m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label farewell. Show all posts
Showing posts with label farewell. Show all posts

Sunday, August 26, 2018

Farewell yang kedua buat Shahril Neuformation

31 Julai 2018 - Shahril, dah pernah sekali tinggalkan ofis Neuformation. Dengan jiwa sayu dan diraikan kepergiannya dengan acara makan-makan. Kehilangannya amat dirasakan. Kerana beliau banyak membantu dalam kerja-kerja harian di ofis. Aku siap buat gambar karikatur Shahril sebagai kenangan. Tapi tak lama selepas tu, Shahril dipanggil semula. Dan beliau join semula dengan kami di Neuformaiton. Semua orang happy. Tapi setelah beberapa ketika, Shahril putuskan untuk berhenti dari bekerja di ofis ni lagi. Dan kami pun buatlah acara farewell untuk Shhahril buat kali kedua!

Kek farewell Shahril yang simple tetapi special.
Shahril sedang menahan sebak di dada yang teramat sangat dan tidak tertanggung. Keh keh keh...
Di samping kek kesayangannya.
Staf Neuformation sedang bersiap-siap untuk bergambar.
Kebetulan aku pulak bawak kamera pada hari tu. Memang rezeki Shahril lah ada liputan secara langsung dalam blog aku. Ramai orang yang dah berhenti dari ofis Neuformation tanpa siapa pun yang tahu. Kali ni aku bagi berita eksklusif pasal Shahril. Kali ni jugak ada orang belikan kek untuk Shahril. Kira special lah tu. Bukan semua orang dapat kek. Kami tak nyanyi lagu apa-apa sebab hari tu bukannya birthhday Shahril pun. Lagi pun suara kami semuanya al-sumbangsih. Lebih baik senyap ajelah. Walaupun tak ada lagu farewell, kami tetap suruh Shahril berucap. Mula-mula Shahril keberatan. Mungkin sebab tak prepare skrip kot. Tapi setelah didesak oleh kami semua, akhirnya Shahril pun berucaplah. Bila dah berucap, Shahril bagaikan tak boleh berentilah pulak. Dekat lima hari jugaklah kami menunggu, bilalah si Shahril ni nak selesai berucap? Setelah hampir lima hari, barulah ucapan Shahril pun selesai. Lega kami. Dan acara bergambar dan makan-makan pun dimulakanlah.

Shahril bersama Afiq dan Dora dari Brazil.
Shahril sedang bersedia untuk memotong kek dalam gaya paling ganazzz.
Sebahagian besar dari staf Neuformation.
Kedua-dua boss tak ada dalam gambar.
Tapi Carol ada mewakili mereka.
Happy bercampur sedih.
Free style dari warga Neuformation.
Aku baru nak masuk frame (paling kanan - in case korang tak kenal aku).
Kami bergambar beramai-ramai. Tapi ramai jugak yang tak ada kat ofis pada petang tu. Malah kedua-dua boss kami pun tak ada. Tapi acara tetap kami jalankan seperti biasa, pasal itulah hari last day buat Shahril di ofis Neuformation. Tak taulah pulak kalau sat lagi dia mai balik kat ofis ni. Untuk kali ketiga!

Lepas bergambar, barulah kek dipotong dan kami makan kek beramai-ramai. Tapi keknya kecil aje. Jadi kek tu perlu dicincang dadu agar semua orang dapat merasanya. Berdasarkan gambar-gambar di atas, macam tak ada makanan lain yang dihidangkan pada hari tu. Maknanya kami makan kek ajelah. Tak kisahlah tu. Janji ada makan something. Kepada Shahril, kami ucapkan 'Good luck' dan 'All the best'. Semoga perjalanan career Shahril lebih cemerlang selepas ini. Tapi kalau nak patah balik, buat u-turn dan join balik ofis Neuformation untuk kali ketiga, silakan. Kalau bosses kata okay, boleh aje join. Kami para pekerja cuma menurut perintah aje. Okay, Shahril. See you next time! And always keep in touch. Adios!!

