m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label national day. Show all posts
Showing posts with label national day. Show all posts

Monday, September 9, 2019

Majlis resepsi perkahwinan Farid & Mira: Pintu terbuka luas

Bahagian 4

Pintu hadapan dibuka semakin luas. Selebar mungkin. Dari ufuk ke ufuk. Biar lebar. Biar hadirin dan hadirat tak keliru. Biar laluan ke dewan majlis terserlah hamparannya. Biar semua tahu, mereka sangat-sangat dialu-alukan oleh kami yang menyambut sekelian tetamu dari dekat dan jauh.

Dalam ramai-ramai tetamu yang hadir, aku turut terlihat kelibat teman-teman jemaah dari Madrasah Ihsaniah Ampang Jaya. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk majlis ini, walaupun jemputan dilakukan pada saat-saat akhir. Ibuku sangat teruja bila teman-teman rapat yang sudah lama tidak berjumpa turut hadir. Sedikit sebanyak terubat jugalah rasa rindu, dan terawatlah rasa sengal-sengal pada tubuh yang tidak begitu sihat.

Ibuku bersama sepupu-sepupunya.
Jiran rapat serta Jemaah Madrasah Ihsaniah Ampang Jaya - Haji Jabbar.
Kali ni datang bersendirian saja.
Muhammad, Ienah dan Ain sedang menjamu selera.
Beratur untuk mendapatkan cendol lemak manis.
Sebahagian daripada sepupu-sepupu kami - Kak Eli dan Kak Yanti serta suaminya, Abang Zul.
Bergambar dengan ibuku.
Imam Satu - Madrasah Ihsaniah Ampang Jaya - Ustaz Anuar.
Beratur untuk mendapatkan nasi.
Abang Mansor berjabat erat tangan tetamu.
Bersedia menyambut tetamu dengan senyuman.
Berpelukan dengan tetamu.
Serta bertanya khabar.
Kakak-kakak iparku telah sampai.
Ipar-iparku serta birasku datang setelah menziarahi Kak Long yang masih terlantar di hospital. Masing-masing kelihatan agak lesu, namun digagahi juga untuk memenuhi jemputan kami ke majlis perkahwinan ini. Terima kasih. 

Bersambung...

Ketibaan Abang Zahid dan Kak Uda.
Kak Uda memberi khabar tentang Kak Long. Ibuku kelihatan sedih.
Kakak-kakak iparku. 
Tetamu beratur panjang......
....untuk mengucapkan selamat tinggal dan terima kasih.
Tiba tetamu lain pula.
Saudara-mara dari jauh.
"Jemput masuk", kata Kak Arfah.
Masih ramai lagi yang di luar.
Bertanya khabar lagi.
Ustazah Maharom pun datang juga.
Guru mengaji ibuku.
Anak murid dan guru.
Sabriena sedang bersiap sedia untuk menabur kelopak bunga.
Kak Lina dan suaminya.
Makcik Kamisah dan anak-anaknya.
Gembira ibuku berjumpa dengan kawan sepejabatnya.
Teman rapat.
Uncle Silmi dan Auntie Zadiah.
Memang kenalan yang sangat rapat.


Wednesday, September 4, 2019

Majlis resepsi perkahwinan Farid & Mira: Semakin ramai yang datang

Bahagian 3

Tetamu sudah mula datang sejak jam 11 pagi lagi. Waktu puncak kehadiran tetamu adalah di antara jam 12 tengah hari dan 1.30 petang. Berpusu-pusu tetamu masuk ke dalam dewan. Bertali arus. Tak henti-henti. Macam keretapi yang tiada pengakhir. Macam ulat gonggok yang kakinya berjuta-juta. Sungguh ramai. Kami sambut dengan wajah ceria. Kami sangat bersyukur dengan kehadiran mereka yang sudi meluangkan sedikit masa untuk meraikan majlis ini. Ada saudara-mara jauh yang dah lama tak jumpa. Ada teman-teman lama yang dah berkurun menghilang. Pada kesempatan inilah kami bertegur-sapa, bersembang mesra, bertanya khabar, bergurau-senda, bergambar kenangan, demi mengutuhkah lagi tali silaturrahman.

Bersama Ienah dan suaminya Muhammad.
Tetamu datang bertali arus.
Tetamu dari Pahang telah tiba.
Ruang hadapan dipenuhi hadirin dan hadirat.
Abang Mansor terus bersalaman dengan semua yang hadir.
Tetamu juga kelihatan ceria.
Adikku turut meraikan tetamu.
Sepupuku dengan anak-anak.
Mahadi dan Shahir sedang enak menjamu selera.
Peace yo! Sambil merasa lazatnya makanan yang disajikan.
Silalah menjamu selera. Dan jangan malu-malu.
Dewan ini sangat luas. Tempat duduk pun banyak. Walau pun ramai yang datang pada masa yang sama, berpusu-pusu, namun tempat duduk masih banyak lagi yang kosong. Makanan juga banyak. Wedding planner kami, Cikgu Nizam bekerja keras memastikan dulang-dulang makanan sentiasa penuh berisi. Kepuasan tetamu adalah kepuasan kami juga. Silalah menjamu selera. Jangan malu-malu. Menu kali ini merangkumi nasi minyak, daging masak bali, ayam rempah, kuah dalca, ulam-ulaman, ikan kering masin, buah tembikai, kuih-muih dan teh tarik. Memang syiok!

Nampak berselera mereka makan.
Mereka pun begitu juga.
Kita bergambar dulu sebelum menjamu selera.
Satu lagi posing.
Bersama teman-teman rapat sepejabat ibuku ketika di MARA dulu - Auntie Siti, Auntie Sharifah dan adiknya.
Masih di ruang masuk.
Bergambar dengan ibuku pula.
Aku kenal mereka sejak aku masih budak-budak lagi.
Ibuku yang duduk lama di atas kerusi roda mulai sengal-sengal tubuhnya. Tetapi bila saja saudara-mara serta teman-teman lama tiba, terus digagahi diri untuk bertemu dan berbual panjang dengan mereka dengan hati yang ceria. Aku sebagai sebahagian dari tuan rumah, turut menyambut tetamu datang. Sambil itu memegang sebiji kamera untuk merakamkan detik-detik indah yang boleh dijadikan kenangan berpanjangan.

Bersambung...

Berlaga pipi dengan tetamu.
Semakin ramai yang sampai.
Bergambar dengan Kak Jasha (teman isteriku) dengan keluarganya.
Teman sepejabat isteriku.
Abang Mansor tunjuk isyarat 'good'. Maknanya makanan kat sini enak-enak belaka.
"Diumumkan ketibaan Hisham dan anak-anak masuk ke balairung."
Ibuku mendapat hadiah sebotol air jamu untuk kesihatan dari Hisham.
Bergambar dengan keluarga Hisham - sepupuku.
Lepas bergambar baru pergi makan.
Sepupu-sepupu ibuku pula tiba.
Ibuku bersama makcik-makcik kami.