m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label pond. Show all posts
Showing posts with label pond. Show all posts

Friday, March 7, 2014

Memancing di kawasan orang kaya-kaya - Taman TAR

19 Januari 2014 - Sewaktu aku pergi balik dari rumah ke Taman TAR, sama ada untuk solat Jumaat atau meninjau monyet dan khinzir di belukar, aku sering menjeling-jeling ke arah sungai kecil yang dulunya ada paya yang juga dijadikan tempat main bola sepak oleh kanak-kanak di kejiranan ini. Aku nengok ada excavator mengorek tanah di lembah paya ini. Dan kini paya tu telah lenyap, dan berganti menjadi sebuah kolam takungan yang bersambung dengan air sungai kecil. Takungan ini kelihatannya sangat berpotensi untuk membiak ikan-ikan air tawar seperti tilapia, haruan, keli, belut dan sepat. Dan mungkin juga sesuai untuk membiak toman, kelah, sebarau, tengas, temoleh, tapah dan kerapu. Malah aku nengok telah semakin ramai orang mengunjungi tempat ini untuk memancing. Aku nengok ada jugak pemancing yang dapat menaikkan ikan tilapia, walaupun saiznya agak kecil.

Isteriku sedang menjejak kelah dan sebarau.
Amier menemani mamanya.
Gembira pasal dapat memancing di kolam terbuka.
Sekor ikan pun masih belum tersangkut di mata kail.
Aku bagi tau wife aku pasal hal ini. Lalu pada suatu petang yang redup, kami pun ke sanalah untuk memancing. Amier turut serta dalam trip memancing kali ini. Bekalan kami adalah cacing dan roti. Aku memilih satu spot di tempat yang terbuka. Isteriku pergi meninjau di tempat yang lebih bersemak untuk memburu haruan. Setelah agak lama memancing, akhirnya aku berjaya menaikkan seekor tilapia kecil. Dan kemudian naik lagi dua ekor yang menjumlahkan kepada tiga ekor semuanya. Isteriku pula, walaupun umpannya digetu ikan, tetapi tak seekor pun yang berjaya dinaikkan. Suasana di sini sangat nyaman. Angin yang berhembus pun kira sepoi-sepoi bahasa jugak. Ada bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Mandarin. Bahasa Tamil pun ada jugak. Di seberang sungai aku nengok sekumpulan anak muda berjaya menjnakkan seekor tilapia yang agak kasar. 

Ikan-ikan di sini nampak gayanya masih kecil-kecil semuanya. Macam mana diorang nak membesar, sebab aktiviti menjaring dan memukat secara haram dilakukan secara terbuka dan berleluasa. Pakai pukat harimau pulak lagi tu. Siap naik bot pukat tunda dengan enjin berkuasa kuda 1500cc. Awak-awak pulak seramai dua puluh orang. Macam aktiviti nelayanlah pulak. Sedangkan tempat sebegini lebih sesuai dijadikan tempat rekreasi keluarga, bukannya tempat menghabiskan stok ikan. Kalau setakat menjala tu kira okay-lah jugak. Kami pulang setelah maghrib hampir menjelang. Dan ikan-ikan tadi yang agak kecil kami bagi makan kepada kucing-kucing peliharaan kami. Berebut-rebut mereka meratah ikan segar dari kolam tu. Meoww!!!

Tilapia pertamaku seberat 10 kilo setengah.
Masih mencuba nasib.
Ikan masih berdegil.
Amier tak memancing. Tetapi dia merayau-rayau sambil memberi sokongan padu kepada kami.

Monday, January 13, 2014

Ke Tepian Rimba bersama saudara-mara

5 November 2013 - Sekali lagi kami mengunjungi tempat memancing yang terletak di Hulu Langat ni. Dulu kami memancing dapat ikan sampai dekat 11 kilo beratnya. (http://adisarahberkisah.blogspot.com/2013/10/nelayan-di-tepian-rimba-kais-pagi-makan.html). Dapat ikan pacu punyalah banyak. Baling tarik, baling tarik. Itu yang syok tu. Keseronokan memancing yang dulu tu lah yang telah mendorong aku untuk ke sini lagi. Tapi kali ini aku ajak biras-biras yang sangat rapat dengan aku - Abang Zai dan Abang Zahid.

