m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label langat. Show all posts
Showing posts with label langat. Show all posts

Saturday, March 28, 2020

Cikgu sekolah rendah kahwinkan anak

11 Januari 2020 - Makluman kepada tuan puan yang budiman. Majlis perkahwinan ini berlaku pada awal tahun. Waktu ini belum terdengar lagi soal wabak Covid-19. Masing-masing masih menjalani kehidupan seperti biasa. Harap maklum.

Cikgu Noriah ialah cikgu yang pernah mengajar isteriku sewaktu di sekolah rendah dulu. Hari tu dia ajak kami untuk ke majlis perkahwinan anak beliau di Hulu Langat. Kami pun pergilah. Ramai sungguh tetamu yang hadir. Tapi dapat juga kami tempat duduk untuk menjamu selera. Kami di sana sekejap saja. Selepas bersalam dan bertanya khabar, kami pun pulang.

Terima kasih kepada Cikgu Noriah sekeluarga kerana telah menjemput kami. Tahniah juga kepada pasangan pengantin. Selamat menjalani alam berumah tangga dengan penuh kesejahteraan dan rahmat dari Allah Ta'ala.

Bersama Cikgu Noriah dan suami.

Dan dua orang lagi tetamu turut bergambar bersama kami.

Tahniah Azam dan Natasya.

Meninggalkan pekarangan rumah.

Lain waktu kita jumpa lagi.


Monday, December 11, 2017

Nelayan malam di Tepian Rimba

1 Disember 2017 - Hidup sebagai nelayan memang tidak mudah. Perlu meredah ombak yang ganas di laut luas untuk mencari rezeki yang halal buat keluarga yang disayangi. Kami tak terkecuali. Atas desakan hidup, kami berempat - aku, isteri, Syahmie dan Amier telah meredah gelita malam menuju rimba raya sebelum tiba di destinasi untuk menuai hasil laut dalam di Hulu Langat. Kami bertolak dari rumah kira-kira jam 9.40 malam dan tiba di lubuk sang ikan pada kira-kira jam 10 malam. Di laut, tak banyak nelayan tempatan yang turun. Nelayan asing pun tak kelihatan. Suasana agak tenang. Kedengaran bunyi cengkerik dan katak bersahut-sahut. Dan sesekali bunyi air berkocak bila ikan-ikan melibaskan ekornya ke permukaan air.

Memasang joran sejurus sampai di tempat memangcing.
Amier menjadi tuan manager yang memastikan semua berjalan lancar.
Isteriku segera memancing dan melabuhkan umpan ke dasar air.
Nelayan tegar - aku dan isteri.
Teruja berpeluang untuk memancing di larut malam.
Aku bawa bersamaku, lima batang joran. Satu untuk aku - yang ringan dan mudah untuk dikendalikan. Satu untuk isteriku. Dan satu lagi untuk Syahmie. Dua lagi kuletakkan di sisi bot. Tidak kugunakan. Kalau perlu, barulah akan aku siapkan kail dan umpannya. Amier tidak memancing. Amier bercadang untuk membuat laporan dan lintas langsung akan aktiviti kami ketika memancing ikan di samudera luas. Kami memilih satu lubuk terpencil di suatu teluk  yang memang biasa kami kunjungi. Umpan cengkerik dan daging serta pedal ayam kami gunakan untuk memikat sang keli berkumis melenting. Setelah setengah jam berlalu, tiada sebarang getuan dari penghuni air. Kami masih menanti dengan sabar. Fikirku, mungkin kerana gelap malam, ikan-ikan tidak nampak kelibat umpan yang membuai-buai di dasar lautan ditolak ombak.

