m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label kelang. Show all posts
Showing posts with label kelang. Show all posts

Thursday, May 21, 2020

3 Syawal 2019: Batu Belah Batu Bertangkup

7 Jun 2019 - Pada hari ketiga Syawal tahun lepas, kami beraya di rumah makcik kami di Batu Belah, Kelang. Kami ke rumah Bibik Saodah. Ini satu lagi rumah yang kami suka pergi. Bibik telah menjaga kami masa kami kecil-kecil dahulu. Jadi sampai sekarang kami sangat rapat dengan Bibik. Bibik ialah sepupu kepada Allahyarham ayahku. Sejak suaminya Allahyarham Paman Ja'i meninggal, Bibik tinggal bersama anak-anaknya di sebuah rumah yang memang dah tersangat lama didirikan.


Kami makan kuih dulu di meja hidang.

Apa saja yang dihidang, semua kami bedal tanpa banyak soal.

Dah kenyang makan appetiser.

Mendengar Bibik bersembang.

Bibik memulakan ceritanya.

Mengimbau kisah lama.

Meneruskan cerita.

Sambil memberi nasihat.

Supaya kami tidak lupa.

Amier dan Sabriena di ruang tamu.

Duduk berehat setelah perut kenyang.

Masing-masing tengok telefon.

Macam ada kisah menarik.

Bibik suka bercerita. Bibik suka memberi nasihat. Panjang nasihat Bibik. Antara yang biasa dinasihati Bibik ialah supaya kami menjaga Ibu dengan sebaik-sebaiknya. Juga supaya kami menjaga amalan dengan sempurna. Lepas tu kami pun makanlah. Kalau makan kat rumah Bibik, tak pernah kami makan sedikit-sedikit. Mesti bertambah. Mesti berselera. Walaupun menu masakannya yang simple-simple sahaja. 

Lepas makan, kami suka duduk di buaian yang telah usang. Tapi masih boleh berbuai lagi. Lepas tu mintak izin dari Bibik untuk mencari hasil tani kat kebun. Antara tanaman kampung yang kami selalu tuai termasuklah daun pucuk ubi, dan bunga kantan. Kalau ada musim, buah sukun pun kami sebat jugak. Dulu macam-macam pokok ada ditanam di rumah Bibik. Allahyarham Paman Ja'i suka berkebun. Segala tanaman semuanya menjadi. Ada jambu batu besar, ada jambu madu, ada buah nam-nam, ada ciku, ada pucuk gajus, ada belimbing buluh, ada pisang, dan ada cili padi. Malah pokok cempedak dan durian juga ada. Memang seronoklah kalau kami ke situ. Kami mohon maaf, tahun 2020 ni kami tak dapat berkunjung ke sana. Insya Allah bila rantaian covid-19 ini sudah terputus, kita sambung balik sembang kita kat Batu Belah, ya? Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.


Sabriena dah mula melangkah ke luar rumah.

Sambil membaca ikrar Rukun Negara.

Sekarang kami makan menu utama pula.

Mi kari yang hebat.

Kerja kami mengunyah aje.

Masih menjamu selera.

Sabriena hirup kuah sampai licin.

Hirup lagi dan lagi.

Amier makan mi kari pun nak bergaya.

Inilah buaian usang yang masih banyak berjasa.

Merenung jauh di atas buaian.

Bergambar dengan backdrop rumah Bibik.

Kawasan rumah Bibik agak luas juga.

Isteri aku pun join bergambar sekali. Amier tumpang sekaki kat back ground.

Bergambar lagi sebelum berangkat pulang.



Thursday, September 8, 2016

2 Syawal 2016: Laman yang cantik

Bahagian 2 (Akhir)

Kami masih lagi di rumah Bibik Saodah. Dan kami masih lagi duduk berlegar-legar di kebun, laman rumah yang banyak pokok dan menyamankan. Tak buat apa-apa pun. Sekadar duduk-duduk dan ambil-ambil gambar. Tu je yang kami buat. Kalau tak percaya, nengok ajelah gambar-gambar ni semua.

Ya! Pandangan anda memang tak silap. Kami memang masih lagi duduk bergambar.
Macam-macam posing.
Okay. Aku bagi gambar Syahmie versi solo pulak.
Hero Malaya terulung.
Syahmie menurut aje arahanku untuk bergaya buat kameraku.
Dan yang kecil masih lagi seronok bermain buaian.
Amier dan Sabriena.
Ini satu lagi hero Malaya in the making.
Happy face of Adik.
Namun Amier masih lagi di buaian. Biar pun keseorangan.
Wanie pulak masih duduk di bawah pokok.
Sabriena dan Mama.
Bibik Saodah mendengar perbualan dengan teliti.
Dua pupuku - Khalid dan Talha.
Bila dah agak lama kami di sana, barulah kami minta diri untuk pulang. Maaf zahir dan batin kepada Bibik Saodah seluruh keluarga. Mintak halal makan dan minum. Kalau ada rezeki, kita akan berjumpa lagi di lain waktu. Semoga kita semua diberikan kesihatan oleh Allah. Amin.

TAMAT.

Macam kumpulan artis pun ada jugak.
The Family Connection Group.
Yana dan Sabriena.
Yana ajak brader ni bermain sama-sama.
Syahmie dan Mama.
Aku pun nak bergambar jugak.
Me and wife.
Abang Long mendukung Adik Usu.