Ini adalah port kegemaran kami bagi menjinak keli.
Abang Zai sedang memasang mata kail paling tajam di dunia.
Kami berkumpul kira-kira jam 10 pagi kat kawasan rumah Abang Zahid. Pekena teh tarik dulu. Abang Zahid dan Abang Zai dah siap breakfast kat restoran mamak berdekatan. Lepas breakfast, barulah kami bertolak ke Hulu Langat menaiki kereta aku. Perjalanan sangat santai. Dalam benak kami terbayang-bayang amukan ikan keli, pacu, patin, baung, tilapia, toman, kelah, sebarau, arapaima gigas, kerapu dan layaran yang bakal meragut umpan cengkerik yang kami hidangkan. Dan perjalanan pun diteruskanlah dengan penuh bersemangat.

Abang Zahid menanti ikan makan umpan dengan penuh sabar.
Tetiba aku terperasan yang minyak kat tangki kereta aku dah semakin menyusut. Alamak! Mana nak cari stesen minyak ni? Abang Zai kata, kat Hulu Langat memang tak banyak stesen minyak. Kalau tak silap cuma ada sebuah saja stesen minyak Petronas. Katanya kat Hulu Langat ni ada banyak belerang kat tanah dia. Jadi bukan semua tempat sesuai untuk dibangunkan stesen minyak. Dikhuatiri akan mudah terbakar stesen tu nanti. Kami akhirnya bertemu dengan sebuah stesen minyak Petronas yang kebetulan tak jauh kedudukannya dari tempat kami nak pergi memancing - Kolam Memancing Tepian Rimba.

Ada kalanya ikan keli pun tak mau makan umpan.
Ikan keli yang menjadi "pojaan hati kuuu".
Layan keli demi keli.
Sesampai aje di sana, kami terus memunggah barang-barang memancing, seperti joran dan kekili, umpan, bakul ikan, jaring, gancu, sarung tangan, tali pinggang pancing, pelampung, life jacket, bot laju, dan sonar pengesan ikan. Kat kolam nampak gayanya dah ada ramai orang yang memancing. Kanak-kanak pun ramai jugak. Maklumlah, musim cuti sekolah.

Macam sebelum ni, aku layan ikan keli dulu dengan berumpankan cengkerik. Dan ikan keli pertama berjaya aku naikkan di suatu sudut kolam yang memang telah aku kenalpasti. Aku ajak Abang Zai dan Abang Zahid untuk pancing ikan yang paling senang dulu - apa lagi, ikan kelilah! Abang Zahid dan Abang Zai jugak berjaya menaikkan ikan keli dengan agak mudah. Ikan yang Abang Zai dapat, dimasukkan ke dalam raga ikan aku. Abang Zahid pulak memasukkan ikan-ikan keli ke dalam raga ikannya. Tetiba Abang Zahid baru tersedar, rupa-rupanya raga ikan milik Abang Zahid bocor. Berpuluh-puluh ikan keli terlepas dari raga. Kalau tak silap aku dekat sembilan puluh ekor semuanya. Argh!!!! Frust betul. Nak buat macam mana. Bukan rezeki. Last-last semua ikan keli yang dipancing dilonggokkan ke dalam raga ikanku.

Abang Zahid dengan keli ke-90-nya yang berjaya meloloskan diri dari raga ikan.
Double strike.
Abang Leman pun join sama.
Alamak! Ada ikan besar makan umpan Abang Zahid. Pari 50 kilo!!!
Layan, jangan tak layan!
Alamak! Terlepas pulak. Perambut halus sangat kot...
Mata kail kat joran Abang Zai patah lagi diratah alu-alu bersaiz mega.
Setelah kira-kira sejam memancing, tetiba Abang Leman datang. Dia pun join sekaki. Jadi, jumlah pemancing yang ada sekarang ialah lima orang semuanya. Abang Leman lebih berminat nak memancing ikan patin. Keli dia tak nak layan sangat. Kami ada jugak mencuba mendapatkan ikan-ikan dari spesis lain seperti siakap dan jenahak dengan menggunakan roti, dedak dan cacing. Akhirnya keli jugak yang masuk perangkap. Itu pun kena pakai cengkerik jugak.