Isteriku dengan joran teleskopik yang telah banyak berjasa.
Syahmie juga bertungkus-lumus berusaha untuk menaikkan ikan.
Amier sedang meceritakan detik-detik cemas ketika menaikkan ikan jerung putih di perairan Australia kira-kira tiga tahun lalu.
Syahmie sedang menjejak keli.
Amier turut mencuba untuk menaikkan ikan.
Memancing bersama ibu dan anak.
Secara tak semena-mena, seorang petugas laut dalam bergerak ke arah kami dengan membawa bot pukat tunda yang sarat dengan ikan keli. Dilepaskan semua ikan itu ke laut, hampir dengan tempat kami memancing. Kami sangat teruja. Sempat jugak aku mengucapkan terima kasih kepada petugas tadi. Kami lantas melontarkan umpan kami ke arah ikan-ikan yang bermain-main di gigi air. Dan sang keli mula membaham umpan dengan rakus. Dan setiap bahaman berakhir dengan mulut ikan tersangkut pada mata kail yang tajam bak sembilu nipah. Satu per satu si ikan keli kami naikkan, dan dimasukkan ke dalam jaring besi. Kami mula menghitung seekor demi seekor sehingga kami tak terhitung lagi jumlahnya.

Syahmie berbangga dengan ikan tilapia bersaiz tiga jari yang berjaya dipancingnya.
Isteriku berjaya menjerat seekor keli yang agak kasar.
Syahmie bertungkus-lumus berusaha melepaskan mata kail dari mulut ikan keli.
Seekor ikan keli yang terkapai-kapai dalam kehampaan.
Syahmie yang telah lama tidak memancing, berasa agak cuak untuk menusukkan cengkerik ke mata kail. Malah pada awalnya, turut berasakan kekok untuk melepaskan mata kail dari mulut ikan keli yang telah berjaya dipancing. Terpaksa aku mengajar dan mengingatkan kembali akan teknik menyediakan umpan dan melepaskan mata kail. Sehingga akhirnya Syahmie faham dan mengerti apa yang perlu dilakukan.

Syahmie menjinjing ikan seberat 9 kilogram.
Menimbang ikan.
Aku dan anak-anak terunaku.
Cukup tiga jam memancing, kira-kira jam 1.15 pagi pada ketika itu, kami berhenti memancing dan mula menimbang hasil tangkapan kami. Jumlah tangkapan ialah kira-kira 9 kilogram kesemuanya. Dan aku membuat bayaran kepada petugas lautan. Satu jam memancing berharga RM11. Tiga jam memancing berharga RM32. Kalau tiga orang yang memancing, perlu membayar sejumlah RM96. Okay-lah, okay-lah. Kami bukan memancing di lautan laaaahhh. Kami memancing kat kolam bayar Tepian Rimba. Tutup jam 3 pagi. Tapi nak pancing sampai waktu tu memang tak berapa nak laratlah. Dan nak membayar pun mahal jugak harganya.

Dalam kereta kami bermain teka-teki. Siapa yang dapat meneka jumlah ikan yang telah berjaya kami pancing akan dikira sebgai pemenang. Hadiahnya adalah, tepukan gemuruh dari seluruh ahli Persatuan Nelayan Sedunia. Aku teka 36 ekor. Syahmie teka 35 ekor. Isteriku teka 40 ekor. Dan Amier teka 47 ekor. Di rumah, kami hitung keli yang ada dalam bakul. Ada 47 ekor ikan keli dan seekor anak ikan tilapia. Wow! Amier lah yang telah berjaya meneka dengan paling tepat! Hebat jugak Amier meneka. Ikan-ikan itu disiang oleh orang gajiku. Dan sebahagiannya telah pun dimasak. Inilah lubuk ikan yang tak pernah mengecewakan kami. Pada lain masa, kami berharap untuk bisa membawa pulang sang patin, pacu dan baung.

Ikan keli yang berjaya dipancing.
47 ekor ikan keli kesemuanya.
Menimbang ikan sebelum pulang.
Kira-kira seberat 9 kilogram.
Inilah kolam memancing ikan Tepian Rimba di Hulu Langat.


Friday, April 15, 2011

Batu 18 Hulu Langat: Pulang marilah pulang

Percutian Hulu Langat pada 9-10 April 2011 lalu diakhiri setelah acara bergambar beramai-ramai diadakan sebagai kenangan untuk masa yang panjang. Tiba tengah hari, setiap orang dibekalkan dengan nasi ayam special satu paket sorang. Aku masih kenyang lagi waktu tu, jadi aku tak terus makan. Sebaliknya dah sampai rumah kat Ampang baru aku makan. Setelah bersalam-salaman, berterima kasih kepada semua orang, kami pun mengharung hujan, meredah jalan menuju jalan pulang.

