m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label seri bayu resort. Show all posts
Showing posts with label seri bayu resort. Show all posts

Saturday, February 11, 2017

Bagan Lalang 2016: Jom berenang!

Bahagian 5

Sebelum ni kami dah sambut hari jadi Amier kat bilik resort. So, perut masing-masing dah kenyanglah. Tapi, kalau pergi bercuti anak-beranak ni, kalau tak ada adegan mandi-manda dalam kolam memang tak sah. Tak cukup syarat. Tak syiok! Especially Amier dan Sabriena. Kalau mereka ternampak aje kelibat swimming pool kat satu-satu resort atau hotel tu, mesti dua beradik ni akan bertanya, bila boleh mandi kolam? Itu soalan wajib. Dan wajib jugaklah kami menjawabnya. Dan memberi kebenaran untuk mereka luangkan masa, sekurang-kurangnya satu sessi untuk berenang di kolam.

Sabriena happy dapat swimming.
Baru selesai melakukan kuak kupu-kupu 15 lap.
Rasa tak puas pulak. Macam nak berenang lagi.
Menengok abangnya, Amier melakukan apungan badan.
"Are you okay?" tanya Sabreina kepada Amier.
Amier menggunakan kuasa apungan perutnya.
Setakat ni Amier dah berjaya terapung sambil terlentang selama dua setengah minggu.
"Uhuk uhuk!" Amier terbatuk lantas berhenti dari terus mengapungkan badannya.
Sabriena memberikan pertolongan cemas.
Amier masih cuba nak mengapungkan badan. Nak pecahkan rekod alam semesta katanya.
Rekod alam semesta kini sedang dipegang oleh alien dari planet Musytari kira-kira tiga tahun lepas.
Kolam mandi kat Seri Bayu ni letaknya kat sebelah kafeteria. Cuma saiznya tu kecil sangat. Sekangkang kera. Anak kera pulak tu! Anak kera yang lahir tak cukup bulan pulak lagi!! Kalau sepuluh budak masuk dalam kolam, kena kuak budak baru boleh dapat air. Memang kecil sungguh! Tapi budak-budak ni tak kisah. Janji dapat celup badan dalam air dah kira okay-lah tu. Dapat berkuyupan sedikit sebanyak kira puas hatilah mereka.

Sabriena pulak nak pecahkan rekod Michael Phelps.
Kejap lagi nak buat renangan pantas.
Tengah ambil mood sebelum memulakan renangan.
Amier pulak baru lepas buat terjunan papan anjal kayu jati.
Amier tak puas hati pasal pengadil cuma bagi dia purata point sebanyak 9.8 aje.
Berenang bersama-sama.
Sekarang Sabriena sedang cari ikan kaloi kat kolam pulak.
Aku ajak Amier dan Sabriena mandi masa tengah hari. Masa time panas terik. Masa tu budak tak ramai. Dapatlah kami conquer kolam tu. Kalau ada bebudak dari famili lain pun, taklah ramai sangat. Masih boleh manage. Aku biarkan dua beradik tu berenang-renang dengan gaya mereka sendiri. Aku sekadar monitor dari darat sambil ambil gambar. Kekadang Amier buat terjunan triple somersault. Bak Pandalela Rinong. Aku biarkan aje. Dan ada kala yang lain Sabriena pulak buat renangan kuak rama-rama rajah brooke. Sampai berpuluh-puluh lap. Pun aku biarkan. Bagi mereka penat. Biar cepat lapar. Cepat letih. Cepat mengantuk. Dan cepat tidur. Lepas mandi nampak gayanya dua beradik tu sangat-sangat puas hati. Tersengih-sengih bila keluar kolam. Tanda full satisfaction. Okay. Lepas ni kita buat aktiviti lain pulak.

Bersambung...

Sabriena menang katanya.
Saling bergandingan.
Amier sedang himpunkan tenaga dalaman.
Jelas terpancar keseronokan di wajah Sabriena.
Sekarang Sabriena nak tangkap ikan kerapu pulak yang tersesat kat kolam mandi.
Amier bangun setelah puas berenang.

Friday, February 10, 2017

Bagan Lalang 2016: Happy birthday Amier

Bahagian 4

Setelah puas bermain layang-layang di tepi pantai yang berangin, setelah makan aiskerim yang dingin, dan setelah kepenatan berlari-lari di pasir, kami pulang ke bilik resort. Bersihkan diri mana yang patut. Segarkan badan. Labuhkan punggung di sofa empuk. Tarik nafas dalam-dalam. Hembuskan nafas panjang sambil mata dipejamkan. Aaaaaaahhhh..... Lega rasanya.

Kek happy birthday.
Amier tengok kek hari jadi. Dia nak makan sorang-sorang.
Amier tak sabar nak makan kek.
Di bilik resort jugak kami keluarkan sebiji kek hari jadi yang kami beli entah dari mana. Tertulis di atasnya, "Happy 10th Birthday Amier". Hari ni ialah birthday Amier yang ke-10. Kami sambut di Bagan Lalang (pasal kebetulan kami memang dah ada kat sini, kan?) Berkumpul beramai-ramai di ruang tamu. Amier menghadap kek yang terhias cantik. Kami nyanyikan lagu Happy Birthday. Kemudian Amier tiup api lilin. Potong kek. Bergambar, sebelum kek diagih-agihkan kepada seluruh ahli keluarga untuk dijamah.

