m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label pibg. Show all posts
Showing posts with label pibg. Show all posts

Tuesday, March 26, 2019

SEMESTA: Mesyuarat PIBG yang pertama dan terakhir

22 Mac 2019 - Hari ini kami ke Raub untuk menjemput Amier yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA). Murid-murid sekolah akan bercuti penggal selama seminggu. Maka kami nak bawak Amier balik ke rumah. Tapi pada sebelah pagi ada mesyuarat PIBG. Kami masuk ke dalam dewan untuk turut mendengar apa yang diperbincangkan. Dan untuk memilih calon-calon yang bakal memegang jawatan dalam persatuan PIBG sekolah.

Kami duduk di sebelah kiri dewan.
Berborak dengan teman parents.
YDP PIBG sedang berucap panjang.
Antara yang disentuh adalah isu air.
Naib YDP En Murshid. Aku mengenali beliau sebelum ini kerana anak-anak kami bersekolah di sekolah rendah yang sama. 
Kami dibekalkan dengan sarapan yang terdiri daripada bihun goreng dan air. Kami cari tempat duduk, dan berjaya menemukan tempat di sebelah kiri dewan. Waktu itu YDP PIBG, YM Dato' Tengku Rahman Tengku Perang sedang berucap. Agak panjang ucapannya, dan penuh pengisian. Diikuti oleh kata-kata aluan dari Penolong Kanan Pentadbiran SEMESTA, En Mohd Basri. Pendek dan padat ucapannya. Tak lama selepas itu, AJK PIBG sesi 2018/2019 pun dibubarkanlah. YM Dato' Tengku Rahman menjadi pengerusi sementara. Dan pemilihan AJK baru pun berlangsunglah. Ibu bapa pelajar memilih calon pilihan mereka dengan penuh bersemangat. Kami tidak terkecuali.

Keputusan pemilihan adalah seperti beikut:

YDP PIBG - En Ahmad Murshid Ahmad
Naib YDP - En Razali
AJK - En Rosmin, En Asri Sudin, En Wan Adlin, ASP Juhari, Dr Sarifah, Pn Asnida

Kelihatan di meja hadapan Cikgu Ismail dan En Mohd Basri.
Sebahagain dari AJK PIBG sesi 2018/2019. 
AJK PIBG wanita sesi 2018/2019.
YDP PIBG meneruskan ucapan.
Kelihatan En Razi dan isterinya.
Suasana di dewan sidang.
Suasana agak tenang.
Mesyuarat Agung PIBG SEMESTA kali ke-34.
Ibu bapa berebut-rebut nak menjawab soalan matematik kerana nak kan hadiah lumayan yang ditawarkan.
Sebahagian ibu bapa ingin menjawab kuiz IQ.
"Siapa nak hadiah?" Ramai yang angkat tangan.
"Kami pun nak hadiah jugak!" teriak hadirin di dewan.
Mengumumkan barisan AJK PIBG yang baru.
Selepas mengundi, kami terus keluar dewan untuk ke pejabat. Sebenarnya hari itu merupakan hari terakhir Amier bersekolah di SEMESTA. Kami telah aturkan pertukaran sekolah Amier - dari Raub beralih ke Kajang. Jadi, segala urusan surat-menyurat perlu diselesaikan terlebih dulu. Setelah mendapatkan fail peribadi Amier dari Cikgu Shahidee, dan bersalaman dengan Cikgu Ismail yang telah banvak membantu kami sepanjang Amier bersekolah di SEMESTA, kami pun bergerak keluarlah dari pekarangan sekolah. Seorang pelajar senior tingkatan 4, Darwish kami tumpangkan ke stesen bas di tengah bandar. Selamat tinggal SEMESTA. Ada rezeki, kami jengah lagi bertanya khabar. Semoga SEMESTA terus maju jaya dan cemerlang hendaknya.

En Mohd Basri membuat pengumuman.
Barisan AJK PIBG yang baru, YDP En Murshid dan Naib YDP En Razali.
Turut kelihatan En Wan Adlin.
Dan Puan Asnida.
Bersedia menggalas tugas.
YDP baru membuat ucapan.

Thursday, April 30, 2015

Mesyuarat PIBG Maahad Hamidiah Kajang

28 Februari 2015 - Mesyuarat PIBG SMK Agama Maahad Hamidiah berlangsung lagi. Inilah first time kami datang meeting. Tahun lepas kami tak dapat join. Kami sampai kat dewan sekolah agak terlewat sedikit. Nasib baik masih ada satu parking depan dewan. Seolah-olah macam dah di-reserve-kan untuk kami. Lepas parking, terus aje kami register kat meja depan. Para petugas merupakan pelajar-pelajar sekolah itu sendiri.