Percutian @ family day itu memang hebat dan menyeronokkan. Aku sekeluarga memang nak ucapkan terima kasih kepada semua teman-teman yang terlibat menjayakan percutian ini. Banyak makanan dan hadiah yang disumbangkan aku pun tak tau siapa yang bagi. Kepada individu-individu itu kami mintak halal makan minum dan banyak-banyak berterima kasih atas sumbangan yang hebat itu. Cuma aku agak terkilan tak dapat berterima kasih secara terus kepada pemilik rumah berkenaan. Tapi melalui Hanim pun okay jugak kan? Aku doakan rezeki kalian makin murah dan lebih berkat.

By the way, ikan patin yang aku pancing hari tu dah kami masak gulai tempoyak. Sedaaappppp.... Tak hanyir langsung. Lepas ni masak baung pulak. Yeah... Misai dia kasi goreng garing-garing macam maruku. Hingga jumpa lagi ... Adios!






Thursday, April 14, 2011

Batu 18 Hulu Langat: Memburu raksasa dasar

Pagi Ahad, sesudah solat subuh, aku keluar rumah menghirup udara segar Hulu Langat. Aku bawak bersama-samaku satu azam untuk menumpaskan raksasa dasar yang telah berjaya meloloskan diri dari mata kailku petang Sabtu semalamnya. Tiga set pancing aku siapkan. Satu untuk aku. Satu untuk isteriku. Dan satu lagi untuk anak sulungku, Syahmie. Mata kail kugantikan dengan yang lebih utuh, dan tali perambut aku gunakan yang lebih kasar. Saki baki cacing semalam masih ada dan kujadikan modal untuk menawan pacu gadang yang sedang mentertawakan aku pada saat ini.

Sesampai di kolam pancing aku nengok ada beberapa orang anak-anak sudah mula menjalankan tugas sebagai nelayan. Aku sertai mereka. Memang kaum nelayan seperti kami perlu ke laut awal pagi untuk mencari rezki yang halal (syahdu). Cacing kusangkutkan pada mata kail. Joran kulabuhkan. Sejurus itu, adik Akmal datang kepadaku meminta umpan cacing. Tatkala aku sedang menancap tubuh cacing dengan mata kail tajam, joranku direntap kasar. Aku terpaksa melepaskan cacing tadi dan menyambar joranku. Pertarungan sengit pun berlaku. Sejak dari mula pertarungan aku telah tau aku kan menang. Yes! Jeritku. Pacu gadang yang kuidam-idamkan akhirnya kecundang dalam jaringku. Aku senyum lebar sampai ke telinga sepanjang hari itu.

Sejak kejayaanku menjinakkan pacu gergasi, aku mulai menjadi idola, ikon dan selebriti di kalangan adik-adik yang amat meminati aktiviti memancing ini. Masing-masing meminta umpan dan nasihat dari aku. malah ada yang meminta autograf dan mahu bergambar denganku. Yah... aku tiba-tiba jadi lebih popular dari Shaheizy Sam.

Pacu pertama dan terbesarku kali ini berumpankan cacing gila.

Adik Akmal bertarung hampir 10 minit sebelum dapat menumpaskan pacu ini.
Setelah umpan cacingku laris dan habis, kugunakan pulak umpan cengkerik yang kubeli khas dari Ampang. Umpan cengkerik juga laku dijamah ikan. Baung, pacu dan jelawat satu per satu dinaikkan. Pagi ini memang hari aku. Dalam pada aku asyik mendaratkan ikan-ikan bagak, banyak kali juga tali perambutku putus dikerjakan sang pacu. Aduh! Gigikau memang sangat tajam, pacu. Anakku Syahmie sering tumpas tatkala bertarung dengan pacu. Malah aku ada menengok dengan mataku sendiri joran milik seorang budak terus terjun ke kolam dan tak timbul-timbul lagi lalu menjadi tukun. Inilah akibatnya jika joran tidak diikat atau dipegang. Di kolam pancing ini, kita tak boleh alpa walau sesaat pun. Padahnya akan menyusul.