Abang Leman sedang mencari formula terbaik untuk menjinakkan patin.
Menanti getuan ikan dengan penuh kesabaran.
Abang Zahid nak jadikan ikan keli ni umpan bagi memancing toman bagak.
Abang Leman masih melayan patin.
Ikan dah mula kurang galak memakan umpan.
Abang Zai masih sabar melayan kerenah keli.
Dah lama kami menunggu. Ikan dah mogok ke?
Setelah agak lama memancing, aku dan isteri alih tempat. Dengan berumpankan cacing, aku labuhkan joran, dengan harapan untuk menaikkan tilapia merah. Tanpa diduga, joran aku melendut ke bawah. Lalu aku putar kekili. Dan yang naik ialah seekor ikan baung yang sederhana besar. Happy-nya aku dapat ikan yang lain dari keli. Sebelum tu, kami ada buat semacam pertandingan yang tak ada hadiah, sesiapa yang dapat ikan selain dari ikan keli, dikira pemenang. Nampak gayanya, akulah pemenang untuk kali ini, pasal orang lain semua sekadar menaikkan ikan keli sahaja.

Tetiba sekor ikan tilapia buat kelakar pasal ikan keli. Isteriku tak dapat menahan geli hatinya.
Mencuba mengurat tilapia pulak.
Akhirnya waktu tiga jam pun tamatlah. Tapi kami macam tak puas memancing. So, kami tambah lagi sejam. Tempoh kami memancing adalah empat jam. Cuma Abang Leman aje yang pancing selama tiga jam. Kami kumpul semua ikan dalam raga ikan. Ada lebih empat puluh ekor semuanya. Berat keseluruhan pulak ialah dekat 9 kilo. Kurang dua kilo dari dulu. Tak kisahlah. Itulah rezeki untuk hari tu. Ikan keli tu kami goreng dan memang sedap bila dimakan. Tak hanyir pun. Next time kami akan ke sini lagi dengan persediaan yang lebih hebat lagi bagi menjinakkan patin, ikan lumba-lumba dan killer whale jugak.

Kat sudut nilah ikan keli dilepaskan. Dan kat sini jugaklah para pemancing akan berkumpul bagi mengail keli.
Kekadang sampai berselirat tali pancing sesama pemancing. Tapi kami semua sporting.
Budak-budak pun ramai yang memancing kat sini.
Bersama ikan keli yang paling hensem pada hari tu.
Mencuba memancing ikan baung pulak.

Saturday, October 19, 2013

Nelayan di Tepian Rimba: Tangan lenguh, hati puas

Bahagian 2

Sambungan dari kisah memancing di Kolam Rekreasi Tepian RImba, Sungai Serai, Hulu Langat tempoh hari. Ikan yang dipancing memenuhi bakul. Berat ditimbang dekat 11 kilo semuanya. Ikan yang dipancing ada ikan keli, ikan pacu dan ikan patin. Umpan yang digunakan termasuk dedak, roti, pelet dan cengkerik. Tapi semua ikan tu berjaya dinaikkan dengan menggunakan cengkerik saja.

Amier dengan jaring besar kebanggaannya.
Inilah bahagian depan kolam. Kat sini tak berapa berhasil sangat.
Nak balik membawa ikan.
Balik time!
Kolam ni terletak kat bawah bukit.
Masa kami balik tu, lebih ramai pemancing yang datang mencuba nasib.
Tinggi jugak bukit kat belakang tu kan?
Berikut adalah pesanan brader-brader yang regular memancing kat kolam tu:

Ada sorang brader tu kata kalau nak pancing ikan pacu dan ikan patin kena pakai mata kail yang besar sikit. Aku nengok dia pakai mata kail memang agak besar jugak. Ada sebesar penyangkut kren. Kalau ikan keli boleh pancing pakai mata kail kecil sikit. Tapi bagi aku pakai mata kail yang kecil sikit pun okay jugak. Aku pakai mata nombor 10 atau 11. Tapi kena jenis yang tajam betul, biar senang sangkut. Brand favourite aku ialah Daichii - Jepun mari. 

