m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label arif. Show all posts
Showing posts with label arif. Show all posts

Friday, October 25, 2013

Aqiqah Baby Arif: Kek serbaneka yang misteri

Bahagian 4 (Akhir)

Setelah selesai kenduri, dan setelah kenyang makan minum, ada satu lagi aturcara tambahan yang telah diselitkan di dalam senarai agenda pada petang hari itu. Aturcara yang dimaksudkan ialah acara memotong kek. Kek yang dimaksudkan ialah kek anniversary. Mula-mula untuk meraikan Zila dan Ardi. Kek tu  punyalah spesel. Siap ada Zila dan Ardi versi kecil duduk lepak kat atas kek. Kalau tak silap aku, idea asal ialah Zila dan Ardi nak duduk betul-betul kat atas kek tu. Tapi kata orang kedai kek, "Mana boley! Nanti itu kek semua picah maaaa... Kek manyak kecil, lu manyak busat". Lalu Zila dan Ardi terpaksa akur untuk buat miniature patung Zila dan Ardi dan diletakkan di atas kek.

Sabriena turut meraikan majlis yang meriah.
Eh! Mana satu Zila yang betul? Yang di depan ke, atau yang di belakang?
Patung tu memang sebijik macam Zila dan Ardi. Especially patung Ardi. Aku ada panggil dan tegur Ardi kecil beberapa kali. Hairan jugak aku, apasal Ardi tak menyahut teguran aku. Rupa-rupanya baru aku perasan, yang duduk atas kek tu bukannya Ardi yang sebenar, cuma klon dia aje.

Kalau orang terer, yang mana satu pasangan yang ori?  Sebijik saling tak tumpah kan?
Zila dan Ardi dan Zila dan Ardi.
"Ardi! Ardi!! Ardi!!! Apasal Ardi tak jawab panggilan aku hah?"
Kek yang kedua yang dikeluarkan kepada umum ialah kek BMW bertulis Selamat Ulangtahun ke-6 Aniza dan Pian. Tapi entah macam mana, semua orang tumpang sekaki nak potong kek ni. Tak taulah kenapa kek ni telah dipilih oleh semua orang untuk dipotong-potong sampai lunyai. Bergilir-gilir kami ambil giliran untuk potong kek ni. Malah yang ulangtahun perkahwinan mereka bukan pada tarikh tu pun turut potong kek. Termasuklah aku dan isteri! Lepas tu anak-anak bujang pun nak jugak potong kek. Itu sempena birthday pulak. Itu tak apa lagi. Yang paling ekstrim sekali ialah sampaikan jiran-jiran kat taman perumahan tu semua siap berbaris nak tumpang potong kek BMW. Nampak gayanya, next time kalau Pian bawak kek BMW lagi, kena bawak sepuluh bijiklah, biar puas semua oang potong kek. Bukan saja jiran-jiran berdekatan, orang-orang dari negara jiran pun boleh turut datang dan potong kek beramai-ramai.

Kek BMW yang menjati pujaan hati semua orang.
Pasangan Kak Ogie dan Abang Hasni memotong kek.
Ini Pian dan Aniza - pasangan yang nama mereka tertulis di atas kek.
Faridz potong kek sempena hari beliau memakai baju hitam.
Aku dan isteri pun nak enter frame jugak.
Abang Karim dan Kak Sabar punya turn pulak.
Taufiq potong kek sempena dapat awek baru. Ya ke, Taufiq?
Faiisal potong kek sebab Taufiq potong kek.
Nana potong kek sebab Faiisal potong kek.
Mukamil potong kek sebab Nana potong kek.
Kak Piah potong kek BMW.
Siti potong kek sebab dia tak dapat potong roti.
Terserlah betapa gembiranya setiap tetamu yang diberi kesempatan untuk memotong kek BMW. Bila dah potong kek tu, barulah diagih-agihkan untuk dimakan oleh semua orang. Bukan saja kek tu lawa dan cantik molek, tetapi jugak mempunyai rasa yang sangat lazat dan sedap. Kalau ikut penjual kek kat kedai, dia kata kek BMW ni memang mempunyai resipi yang agak unik. Untuk menyesuaikan rasa kek dengan tema BMW ni, kek tersebut telah dicampurkan dengan bahan-bahan seperti minyak hitam sintetik, spark plug, petrol Ron 97, dan coolant. Oooohhh... patutlah rasanya sangat mengancam. Dan selepas makan kek tu, semua orang terasa badan lebih ringan dan lebih laju bila berjalan. Apa-apa pun, majlis tu telah berlangsung dengan sangat sempurna dan penuh kemeriahan. Semoga kita dapat berkumpul lagi di majlis-majlis yang selanjutnya.

