m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label char kuetiau. Show all posts
Showing posts with label char kuetiau. Show all posts

Sunday, September 6, 2015

6 Syawal 2015 - Menyambut sanak saudara di rumah: Penangan char kuetiau

Bahagian 2 (Akhir)

Ramai saudara-mara yang telah datang beraya di rumah kami. Kami berasa sangat terharu, bagaikan ikan cencaru, yang bertenggek di pokok ru, sambil mengembangkan paru-paru, tatkala ombak sedang menyeru. 

Aku masih mengejar bayangan Adrian. Wajahnya perlu kurakamkan dengan kamera ku ini. Akan kupaparkan wajah comel hensemnya di majalah-majalah hiburan, dan surat khabar arus perdana. Adrian adalah wajah yang dicari-cari oleh khalayak ramai. Wajah komersilnya membolehkan ia menjadi hos tv, menjadi model pakaian Muslim, dan menjadi tokoh Da'i Millenia Musim Ke-4.

Adrian hampir memalingkan mukanya kepada aku. Tapi terhenti sekerat jalan.
Amier dan idolanya - Saleh.
Kak Enon, Emi dan Amanda.
Adila dan Yaya.
Penggemar char kuetiau nombor satu - Ika.
Jamah kuih-muih pulak.
Sri dan Zuan tergelak pasal ada orang buat lawak pasal duit donation.
Hana naik lembu. Mooooo...
Sementara itu, lebih ramai tetamu yang datang. Termasuklah Kak Timah dan guru-guru Kidz Cabin yang terdiri dari Ika, Yaya dan Adila. Semua berhadapan dengan tugasan untuk menghabiskan juadah char kuetiau yang telah disediakan. Dan semua menggemari masakan itu.

Sabriena melayan Haikal.
Makcik dan anak saudara.
Akhirnya secara eksklusifnya, dapat jugak aku ambil gambar Adrian! Hooreeyyy!!!
Gelagat anak-anak.
Sabriena melihat mainan Haikal dengan penuh minat.
Sabriena mengajar anak-anak buah saudaranya cara-cara nak main game Minecraft.
Anak-anak kelihatannya lebih gemar bermain sesama sendiri. Makcik bongsu, Sabriena sibuk melayan anak-anak saudaranya bermain smart phone. Hana pulak lebih gemar bermain kereta mainan milik Sabriena. Masing-masing nampaknya cukup terhibur ketika berada di rumah kami.

Atuk dan cucu duduk sebangku.
Little Hana.
Saleh minum air kopi jantan tongkat ali.
Ali sedang menelefon Jasmin.
Ika masih makan oren lagi. Habis kesemua buah oren kat pokok kami dikerjakan oleh Ika.
Little Amanda.
Atuk nengok cucu, cucu nengok atuk.
Isteriku mengambil kesempatan ini untuk memberikan duit raya kepada anak-anak saudaranya serta cucu-cucu saudaranya juga. Seronoknya bila mendapat duit raya walaupun nilainya tak seberapa. Sekadar RM2.6 billion sahaja. Jeng jeng jeng...

Orang gaji kami ada agendanya sendiri. Melihatkan Ika sangat suka kepada char kuetiau yang beliau masak, maka orang gaji kami itu telah membekalkan Ika dengan char kuetiau panas di dalam bekas untuk dimakan apabila pualng ke rumah nanti. Dan untuk tidak menghampakan para peminat char kuetiau Ampang Jaya ini, di sini aku lampirkan resipi dan cara-cara membuatnya:

- Masukkan minyak dalam kuali.
- Tumiskan cili bor dan bawang sehingga naik baunya. Baunya hendaklah naik ke atas bumbung.
- Masukkan udang segar tiga kilo dalam kuali.
- Masukkan kerang 25 kilo (dengan kulit-kulitnya sekali supaya crunchy) ke dalam kuali.
- Kacau hingga sebati.
- Masukkan air setengah baldi.
- Masukkan daun kucai lama yang boleh dibeli di Jalan Kuchai Lama.
- Tambahkan kicap ABC, kicap Kipas Udang dan kicap Cap Char Kuetiau.
- Bila dah menggelegak, masukkan kuetiau.
- Last sekali, masukkan tauge 6 kilo.
- Tutup api. Masakan telah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. 

TAMAT.

Nadia dapat donation dari isteriku.
Emi jugak dapat donation dari isteriku.
Azira turut mendapat donation.
Zuan happy pasal dapat donation.
Sri juga tidak ketinggalan. Donation tetap diberikan.
Bertambah pening kakak ini kerana donation-nya berbentuk char kuetiau. Cuba teka siapa dia.

6 Syawal 2015 - Menyambut sanak saudara di rumah: Jom masuk!

Bahagian 1

22 Julai 2015 - Pada petang yang hening ini kami cuma menanti. Menanti di teratak kami. Seperti menanti buah durian gugur ke tanah dalam dusun yang terpencil. Sesekali kami melihat wajah masing-masing. Menarik nafas dalam-dalam. Menghembus panjang. Fuuuuuuhhhh! Terus menjangka apa yang bakal berlaku seterusnya. Tiba-tiba...

