang Lokman Ghani dan Abang Harun Hashim.
Bersama Abang Rosli. Kami pernah terlibat dalam satu produksi teater Tanggang arahan Hassan Jali di Auditorium DBKL.
Antara para tetamu yang hadir - kalangan pelakon dan aktivis teater.
Lagi gambar para hadirin.
Antara yang aku nampak turut hadir pada majlis tahlil ini termasuklah Abang Kamarul AR serta keluarganya, pelakon-pelakon seperti Harun Hashim, Rosli, Lokman Ghani, Din Wahab, Zack Cool, Lidyawati, Arash Mohd, dan lain-lain lagi (yang aku kenal wajah mereka tetapi tidak kukenal nama mereka). Kami sempat berbual dengan bekas anak murid Allahyarham ayahku, Harun Hashim yang sangat teruja sejurus aku memperkenalkan diriku.

Bersama Amier dan Abang Harun Hashim.
Sebahagian yang ada di sini merupakan bekas anak didik Allahyarham ayahku.
Sebelum pulang, kami sempat bergambar dengan Datuk Jalaluddin Hassan yang telah menunjukkan gambar wajah isteri beliau yang telah dikafankan. Jelas terpancar cahaya seri pada wajah Allahyarhamah Datin Hashimah. Malah terukir senyuman pada wajah jenazah. Datuk turut menceritakan betapa Allahyarhamah sempat bangun awal pagi untuk solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, serta solat subuh sebelum ke dewan pembedahan, dan sebelum roh beliau diambil. Datuk Jalaluddin akan menatap wajah Allahyarhamah isterinya agar tidurnya lebih lena setiap malam. Datuk lantas memberi satu nasihat, supaya jangan bersangka buruk terhadap para suami. Allahyarhamah Datin Hashimah tidak pernah bersangka buruk terhadap suaminya seorang pelakon.

Kami bersalaman dengan Datuk Jalaluddin serta para tetamu di sekitar, sebelum melangkah keluar dari pekarangan rumah. Doa kami agar Datuk Jalaluddin sentiasa diberikan kekuatan menempuhi saat-saat kehilangan ini. Dan turut mendoakan kesejahteraan roh Allahyarhamah di akhirat, di samping Sang Pencipta Yang Maha Agung, Pengasih dan Penyayang - Allah Azzawajalla. Amin.

Sangat ramai tetamu yang hadir.
Bersama Datuk Jalaluddin Hassan dan keluarga Abang Kamarul AR.

Friday, August 21, 2015

4 Syawal 2015 - Majlis tahlil dan nasi Arab di rumah Kak Timah

20 Julai 2015 - Kalau di sebelah siangnya, ramai orang yang datang beraya ke rumah kami, pada sebelah malamnya pulak, kami telah ke rumah Kak Timah. Ada majlis tahlil. Selain untuk mendoakan roh-roh ahli keluarga, turut mendoakan roh ayah kepada sahabat kami dari Yaman - Brother Muhammad. Kami pergi ke rumah Kak Timah selepas solat maghrib. Bila azan isyak berkumandang, sama-sama kami melangkah ke surau berdekatan untuk solat isyak berjemaah. Selepas solat, kami cepat-cepat kembali ke rumah Kak Timah. Sekejap lagi orang surau akan datang. Dan kami perlu bersedia.

Amier sedang bergurau dengan Pak Andaknya.
Faiisal dan sebahagian ahli surau.
Syahmie pun ada datang jugak.
Tok Imam dah ahli surau yang lainnya.
Menanti isyarat untuk memulakan majlis.
Antara hadirin yang datang.
Sedang bertahlil beramai-ramai.
Berdoa bersama-sama.
Tak lama menanti, maka tibalah satu rombongan ahli surau dengan menaiki bas pesiaran besar dua tingkat ke rumah Kak Timah. Kami jemput kesemua mereka untuk masuk ke dalam. Para jemaah dan ahli keluarga telah sama-sama duduk kat ruang tamu. Dan majlis tahlil pun bermulalah. 

Setelah habis tahlil dan doa, para jemaah dijemput makan. Maka masing-masing terus menuju ke arah sebuah meja di ruang tamu yang terhidang kacang pol dan roti. Tok Imam dan ahli jemaah yang lain bagaikan separuh bersemangat mengambil pinggan untuk mendapatkan juadah yang terhidang. Tetiba Kak Esah membuat satu pengumuman yang mengejutkan, "Kalau tuan-tuan nak makan nasi Arab, ada terhidang kat luar, ya".

Mendengarkan ini, Tok Imam dan para jemaah yang lain bergegas ke bahagian luar rumah. Berlari-lari, berkejar-kejaran untuk mendapatkan nasi Arab yang disajikan. Kali ini, dengan sepenuh semangat yang membara, mereka beratur mendapatkan nasi Arab lauk ayam yang sangat enak dan hebat itu. Nasib baik tak ada kambing. Kalau ada kambing, sudah tentu makin berasak-asak para jemaah berebut untuk mendapatkannnya.

