m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, April 13, 2015

Pelancaran latihan Bangsawan Kota Lukut: Memperkenalkan para pelakon

Bahagian 2

Biarkan aku ulang sekali lagi tarikh dan lokasinya:
Teater Bangsawan Kota Lukut
Tarikh: 12, 13 & 14 Jun 2015 jam 8.30 malam
Tempat: Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut

Okay. Aku sudah mengingatkan. Setelah sessi muqaddimah Bangsawan Kota Lukut selesai, majlis diteruskan lagi dengan acara memperkenalkan para pelakon serta penyerahan skrip. Sebagai gimik, En Amran Nasrudin yang telah merasmikan pelancaran ini telah menurunkan tandatangannya di atas poster Bangsawan Kota Lukut. Diikuti oleh beberapa orang pelakon yang lain, seperti Dato' Jalaludin Hassan, Mubarak Majid, Azri Iskandar, Farrd Fathul, Mardiana Alwi, Roslan Muhammad, Lan Zailan, Nor Hayati Khalid dan beberapa orang lagi.

En Amran Nasrudin merupakan orang pertama yang akan menurunkan tandatangan di atas poster Bangsawan Kota Lukut.
Tandatangan sedang diturunkan.
Contract sudah di-sign.
Giliran Dato' Jalaludin Hassan pulak.
Tandatangan diturunkan.
Orang pertama yang menerima skrip daipada En Amran Nasrudin.
Giliran Mubarak Majid.
Satu signature untuk para peminat.
Mubarak Majid dikelilingi para panglima.
Mubarak Majid menerima skrip daripada En Amran Nasrudin.
Seorang lagi pelakon hebat tampil ke hadapan.
Azri Iskandar menyempurnakan tugas mudahnya.
Poster telahpun ditandatangani.
Teruja menerima skrip.
Pakar silat dipanggil ke hadapan.
Farrd Fathul pula yang sign kontrak.
Dan menerima senaskhah skrip.
Pelakon wanita pertama yang menurunkan tandatangan.
Mardiana Alwi  selesai menandatangani poster.
Para pelakon berasa sangat teruja bila diberikan skrip teater Bangsawan Kota Lukut yang masih panas - baru keluar dari ketuhar. Bagi sesiapa yang tak pernah menonton teater Bangsawan, ada bagusnya kalau pergi menonton persembahan ini. Dia lain sikit dari drama pentas yang mungkin biasa korang tengok. Dia ada Tauke Panggung, ada selingan yang dipanggil extra-turn, ada muzikal sikit, dan macam-macam lagilah yang aku pun tak berapa tau. Kelainan inilah yang barangkali tak ada dalam drama pentas lain. Dan inilah yang seronoknya menonton drama bangsawan. Cubalah tengok! Dan kali ini dengan sentuhan karyawan hebat iaitu Kamarul AR, sudah tentu dapat kita jangkakan sesuatu yang luar biasa akan dihasilkan.

Bersambung...

Mardiana Alwi mendapat skrip yang diidam-idamkan selama ini.
Acara menandatangani poster diteruskan lagi.
Dan skrip turut diberikan.
Tangan dijabat tanda penerimaan telah sah.
Orang kuat Abang Kamarul AR turut dipanggil berlakon.
Tandatangan kontrak seumur hidup.
Bersalaman dan bermaafan dengan En Amran Nasrudin.
Roslan Muhammad menerima skrip.
Nor Hayati Khalid siap menurunkan tandatangan.
Dan turut menerima skrip seperti yang lain.
Pelakon terakhir yang dipanggil pada sessi petang itu ialah Lan Zailan.
Dan skrip diterima dengan senang hati.

No comments:

Post a Comment