Tamat.

Amier potong kek sebab dia tak tau nak buat benda lain pada saat tu.
Potong kek bersama - Pika dan Amier.
Amier potong kek lagi.
Dan terus memotong.
Saleh pun nak tumpang potong kek jugak.
Time makan kek pulak.
Mmmmm.... sedapnya kek perasa enjin kereta ni!

Aqiqah Baby Arif: Makan sampai kenyang

Bahagian 3

Kita sambung lagi kisah kenduri aqiqah Baby Arif. Marhaban sudah. Berzanji pun sudah. Bertahlil sudah. Berdoa pun sudah. Potong jambul sudah. Potong kambing pun sudah. Makan sudah. Minum pun sudah. Nak dikirakan, semua benda telah dibuat oleh ahli keluarga dan para tetamu. Dah tak ada benda baru lagi yang boleh dibuat oleh semua yang ada kat situ. Maka kami pun tengoklah aturcara majlis yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Dalam aturcara tertulis: "Lepas makan, makan. Lepas makan, makan lagi. Lepas tu terus makan. Dan makan, dan makan lagi. Dan lagi, dan lagi, dan lagi..." Maka itulah yang kami semua lakukan. Terus-terusan aje makan sampai dah tak ada ruang kat dalam perut untuk diisi dengan makanan lagi.

Akibat terlalu rajin bekerja, tangan Ardy jadi bengkak.
Happy couple.
Dato' menjamu selera.
Makan time untuk adik beradik.
Bapak pengantin lelaki - Pian.
Datuk dan nenek saudara pengantin lelaki.
Faiisal sedang mencucuk tekaknya dengan lidi sate. Taufiq pulak terdiam pasal tadi tekak dia dah kena cucuk dengan lidi sate jugak.
Anak beranak sedang menjamu selera.
Chef selebriti, Chef Saiful sedang mencuba merasa rusuk kambing gurun.
Bergambar keluarga.
Adik beradik dengan Arif dan Pika.
Bergambar lagi sebelum pelamin dibukak.
Eh! Mana perginya Sofia ya?
Akhirnya kami buat perkara-perkara yang telah kami buat sebelum ini seperti berborak-borak panjang, dan bergambar sesuka hati. Sambil-sambil tu kami turut berkemas, bungkus makanan lebihan, dan baring lepak tidur.

Amin menunjukkan lambang 5 Malaysia (bukan 1 Malaysia).
Membungkus makanan sebelum diagih-agihkan.
Ada lagi tak apa-apa makanan yang boleh dibungkus?
Taqif baru bangun tidur kot.
Rambut terpacak mengalahkan KLCC.
Syakirah ambil gambar aku! Tapi aku lagi cepat, sebab aku dapat ambil gambar dia dulu.
Syahmie sedang test drive kereta mewah warna merah.
Amin dengan Chef Saiful.
Abang Ngah bungkus makanan lagi.
Lepas dah bungkus banyak-banyak ni, nanti bolehlah dijual kat pasar malam.
The i-pad gang strikes again.
Faiisal duduk sebelah Syahmie pasal kaler baju dia sama dengan warna kereta mewah tu.
Sebelah petang sikit ada acara potong kek harijadi, dan kek ulangtahun perkahwinan, dan kek tahniah, dan kek sambutan kenduri, dan kek suka-suka hati. Nanti aku kisahkan lebih detail kat episod selanjutnya.

Bersambung...

Pika sedang menikmati kek cokelat.
Empat sepupu akrab.
Gelagat anak muda.
Tetiba Ali terkenang kisah lama. Hmmmm...
Tiga orang model jam tangan.
Sabriena yang ceria.
Dah habis modal nak bercerita.
Bagi karan dekat kepala.