"Assalamualaikum!" Eh! Siapa kat luar tu? 
"Assalamualaikum dunia. Bangunlah semua. Lihatlah pada diri kita, semua serupa!!" Kami lantas merenung ke luar jendela. Bayu pagi meniup lembut. Kami lihat bintang di angkasa. Purnama menerangi gelapku. Dan kami tanya apa khabar. Kami tanya apa khabar. Kami tanya apa khabar semua. Ooooohhhh! Rupa-rupanya abang iparku, Abang Ngah Nordin serta anak-anak dan cucu-cucunya. Lalu kami menjemput mereka masuk. "Jemput masuk. Jangan malu-malu. Buatlah macam rumah sendiri." Dan para tetamu yang terdiri dari ahli keluarga pun masuklah dengan sukacitanya.

Abang Ngah dalam proses mencedok char kuetiau yang baru dimasak.
He ain't heavy. He's my brother - Emi dan Zuan.
Ali dan kawannya - Jasmin.
Isteriku dengan dua orang anak saudaranya - Nadia dan Azira.
Isteriku dengan dua orang lagi anak saudaranya - Emi dan Zuan.
Kak Enon bersama anak-anak dan cucu.
Abang Ngah dan Zuan sedang menikmati juadah char kuetiau.
Nadia terkejut dan bagaikan nak pitam bila merasa keenakan char kuetiau ini.
"Jemput duduk. Jangan malu-malu. Ha, jemput makan. Makan-makan. Makan sampai habis. Kalau habis boleh masak lagi. Kalau bahan habis, boleh beli lagi. Makan sampai kenyang. Sampai kembung perut. Sampai muntah. Silakan. Silakan semua. Jangan malu-malu. Kalau malu nanti kelaparan." pelawa kami.

Para tetamu pun makanlah juadah yang kami sediakan pada petang itu. Kami menyediakan masakan yang mudah disediakan, tetapi mempunyai tahap keenakan yang boleh dibanggakan. Terlihat jelas betapa para tetamu sangat-sangat enjoy menikmati makanan yang kami hidangkan. Char kuetiau panas-panas. Straight from the kuali. Memang kami sengaja tunggu tetamu datang baru kami masak. Ini adalah untuk memastikan kehangatannya yang membara. Udang dan kerang yang kami campurkan adalah fresh dari laut dalam. Baru aje ditangkap di Laut Cina Selatan. Kami gunakan udang dan kerang 'tempatan'. Bukan Siam punya! Kalau Siam punya banyak pengawet.

Bersama cucu saudara - Amanda.
Kakak dan adik merasai penangan char kuetiau.
Senyum dulu sebelum sambung makan.
Isteriku bersama anak-anak saudara, dan seorang cucu saudara. Sabriena turut enter frame.
Kak Enon sedang menikmati char kuetiau.
Emi pun enjoy jugak makan char kuetiau.
Ali dan Jasmin pun suka makan char kuetiau. Hari-hari Ali dan Jasmin makan char kuetiau.
Kami perasan ada orang baru dalam kelompok tetamu yang hadir pada petang itu. Anak buah kami, Syed Ali nampaknya telah membawa seorang temannya untuk bertandang ke rumah kami. Kalau tak silap aku namanya Jasmin. Aku senang ingat nama Jasmin pasal masa Ali perkenalkan nama kawannya itu, aku teringat nama beras Jasmine. Sorry ya. Memang macam tulah cara aku mengingat sesuatu nama atau nombor. Mesti aku kaitkan dengan perkara-perkara yang ada di sekelilingku.

Setelah semua tetamu selesai makan, aku terus menyapa, "Ha, apa lagi? Sembanglah. Boraklah. Banyak benda yang boleh diborakkan. Boleh borak pasal 1MDB. Boleh borak pasal donation Pak Arab. Boleh borak pasal bola kalah teruk kepada UAE 0-10. Nak borak pasal artis pun boleh jugak. Pilih tajuk sendiri. Pilihlah". Dan para tetamu pun mulalah berborak panjang mengenai tajuk yang macam-macam.

Amanda dalam pelukan Granny-nya.
Puteri kepada Zuan dan Sri - Hana.
Hana sedang bercerita pasal Coach Dollah Saleh yang letak jawatan sebagai jurulatih Harimau Malaya.
Zuan makan oren yang dicicah dengan char kuetiau.
Dalam banyak-banyak orang, aku agak sukar untuk mengambil gambar cucu saudaraku, Adrian. Berkejar-kejar aku dengan kamera Nikon ku. Adrian tetap menyembunyikan wajahnya dari diambil gambarnya. Mak Usu kepada Adrian, Azira cuba memujuk. Tapi Adrian tetap camera shy. Kalaulah aku dapat snap wajah Adrian, kira macam kemenangan besar bagi aku. Aku terus berusaha keras untuk membuatnya menoleh kepadaku.

Bersambung...

Siapakah gerangannya yang bersembunyi di sebalik meja itu?
Amanda dalam pangkuan neneknya.
Haikal dalam pangkuan pakciknya.
Kak Enon dengan cucunya.
Adik-beradik, Ika dan Yaya penggemar buah oren tegar.
Mak Usu Azira sedang memujuk Adrian untuk diambil gambarnya yang hensem itu.