Setelah umpan cengkerikku habis, kugunakan pulak umpan dedak merah bercampur belacan Melaka. Adunan yang diperturunkan dari nenek moyangku. Dan ternyata umpan ini jugak mampu memperdaya dan membuka selera penghuni kolam. Pacu dan patin nyata tak dapat menahan selera untuk menjamah habuan istimewa ini. Jangankan ikan, aku sendiri pun sempat beberapa kali menjamah umpan ini ketika perutku berkeroncong. Memang lazat seperti menjamu di restauran ala-Perancis.

Tak ada apa lain yang dapat kukatakan melainkan seronok, terhibur, puas, teruja dan mencabar. Isteriku juga berperasaan yang sama. Hari kami jadi ceria tak terkata. Semua kaki-kaki pancing pasti tak dapat melupakan saat-saat bertarung dengan ikan. Dan aku sendiri membayangkan berapa banyak mata kail yang masih tertancap kemas pada bibir-bibir pacu di kolam itu. Bagi kelompok pacu-pacu di situ, mata kail yang tertancap itu adalah lambang keberanian, ke-macho-an, dan wajar disegani dan dihormati oleh pacu-pacu malah seluruh warga kolam yang lain.



Haruan berskala lebih sekilo ini dipancing oleh isteriku dengan berumpankan cengkerik Ampang.


Anakku Wanie yang tak pernah memancing pun boleh mendaratkan baung ini tanpa bantuan sesiapa.


Dua baung bagak untuk santapan malam.


Patin sebagai penutup tirai pada trip kali ini.

Haruan digoreng halia. Pacu dibakar. Baung dimasak asam pedas. Patin dimasak gulai tempoyak. Emmmm sedapnya...
P/S: Dapatkan video yang original. Adegan yang penuh aksi dan suspen ini telah menyentuh jiwa berjuta-juta penonton di seluruh dunia. Jangan ketinggalan! Sementara stok masih ada!

Wednesday, April 13, 2011

Batu 18 Hulu Langat: Acara kemuncak - memberi & menerima hadiah

Acara kemuncak percutian di Hulu Langat hujung minggu baru lalu adalah acara berkumpul dan bertukar-tukar hadiah. Setiap keluarga diminta untuk menyediakan hadiah apa saja yang bernilai tidak kurang dari RM20.00. Kemudian cabutan undi dibuat. Dari situ barulah diketahui hadiah yang dibawa perlu ditukarkan dengan siapa.

Macam-macam hadiah yang dibawa peserta. Ada set minuman, ada bekas plastik, ada laptop, ada lori balak, ada anak badak air dan ada juga yang tak sempat berbelanja lalu hanya memberi wang RM20.00. Bukan nilai atau jenis hadiah yang menjadi ukuran, tetapi acara sebegini pastinya dapat mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim antara rakan-rakan, sahabat handai, jiran-jiran dan seluruh penduduk Kampung Pisang. Suasana ketika pertukaran hadiah memang agak mengecohkan dengan gelak ketawa ahli keluarga. Kami beroleh RM20.00 dari Izham (yang dah pun dipakai buat beli durian di Hulu Langat). Dan hadiah yang kami bawa diberikan pula kepada Hanim. Selain dari pertukaran hadiah, anak-anak turut mendapat buah tangan masing-masing. Malah setiap keluarga turut mendapat alatan membersihkan diri seperti pemotong kuku, gunting kecil, alat pengorek telinga dan hidung, sumbangan Raffi & Ema. Acara diakhiri dengan satu mesyuarat mengenai aktiviti kebajikan kepada pihak sekolah dan kepada rakan-rakan yang memerlukan bantuan moral dan material. Sejurus tamat acara, masing-masing ke gelanggang karaoke untuk melalak sampai pagi. Anybody wants to rock?! Let's rock & roll!!!


Arb: Aku nak menang 2 hadiah kali ni.


Masa untuk mengundi. Unit SPR sedang memantau.

Habuan untuk anak-anak.

Mencari apa-apa yang patut untuk dibuat bisnes.

Nama Izham terpilih ketika mencabut undi tukar hadiah.


RM20.00 diterima dari keluarga Izham.




Acara membuka hadiah.


Wang besar! Wang besar!

Fesyen dandanan terbaru yang menjadi kegilaan muda-mudi zaman sekarang.

Pemenang-pemenang acara tukar hadiah.


Izham bercerita sejarah macam mana kakinya boleh tercedera. Bermula dari zaman dinosaur.