Amier potong kek setelah lagu Happy Birthday dinyanyikan.
Setelah kek dipotong.
Potong kek sekali lagi pasal tadi kek tak putus.
Makan white chocolate yang ada kat atas kek.
Krup krup krup. Macam keropok.
Begitulah sambutan hari jadi Amier yang ringkas. Tapi dapat sambut kat Bagan Lalang. Dapat makan angin. Kek kami makan sampai habis. Tak secebis kecil pun yang tersisa. Nyomp nyomp nyomp! Burrrpppp!!! Alhamdulillah.

Bersambung...

Yana agih-agihkan kek kepada semua ahli keluarga.
Yana potong kek sampai putus.
Wanie makan kek dengan penuh semangat.
Mmmmmmm.... sedappppp nyaaaa.....
Melihat video You Tube paling kelakar di dunia.
Lauk malam nanti. Nak masak apa ya?

Wednesday, February 8, 2017

Bagan Lalang 2016: Singgah di pantai

Bahagian 2

Setelah semalamnya kami puas makan di restoran makanan laut Senandung Malam, pada paginya kami bersarapan pulak di resort tempat kami tinggal - Seri Bayu Resort Hotel. Kami tapau makanan yang kami perolehi dari kafeteria resort. Memang tempat duduk kat kafeteria tu pun tak berapa banyak. Pihak resort dah siapkan berbungkus-bungkus nasi lemak untuk ditapau oleh pelanggannya. Ada air teh tarik jugak disediakan. Tapi kalau nak tapau teh tarik kena ada bekas sendirilah. Kat bilik, kami menjamu seleralah dengan nasi lemak tadi. Rasanya..... bolehlah... Buat lapik perut. Kalau nak breakfast kat luar pun boleh jugak. Bawaklah kereta.

Syahmie di kawasan pendaftaran resort.
Pengunjung perlu mendaftar di sini dulu sebelum kunci bilik diberikan.
Inilah kafeteria tempat kami mengambil sarapan. Letaknya di sebelah swimming pool.
Syahmie mengambil nasi lemak bungkus yang telah tersedia.
Kena tukar dengan kupon untuk mendapatkan makanan.
Setelah sarapan, kami pakat-pakat pergi ke pantai. Ibuku duduk kat bilik aje dengan maid. Allahyarham Ayah ikut kami ke pantai dengan menaiki kerusi roda. Sementara yang lain bermain-main di persisiran pantai, aku ajak ayah aku ke kedai makan tepi laut. Order roti telur dengan air minum. Teman Allahyarham Ayah dulu makan pagi untuk kali kedua. Makan kat tepi pantai sudah tentulah lagi menyelerakan dari makan kat dalam bilik.

Allahyarham Ayah sedang memesan makanan di kedai makan berhampiran.
Ini ialah Restoran Senandung Malam. Waktu siang dia tutup.
Allahyarham Ayah seronok berada di tepi pantai.
Antara hasil tangkapan isteriku - anak-anak siput pelbagai genre.
Kami bergilir-gilir menemani Allahyarham Ayah. Waktu aku ke pantai, isteriku pulak yang menemani Allahyarham Ayah. Aku nengok anak-anak sangat suka jalan-jalan dan lepak-lepak kat pasir pantai. Sambil mencari siput dan ketam. Memang seronok. Maklumlah, kami orang darat, bukan orang laut. Sesekali nengok laut mestilah berasa teruja! Celup kaki dalam air laut aje sudah cukup nak buat kami happy.

Wanie mengawasi sepenuhnya pergerakan Sabriena.
Anak-anak seronok gembira bermain di pantai yang sedang surut airnya.
Basahkan kaki dengan air laut.
Sabriena, Amier dan Yana.
Syahmie, Sabriena, Amier dan Yana.
Masih lagi di pantai.
Sambil mencari siput, ketam dan umang-umang.
Yana menunjukkan siput laut kepada Sabriena dan Amier.
Syahmie dengan kepah di tangan.
Kepah ni nanti untuk dimasak sweet sour dan tiga rasa.
Amier dan Sabreina masih teruja melihat siput di tangan Yana.
Sabriena nak cari siputnya sendiri.
Sabreina sedang mengumpul sebanyak mungkin siput untuk dibuat makanan malam nanti.
Tiba-tiba Syahmie ternampak ketam raksasa bersembunyi di dalam tanah.
Kat pantai ni ada berbilion ketam dan siput.
Resort Gold Cost di kejauhan.
Setelah seketika di pantai, aku kembali ke kedai makan tempat Allahyarham Ayah duduk. Nampaknya makanan kat pinggan masih belum sepenuhnya luak. Allahyarham Ayah lebih banyak minum dari makan. Aku sempat jugak menunjukkan ketam-ketam kecil yang sempat aku tangkap ketika di pantai sebentar tadi. Kejap lagi kami akan tolak kerusi roda Allahyarham Ayah ke pantai pulak. Biar dia dapat merasai keseronokan ditiup bayu pantai yang nyaman.

Bersambung...

Allahyarham Ayah masih di kedai makan.
Menjamah roti canai.
Farid jugak tak ketinggalan bersiar-siar di pantai.
Begitu jugak dengan adikku.
Masih di pantai.
Dan terus di pantai lagi.
Farid sedang memburu ketam bunga.
Tapi yang dapat hanyalah sekawan umang-umang.