Masa untuk makan nasi Al-Arabia.
Tok Imam sangat happy dapat makan nasi Arab kegemarannya.
Tok Imam sedang memilih ayam.
Para tetamu sedang mengambil juadah.
Semua para tetamu kelihatan sangat-sangat heppi.
Sebahagian brader dari Yaman.
Abang Khalid bersama pemain simpanan Team Liverpool FC.
Menu nasi Arab ini sangatlah laris.
Brader Arab makan nasi Arab.
Tok Imam dengan seorang sahabat kami.
Semua sedang menikmati nasi Arab.
Juadah kacang pol yang tak kurang enaknya.
Setelah puas makan dan berborak-borak, kesemua jemaah surau telah minta diri untuk pulang. Terpancar di wajah mereka akan suatu kepuasan yang tidak terhingga kerana dapat makan nasi Arab. Setelah ahli surau pergi, kaum keluarga yang tak sempat makan telah mula mencedok makanan untuk makan malam. Dan aku pulak mengambil sedikit masakan kacang pol untuk dimakan bersama roti. Setelah makanan surut ke dasar perut, barulah kami pulang ke rumah. Sewaktu kami pulang, masih terdapat banyak lagi makanan yang tertinggal untuk dimakan oleh ahli keluarga.

Faiisal dan Syahmie sedang makan.
Wanie dan Intan.
Koas dah kenyang. Masa untuk rehat pulak.
Koas dan Abang Leman sedang berehat.

Sunday, February 9, 2014

Tahlil di kediaman Abang Zahid: Sambut hari jadi

Bahagian 2 (Akhir)

Sambutan hari jadi telah dibuat, menyusuli majlis tahlil dan doa. Antara yang memotong kek pada malam tu termasuklah isteriku, Wanie, Abang Zai, Taufiq, dan Zila. Aku rasa ada lagi yang lain turut memotong kek. Tapi aku tak dapat ingat semua. Tapi bila aku cuba-cuba ingat balik, kalau tak silap aku, makcik kat tingkat atas, ane yang jual roti canai kat kedai bawah, dengan Bob yang suka lepak kat kedai mamak tu pun ada potong kek masa malam tu. Agaknya dia orang pun lahir pada bulan sebelas - dua belas jugak kot. 

Bersembunyi di sebalik jubah hitam.
"Eh nengok! Ada monyet terbang waktu malam!"
Amier puas makan macam-macam.
Nicha di celah-celah keramaian tetamu.
Zila, Nicha dan Kak Timah.
Kak Timah, Nicha dan Zila.
Bersedia untuk menyanyikan lagu hari jadi dan memotong kek.
Wanie dan Zila memotong kek.
Abang Zai pun meraikan birthday-nya pada malam tu.
Giliran Zila memotong kek.
Taufiq pun potong kek jugak.
Masa wife aku potong kek, Amier enter frame.
Amier pun suka potong kek. Hari-hari Amier potong kek.
Kek birthday tu telah dipotong lumat oleh semua orang yang terlibat. Sampai kek tu dah rupa macam daging kisar dibuatnya. Tapi tak kisahlah tu. Janji rasa dia masih maintain sedap. Kalau tak silap aku, kek tu sebenarnya perasa oren. Tetapi setelah dipotong lumat, dah jadi rasa macam kek cokelat pulak. Kebetulan pulak aku memang suka makan kek cokelat. Jadi aku kira orait ajelah.

Fesyen terbaru Amier yang menjadi kegilaan remaja zaman kini. Seluar dua lapis. Yang kat dalam pakai seluar tidur.
Nicha bersama Pak Long Zai.
Nicha dan Amier.
Amier dan Nicha.
Ardi, Ali dan Abang Zai. Dah kenyang.
Syafiq bersama teman-teman di tangga kambing.
Abang Zai memotong kek.
Sambil menonton bola Liverpool lawan MU di layar besar.
Elin menjeling ke arah siapa? A.Fai  B.Syafiq  C.Kucing  D.Monyet
Zila dan Ardi.
Abang Zai dan Kak Long.
Kak Uda lagi. Dan kali ni pun masih tak ada makanan di sisi.
Kiranya kek hari jadi tu macam dessert-lah. Selain dari kek, ada jugak kuih-muih Melayu yang disajikan. Ketika kami sedang menikmati kek hari jadi, datang pulak kengkawan Abang Zahid. Salah sorang yang aku kenal ialah Mael. Jadi yang datang lambat tu pekena nasi campur lauk kampunglah dulu.

Kami borak-borak seketika hingga malam semakin larut. Bila dah penat, kami pun baliklah dengan membawa bekal makanan yang berlebihan. Terima kasih kepada semua, terutamanya tuan rumah - Abang Zahid dan Kak Uda sekeluarga.

Kengkawan Abang Zahid sedang makan.
Melepak sambil menonton cerita P.Ramlee di layar perak.
Abang Zahid sedang menceritakan pasal pengalamannya memancing di Sungai Perak.
"Ikan tu punyalah besar. Masa tarik ikan tu macam tarik bapak gajah Afrika!"
Taufiq dan Faridz.
Wat lek, wat pis.
Pak Long Koas. Sekali lagi diulang - Pak Long Koas.
Main calit-calit icing kat muka.
Penuh muka Nurin kena calit icing kek.
Bahan mainan kanak-kanak zaman sekarang.
Nicha dan Faqeha.
Cik Kucing yang kelaparan.
Cik Kucing nak makan.