Brader tu turut memberi  resipi untuk buat umpan rahsia bagi memikat ikan patin. Ramuannya ialah: 1 paket umpan dedak jenis Power Bait perasa pandan, 1 paket umpan dedak jenis 916, dan satu paket umpan jenis Nescafe. Aku kalau umpan Nescafe tu memang aku tak pernah dengar dan tak tau macam mana rupa dia. Nak suruh brader tu tunjukkan contohnya, dia tak bawak pulak umpan tu. Malah masa dia mancing pun dia pakai cengkerik jugak. Jadi tak taulah aku kalau brader tu kelentong ke cakap yang betul. Lagi satu, brader tu kata, kalau nak pancing ikan pacu, umpan terbaik ialah hati ayam. Kalau nak lagi hebat, pakailah hati ayam belanda, boleh dapat ikan pacu dari Eropah (pasal Belanda ada kat benua Eropah). Petua yang itu aku tak tau bolah dipraktikkan atau tidak. Pasalnya, ada sesetengah pengusaha kolam tak bagi pakai organ haiwan untuk memancing.

Sebahagian daripada kolam hadapan.
Berlatar belakangkan kolam.
Masih tak puas bergambar dengan kolam.
Letih jugak nak berjalan balik menaiki bukit.
Suasana yang menarik.
Kat sini jugak ada kolam udang galah. Umpan yang digunakan ialah perumpun tanah liat yang warna pink. Perumpun ni ada dijual di sini. Kalau pandai pancing boleh dapat hasil yang lumayan. Kalau tak pandai, cuma dapat beberapa ekor ajelah. Aku kalau pancing udang galah ni memang agak fail jugak. Pernah cuba sekali. Empat jam mancing suma dapat 6 ekor aje. Joran untuk pancing udang jugak boleh disewa di kaunter.

Rehat sebentar pasal dah kepenatan.
Ini kolam kat sebelah belakang. Kat sinilah kami banyak tarik ikan naik, satu per satu.
Aku rasa tauke kolam ni punya rumah kat sebelah kolam aje kot? Syoknya kalau macam ni.
Pemancing nampak gayanya dah semakin ramai yang datang.
Jauh betul kami kena menapak keluar.
Amier macam caddie-lah pulak.
Rehat lagi. Memang tangan aku jadi lenguh. Serius!
Sebahagian daripada tempat letak kereta yang disediakan.
Di pintu hadapan kolam pancing.
Posing kejap sebelum pulang.
Wife aku pun penat jugak melayan ikan-ikan yang ganas.
Ada pokok manggis kat pitu depan. Nasib baiklah masih kecil lagi. Kalau dan ranum, sure aku akan bedal sebiji demi sebiji.
Ikan yang dibawa balik dijinjing di dalam bakul. Sampai lenguh tangan aku dibuatnya. Kat rumah aku pun kiralah sekor demi sekor. Jumlah ikan yang berjaya dipancing adalah seperti berikut: ikan keli 18 ekor. Ikan pacu 13 ekor. Ikan patin cuma sekor. Jumah ikan adalah sebanyak 32 ekor. Inilah rekod pancingan kami yang paling banyak di kolam ikan air tawar berbayar. Ikan pacu tu kami dah try masak. Kira okay jugaklah. Rasa dia macam ikan bawal. Untuk sebulan ni kami dok makan ikan pancing ajelah nampak gayanya. 

Kepada semua pemancing yang baru nak berkecimpung, kolam ni mungkin memang sesuai untuk korang. Maklumlah tak perlu tunggu lama untuk ikan memakan umpan. Jomlah datang beramai-ramai masa cuti sekolah nanti

Tamat.

Hasil tangkapan dalam bakul.
Okay, dah puas posing. Masa untuk balik.
Menghala ke kereta.
Kalau dapat sekor lagi keli, mesti cukup 11 kilo jumlah beratnya.
Menghitung ikan dalam besen.
Cerianya muka aku.
Inilah semua ikan yang dipancing.
Kami sedekahkan sekor dua ekor ikan kepada kucing kesayangan kami - Isabel.