m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Friday, April 10, 2015

Atika bertunang - Aqif aqiqah - Fateh birthday: Enaknya menjamu selera

Bahagian 5

Setelah semua ahli keluarga puas bergambar bersama Pengantin Ika, maka tibalah time untuk makan siang. Semua ahli keluarga dan para tetamu tanpa berlengah lagi bergegas meluru ke luar rumah untuk mendapatkan makanan-makanan enak lazat yang telah sekian lama terhidang di atas meja. Rombongan lelaki duduk di meja khas yang telah disediakan untuk mereka. Para tetamu yang lainnya duduk makan di bawah khemah setelah mengambil makanan secara buffet.

Kek tunang Ika dan Rushdi. Pembuatan yang sangat panjang prosesnya.
Sofia dengan belon ajaib!
Saudara-mara pengantin.
Huda dan Sri sedang menjamu selera.
Sebahagian daripada rombongan pengantin lelaki.
Keluarga pihak lelaki.
Ibu kepada Rusydi dan keluarga yang lainnya.
Wakil pihak lelaki, pakcik kepada Rusydi dan ahli keluarga yang lain.
Ayah kepada Rusydi sedang menjamu selera.
Semua orang sedang enjoy makan nasi beriyani lauk kambing.
Kebetulan pada siang tu jugak, kami menyambut hari jadi Fateh - cucu saudara kami, anak Zila dan Ardi. Serta aqiqah Aqif Danish, anak Pian dan Aniza. Maka juadah birthday dan aqiqah seperti chocolate fountain dan aiskerim turut dihidangkan kepada tetamu. Ketika aku lalu di sebelah meja makan, aku terdengar para tetamu dan ahli keluarga sedang memperkatakan sesuatu yang hampir sama. Beginilah kata mereka yang sempat aku rakamkan, "Nyomp nyomp nyomp nyomp nyomp nyomp. Nyam nyam nyam nyam nyam". Dan ada jugak yang berkata sebegini, "Kruup kruup kruup kruup kruup kruup".

Menu dessert sempena birthday Fateh.
Dessert yang sangat menarik.
Banner meraikan Aqif Danish dan Alfateh.
Abang Azman dan keluarga sedang asyik bersembang pasal Maharaja Lawak Mega-Tron.
Sebahagian tetamu yang hadir.
Keluarga Pakcik Karim.
Bergurau dengan Taqif.
Tiga jejaka adik-beradik yang hensem.
Abang Zahid dan Abang Zai.
Fai pun ada datang jugak.
Koas dan Koas sedang membancuh ramuan air sirap sejuk yang paling sedap di dunia dan di planet cakerawala.
Setelah makan, para tetamu berborak sakan. Antara subjek favourite termasuklah kisah GST, kisah helikopter terhempas, kisah Tun Mahathir, kisah politik, dan sebagainya. Hinggalah ke kisah dan subjek yang lebih berat seperti kisah gajah, kisah ikan paus, dan kisah kereta kebal. Detail perbualan tak dapatlah aku perincikan dekat sini pasal ianya agak private and confidential. Tapi dari gerak tubuh dan raut wajah masing-masing, terlihat keceriaan dan kegembiraan pada diri masing-masing kerana dapat bersua muka dengan sahabat dan saudara-mara. Dan sudah tentu yang paling ceria adalah Rusydi Ramli ;-)

Bersambung...

Rusydi dan kawan baiknya, Akid.
Akid dan kawan baiknya, Rusydi.
Teman-teman Rusydi yang turut hadir.
Enak sungguh makanan di siang hari ini.
Pasu bunga berisi puppet.
Puppet merah si penyambut tetamu.
Isteriku bersama Sri.
Sambil makan sambil bergaya.
Perbincangan serius sedang berlangsung.

No comments:

Post a Comment