Shahril sedang memikirkan cara bagaimana kek ini dapat dibahagi-bahagikan untuk semua staf.
Afiq sedang membuat tunjuk ajar kepada Shahril cara memotong kek mengikut standard QLASSIC.
Shamyl dan Shafiq memerhatikan tingkah teman-teman mereka dari kejauhan.
Azfar baru aje join Neuformation. Dah ada orang yang berhenti.
Hafeez, Dora dan Ayu turut meraikan majlis perpisahan ini.
Muhaimin ingin merasa keenakan kek ini terlebih dahulu.
Awal memastikan acara berjalan lancar pada petang itu.
Gina turut happy dapat makan kek farewell.
Tetiba Shafiq berasa kehilangan. Rupa-rupanya dia kehilangan kunci kereta. Aduh!
Afiq dan Azfar menanti acara kek diagihh-agihkan.
Kerja Carol masih belum berakhir lagi. Kena kira berapakah jumlah duit untuk dimasukkan ke dalam akaun Shahril.
Dora baru nak try explore masakan kek di Malaysia.
Sampai sekarang Shafiq masih tak tau di manakah letaknya kunci kereta BMW-nya. Adakah ia masih di kedai?

Saturday, December 17, 2016

Farewell MRSM Gemencheh

29 November 2016 - Sejurus setelah pelajar-pelajar tingkatan 5 selesai menjawab kertas terakhir peperiksaan SPM tahun 2016, mereka terus dibenarkan pulang oleh pihak sekolah - MRSM Gemencheh Ulul Albab. Maka aku dan anak-anak pun bertolaklah ke Gemenchen setelah selesai solat Jumaat. Memandu secara tenang dan tidak tergopoh-gapah, kami sampai di MRSM kira-kira jam 6 petang. Setelah solat asar di surau MRSM, kami terus pergi mendapatkan Syahmie. 

Syahmie sedang menanti di asrama bersama teman-temannya yang lain. Sebahagian besar pulang pada hari Jumaat. Selebihnya pulang pada keesokan harinya - hari Sabtu. Setelah menyimpan barang-barang Syahmie di dalam kereta, kami membiarkan Syahmie bertemu, bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada teman-temannya yang masih berada di asrama.

Tak pernah aku nengok surau ni lengang macam ni. Selalunya akan ada anak-anak yang duduk membaca Al Quran.
Syahmie di depan bilik asramanya. Goodbye Room!
Dari kiri: Imran, Syahmie dan Syahmi.
Ruang asrama semakin menyepi.
Syahmie bersama Haziq (mantan Presiden BWP dan tokoh pelajar 2016).
Dari kiri: Iman, Syahmie dan Azrie.
Dari kiri: Iman, Azrie, Syahmie dan Haikal.
Syahmie bersama Salihin.
Syahmie berdakapan dengan Fizo.
Dari kiri: Syahmie, Adi dan Muhaimin.
Syahmie bersama Hafiz (wakil tingkatan 5).
Berkumpul bersama teman-teman sebelum bersurai pada hari esoknya.
Hadapan dari kiri: Salman, Syahmie, Syakirin, Adam. Tengah dari kiri: Alif, Naqib, Fikri. Belakang dari kiri: Fawwaz, Hafiz, Mirza.
Sembang-sembang akhir tahun.
Dari kiri: Zul, Syahmie dan Amir.
Amier dan Syahmie bersama Luqman.
Bertukar-tukar nombor telefon dengan Luqman.
Amier sedang kebosanan.
Aku masih ingat lagi ketika aku dalam tingkatan 5 dulu, di MRSM Kota Bahru, sebelum kami pelajar-pelajar KL-Selangor pulang menaiki bas yang telah disediakan, kami bersalaman, berpelukan, menangis teresak-esak kerana terpaksa berpisah setelah sekian lama bersama. Lima tahun kami lalui hidup di MRSM bersama. Belajar bersama, makan minum bersama, solat bersama, bersukan bersama, bergurau bersama, cari air bersama, dan macam-macam benda lagi yang kami buat yang menyebabkan kenangan di antara kami sangat kuat melekat dalam ingatan kami. Aku rasa begitu jugaklah perasaan pelajar-pelajar batch Syahmie. Cuma suasana aje yang agak berbeza. 

Aku tahu mereka semuanya bersyukur dan lega, SPM telah berlalu. Tetapi pada masa yang sama berasa sedih terpaksa meninggalkan sekolah yang telah membentuk mereka menjadi manusia-manusia hebat seperti mana sekarang. Tak apa. Nanti masa ambil result SPM tahun depan, sudah pasti mereka akan menjengah kembali sekolah kesayangan ini. Dan diharapkan nanti, setelah tamat pengajian tinggi, dan menjadi tokoh-tokoh yang berjaya, mereka akan kembali menyumbangkan bakti kepada sekolah MRSM Gemencheh ini. Satu hari nanti. Insya Allah. Tetapi buat masa ini, adios, sayonara, ciao, selamat tinggal. Kita akan bersua lagi nanti.

