m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label smtm. Show all posts
Showing posts with label smtm. Show all posts

Saturday, September 26, 2015

24 Syawal 2015: Berkunjung ke rumah Rohaida

9 Ogos 2015 - Di hujung-hujung Syawal, kami berkunjung pulak ke rumah salah seorang kawan sekolah wife aku. Dekat kawasan Ampang jugak. Nama dia Rohaida. Jamuan ni kira macam pot-luck jugaklah pasal masing-masing kena bawak makanan masing-masing. Sendiri bawak, sendiri makan. Sendiri cuci pinggan. Tetamunya tak sebegitu ramai. Sekitar sepuluh orang aje. Atau mungkin jugak kurang dari tu. Memang saja buat gathering at small scale. Biar boleh bersembang lebih sikit dengan kengkawan rapat.

Anak-anak menjamu selera.
Wife aku buat teh tarik dan masak cengkodok kat rumah Rohaida.
Comotnya Sabriena makan.
Kengkawan rapat yang masih belum pulang.
Sembang-sembang kat ruang dapur.
Erin menyuapkan cengkodok ke mulut isteriku. Rohaida memerhatikan.
Amier menumpang selit pasal dia nak ambil cengkodok panas yang baru digoreng.
Free style everyone!
Sabriena berbaring sambil minum "cucu lilat"- nya (susu cokelat).
Menyediakan angpau duit raya.
Nasa pun ada jugak.
Kalau datang rumah tetamu, mestilah makan dan minum. Jadi itulah yang kami lakukan. Aku dan anak-anak (Amier dan Sabriena) memang cuma makan dan minum aje. Wife aku bersembanglah dengan kengkawannya yang lain. Setelah tumpang solat asar, barulah kami berangkat pergi. Pergi meninggalkan rumah Rohaida. Kepada tuan rumah, kami ucapkan terima kasih kerana telah menjadi host yang baik.

Bersama Erin.
Zumaidi datang beraya jugak.
Mengira untung perniagaan jual kuih raya.
Duit untung dimasukkan ke dalam sampul angpau.
Zumaidi dan Nasa.
Sabriena dan Amier bersantai di atas sofa.
Menanti masa untuk pulang ke rumah.
Amier di suatu sudut lanskap.

Friday, April 24, 2015

Isteri punya kawan sekolah punya kakak punya anak punya wedding

28 Februari 2015 - Inilah majlis perkahwinan yang paling lewat malam sekali yang kami pernah pergi. Majlis ni patutnya selesai jam 11 malam. Jadi kami pun ambil masa, took our own sweet time, sebelum ke majlis yang dibuat di Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak. Kalau tak salah aku, kami sampai ke tempat majlis dekat jam 10 malam. Tapi kami tak kisah, pasal sebelum datang ke majlis, kami dah siap makan malam dulu kat rumah. Jadi kami ke majlis dengan perut kenyanglah.

Bersama dua orang kawan sekelas.
Bersama empat orang kawan sekelas.
Amier sibuk makan. Sabriena sibuk main i-phone.
Shidi bersama isteri.
Happy pasal dah kenyang makan nasi kahwin.
Lepak-lepak kat meja bulat ini.
Dengan kengkawan sekolah.
Bersama Sharina (berdiri baju hijau) yang menjemput kami ke majlis ini.
Ladies only.
Ladies only. Errrr.... and of course...campur Shidi sekali.
Ini wedding siapa sebenarnya? Siapa yang kahwin sebenarnya? Sebenarnya, yang kahwin itu adalah anak kepada kakak kepada kawan sekolah wife aku. Dalam perkataan lain, yang kahwin itu adalah anak saudara kepada kawan sekolah wife aku. Atau boleh jugak dikatakan macam ni - kawan sekolah wife aku tu ialah makcik kepada pengantin perempuan. Dan nama kawan sekolah wife aku tu ialah Sharina. Kalau masih tak faham lagi, kena rujuk buku Kamus Dewan.