Mendaftar di pintu masuk dewan untuk mengundi di Permatang Pauh.
Mendaftar untuk mengundi di Rompin pulak.
Dalam Dewan Al-Syafie, tampat mesyuarat PIBG diadakan.
Masih banyak lagi tempat kosong, walaupun kami sampai agak lewat.
Berebut-rebut nak jawab soalan matematik.
"Saya tau jawapannya, cikgu!"
"Siapa nak BRIM?" "Saya, saya, saya!!!"
Bila soalan pasal perakaunan diajukan, wife aku terus angkat tangan untuk mencuba jawab.
Ramai jugak para ibu bapa yang arif pasal soalan geografi dunia.
Bila ditanya soalan pasal sejarah Nicaragua, semua tak dapat nak jawab.
Kat dalam dewan, orang macam tak berapa ramai. Banyak lagi tempat duduk yang kosong. Sebenarnya banyak jugak ibu bapa yang datang lewat. Dah semakin lewat barulah kerusi mula penuh. Macam biasalah, kalau ada mesyuarat PIBG, mestilah ada pembubaran ahli jawatankuasa lama. Dan mestilah ada perlantikan ahli jawatan kuasa baru. Maka calon-calon pun dinamakanlah untuk dipilih oleh para hadirin hadirat, ibu bapa dan guru yang ada kat dalam dewan. Aku tak kenal walau seorang pun dari mereka. Namun kami main angkat tangan aje ketika pengiraan undi dibuat. Wife aku paksa aku untuk turut angkat tangan sebagai tanda participation. Walaupun kami langsung tak kenal calon-calon yang dinamakan itu. Tuan Haji Ir Jazlan kekal sebagai YDP PIBG.

Nama-nama calon yang telah dipilih sebagai ahli jawatankuasa PIBG yang baru.
Pencatit-pencatit mata undi.
Amier dah mula kebosanan.
Barisan ahli jawatankuasa PIBG yang baru.
Mesyuarat sedang dilangsungkan.
Selepas perlantikan, mesyuarat pun dimulakanlah. Bila sampai ke topik kewangan, memang ramai orang mengajukan soalan. Kira itu merupakan topik pilihan penontonlah. Untung rugi, semua orang bagaikan nak tau secara detail. Bila sampai katagori lain-lain hal, atau time nak mengutarakan idea-idea bernas dari pihak hadirin, macam agak tergesa-gesa tuan pengerusi nak menutup majlis. Memang time tu dah agak lewat. Memang ada ahli PIBG yang dah mula resah. Tapi buat mesyuarat dalam keadaan tergesa-gesa pun tak dapat merangkum satu keputusan secara yang lebih sempurna. Rupa-rupanya lepas mesyuarat ada satu acara lain yang perlu diselitkan. Acara itu adalah motivation talk kepada ibu bapa. Aku tak berapa tau dan ingat nama pakar motivasi tu. Point yang diberikan agak bernas. Cuma cara dan kaedah penyampaiannya tak sepenuhnya mendapat perhatianku. Mungkin sebab dah tengah hari kot.

Perunding motivasi sedang memberikan ceramah.
Penuh konfiden.
Amier makan dulu nasi berlauk yang dibekalkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa.
Aku telah dipanggil ke hadapan oleh pakar motivasi.
Tiga orang bapa akan jadi barang ujikaji sebentar lagi.
Aku dan dua lagi orang bapa telah dipanggil ke depan untuk dibuat ujikaji. Ia berkenaan kekuatan fizikal dan kekuatan minda. Experiment yang dibuat beliau sangat jelas dan maksudnya sampai ke dalam kotak pemahaman para pendengar. Cuma aku rasa macam kena tipu aje oleh encik pakar motivasi tadi. Tak apalah. Yang penting pengajaran yang nak diberikan tu.

Pakar motivasi sedang memberikan arahan kepada kami.
Kami menampilkan penumbuk yang paling mantop yang ada pada diri kami.
Tolong senyap. Ujikaji sedang dijalankan!
Semua orang 'kena main' dengan pakar motivasi ni.
Muka tak puas hati sebab kena main.
Para ibu bapa hadirin hadirat dibekalkan dengan air minuman dan nasi makan tengah hari. Amier yang sangat lapar telah makan kat dalam dewan, ketika mesyuarat dijalankan. Kami bawak bekal balik ke rumah. Selepas mesyuarat, kami bawak Wanie keluar makan kat medan selera berdekatan. Kami pekena nasi ayam. Lepas makan tengah hari, dan hantar Wanie balik ke asrama, kami pun pulanglah dalam keadaan agak penat. Penat badan dan penat minda.

Mesyuarat dah habis. Jom balik.
Sementara menanti makanan tiba di medan selera.
Amir mengira untung rugi business-nya pada hari itu.
Amier happy pasal hari ini banyak untung.
Macam biasa, Wanie memang suka kacau adik  dia.
Nasi ayam dah sampai. Jom makan.