Hadapan dari kiri: Nazrin, Syahmie, Anuar, Akmal dan Aiman. Dalam kaca dari kiri: Iman, Naqib, Zarif, Azrie, dan Haziq.
Sebelum meninggalkan pekarangan sekolah.
Hajatku nak memancing ikan di sini masih lagi tak kesampaian. Walaupun airnya menjadi keruh, namun riak ikan masih lagi dapat kulihat. Mungkin aku masih berpeluang pada tahun-tahun akan datang.

Tuesday, August 9, 2016

Perginya seorang Shahril

22 Julai 2016 - Pada kira-kira tarikh ini, seorang lagi staff kat ofis aku pergi meninggalkan ofis untuk berkhidmat di satu tempat yang lain pulak. Aku pun tak sempat menanya hala tuju beliau yang baru. Nama kawanku itu adalah Shahril. Last day dia pada hari Jumaat. Ada buat makan-makan sikitlah untuk farewell. Kami kumpul duit ramai-ramai untuk beli juadah makan tengah hari. Tapi pada hari Jumaat tu, aku pulak tak dapat datang ofis, pasal pada hari itu jugaklah aku kena masuk wad untuk keluarkan tiub kat buah pinggang aku. Jadi sebelum aku pergi bercuti sakit, aku sempatlah hadiahkan Shahril gambar karikatur ini buat kenangan. Dan sekarang aku share-kan pulak kat semua para pembaca yang boodeemaan (budiman-lah).


Monday, July 13, 2015

Naresh dan Ali pulang ke India

29 Mei 2015 -Tarikh ini adalah tarikh terakhir dua orang kawan kami dari India bekerja di ofis. Lepas ni mereka kena balik ke negara masing-masing di India. Mereka merupakan Engineer Mekanikal dan Civil. Tapi kena buat kerja Architecture pasal team Architecture tak cukup orang pada masa tu. Mula-mula buat kerja Architecture, ada jugak yang agak kekok. Lama-lama semua berjalan lancar. 

Di antara keduanya, Naresh lah yang lebih peramah. Cuma kekadang terlebih peramah. Dan dia sangat cekap dalam penggunaan software Autocad. Selalu jugak kami jumpa dan consult dia untuk menyelesaikan isu-isu yang bersangkutan dengan penggunaan Autocad. Kejap aje nanti dia solve-kan masalah kami. Tapi ilmu Autocad tu dia tak nak ajar sangat kat kami. Sekarang bila dia dah balik kampung, letih jugak kami nak cari jalan untuk menyelesaikan problem yang timbul ketika menggunakan software ini. Nak buat macam mana. Kena belajar sendirilah.


Seorang lagi bernama Feroz Ali. Tapi kami panggil dia Ali aje. Dia ni seorang Muslim. Balik kampung ni katanya dia nak berkahwin. Hari tu dia ada hantar dalam Whatsapp gambar dia berkahwin. Tahniah buat Ali. Kalau lain kali dia datang lagi ke Malaysia, mungkin dia boleh bawak anak dia yang sulong sekali. Ali jenis tak banyak cakap. Kalau dia bercakap pun biasanya aku tak berapa boleh nak faham sangat. Bukannya dia bercakap bahasa Tamil dengan aku. Dia bercakap bahasa Inggeris, tapi versi Tamil. Macam mana tu ah? He he... Apa-apa pun semoga perkahwinan beliau penuh barokah dan sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.

Sebenarnya mereka ni bercadang nak datang balik bekerja di Malaysia. Tapi tak tau pulak bila mereka akan datang. Mungkin jugak dalam masa yang terdekat ini...??? Tunggu dan lihat sajalah.

Sunday, September 14, 2014

Beh said "Good Bye".

12 September 2014 - Aktiviti berhenti kerja dari ofis wife aku berterusan lagi. Kali ni giliran Beh, salah seorang pekerja senior di situ. Macam biasalah, kat ofis ada buat majlis makan-makan dan majlis farewell, dan ambil gambar kenangan. Dan macam biasa jugak, aku tolong lukis gambar aje. Good luck dan all the best wishes kepada Beh.