Tumpang duduk pelamin sekejap.
Pengantin terus lari. Tak jadi duduk kat sini bila nengok pelamin dan di-conquer orang.
Masih ber-posing di pelamin.
Dan terus di pelamin.
Dalam suasana malap.
Cuba try selfie pulak
Sabriena merenung ke arah sesuatu.
Sabriena dan mama menengok air sirap dalam gelas dengan perasaan geram.
Sabriena sedang mencari ilham nak buat apa time ini.
Gigit tali beg pun kira okay jugak.
Masa kami sampai tu, punyalah ramai orang membanjiri dewan majlis. Sebijik macam banjir besar kat Kelantan dulu. Makanan pun dah agak berkurangan. Oleh kerana kami dah agak kenyang, kami cuma ambil sikit-sikit aje makanan untuk dijamah. Dan makan dessert dan minum air aje. Yang lebih penting, wife aku nak jumpa dengan kawan-kawan lama dia. Aku tak berapa tau sangat nama-nama mereka. Tapi gambar kengkawan sekolah wife aku ada dilampirkan di sini.

Sewaktu time kami macam dah nak balik, tetiba ada seorang kawan lama kami muncul tercegat dekat dengan meja kami. Eh! Acis dramatis rupanya. Dah lama aku tak jumpa dia. Acis tu ialah kawan kami berdua ketika kami sama-sama aktif bergiat dalam dunia teater dulu. Sekarang Acis dah berumah tangga. Lambat jugak dia bertemu jodoh. Tapi tak kisahlah. Dah ada anak sorang pun. Aku sangatlah happy dapat bersua kawan lama. Acis pun begitu jugak. Kami tak berbual panjang. Yang penting nombor contact Acis aku dah simpan. Bila ada kesempatan, bolehlah kami ngeteh kat warung mamak. Tak lama selepas bertemu Acis, kami pun pulang, walaupun wife aku mungkin masih tak puas lagi berborak dengan kawan-kawan sekolahnya. Tapi anak-anak dah mula resah dan menjerit menangis. Kepada keluarga Sharina, kami ucapkan terima kasih banyak-banyak.

Amier dengan minuman kegemarannya.
Bertemu kawan lama - Acis.
Dulu kami sama-sama berteater.
Sabriena main i-phone.
Ada band akustika anak muda yang mendendangkan lagu untuk para tetamu.
Best jugak persembahan mereka.
Anak-anak muda berbakat besar.
Sessi persidangan meja bulat peringkat akhir.
Perbincangan hampir tamat. Topik perbahasan lebih serius sifatnya.
...sampaikan Shidi dan isteri turut terkesan dengan tahap keseriusannya.

Friday, March 27, 2015

Roti canai di kedai Mastura

31 Januari 2015 -Okay. Pagi ni tetiba kami lapar. Bila dah lapar, sudah pastilah nak kena makan. Fikir punya fikir punya fikir (dekat lima hari jugaklah kami dok memikir), akhirnya kami buat keputusan nak pergi ke gerai kawan sekolah wife aku kat sekitar Kg Pandan. Nama kawan wife aku tu ialah Mastura. Kedai dialah yang kami akan pergi untuk makan sarapan pada pagi tu.

Rupanya isteri aku dah berpakat dengan kawan dia yang sorang lagi, Sharifah, untuk sama-sama breakfast kat situ. Apa yang hebat kat kedai Mastura ni ialah dia punya roti canai. Roti canai dia kalau kita makan, terasa dia punya canai sampai ke perut. Usus tu rasa macam dicanai-canai. Kuah dal dia pun jugak hebat. Terasa perut macam kena be-DAL. Itu aku tak cakap pasal kopi dan teh tarik dia lagi. Punyalah kaw, sampaikan kat dalam gelas tu boleh ternampak bayangan cow yang bagi susu untuk minuman tu. Kalau aku, minum satu baldi pun bagaikan tak puas. Memang hebat. Walau pun menu dia tak banyak, tapi roti dan minuman panasnya memang ternyata hebat, dan sering dikunjungi ramai pelanggan dan memang menjadi kegilaan para remaja di masa ini. Cubalah datang dan anda akan tahu kehebatan yang aku maksudkan itu ternyata benar!

Bersama Sharifah a.k.a. Kak Pah.
Masih bersama Sharifah.
Tauke kedai, Mastura turut bergambar bersama.