m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label wattop. Show all posts
Showing posts with label wattop. Show all posts

Sunday, February 16, 2020

Berkahwin di samudera: Hilang mabuk bertemu kawan

Bahagian 2 (Akhir)

Kita masih bercerita pasal mabuk laut kerana menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di tengah ombak. Sesi makan dan minum sebenarnya sekejap saja. Walaupun tetamunya ramai, namun tempat duduk masih banyak untuk kami gunakan sewaktu bersembang santai dengan teman-teman. Cuma kami tak dapat duduk selonggoklah macam selalu. Perlu berpecah-pecah mencari ruang yang ada. Kali ini aku ajak isteri aku untuk turut sama berlegar-legar mengambil gambar aku dan teman-teman sekolahku. Jadi banyaklah sikit gambar aku kali ni.

Elias sedang consult Datuk Dr Kahar tentang isu mabuk lautnya.
Wan Zul baru selesai makan gamaknya.
"Awak kena makan jeruk asam", nasihat Datuk Dr Kahar.
Bergambar seketika.
Mus Boboq dan isteri.
Duduk di meja terasing sedikit.
Datang berdua saja kali ini.
Bersama Wan Zul dan Zamri. Elias yang dah pulih dari mabuk laut ingin mencelah.
Empat sahabat.
Yang paling jarang aku jumpa ialah Zamri - classmate aku masa Form 1-3.
Biar ambil gambar lebih sikit.
Kami bergambar bersama Che' Ab.
Tetiba mukaku menjadi agak serius. Mungkinkah sedang menahan kentut?
Maliki mengucapkan tahniah kepada Che' Ab.
Gembira dapat bertemu dengan bapa pengantin.
Bersama Hadi Kecik. Kengkawan panggil aku Adi Geddes (maksudnya Adi Besar).
Bersama dua orang karkun hebat, Din Sakun dan Wan.
Bersama Muzmi (ex-classmate) dan Mahzan (ex-dorm mate).
Bersama Mus Boboq (birthday sama dengan aku. Tapi perangai lain-lain).
Bersama Nasa Gagah (gelaran yang aku baru bagi).
Kotak goodies juga sangat menarik.
Iklan majlis perkahwinan.

Setelah berada agak lama di dalam dewan majlis, bersembang dan bergambar, kami pun memulakan langkah untuk beredar pulang ke rumah. Tetapi.... di tengah jalan... kami telah ditahan oleh beberapa orang lelaki yang dikenali. Lalu sesi bergambar dengan lelaki-lelaki itu di luar bangunan pun berlakulah. Setelah puas bergambar, barulah kami balik. Kali ni baru betul-betul pergi meninggalkan pekarangan bangunan Bora Ombak Putrajaya.

Kepada Che' Ab dan keluarga, kami mengucapkan terima kasih kerana telah menjemput kami. Dan tahniah kami ucapkan kerana ahli keluarga telah berkembang menjadi semakin besar dan meriah. Kepada pasangan pengantin pula, Iman dan Hijaz, kami ucapkan tahniah dengan ikatan perkahwinan ini. Semoga hidup penuh barokah, harmoni dalam rumah tangga, dan kekal dalam rahmat dan redha Allah hingga kalian semua disatukan di Jannatul Firdaus. Ameen.

T A M A T

Di luar Bora Ombak.
Aku pun buat satu pose kat luar Bora Ombak juga.
Bersama Nuar.
Azli Ramzah dan Mazlan Musa joined in.
Azwan juga join sama.
Begitu juga dengan Maliki dan Nasir.
Last pose sebelum aku balik rumah.


Saturday, February 15, 2020

Berkahwin di samudera: Mabuk laut

Bahagian 1

14 April 2019 - Lagi kisah teman sekolah menengahku, Muhammad Abdul Wahab a.k.a. Che' Ab mengahwinkan anak. Inilah lokasi majlis yang paling unik dan mencabar. Di tengah-tengah lautan luas. Antara Pasifik dan Antartika. Meredah Bermuda Triangle. Sering dilambung ombak. Menghayun dan menghempas. Sampai seluruh tetamu berasa sangat cuak dan cemas. Takut dan risau.  Mual dan mabuk. Kerana majlis ini telah diadakan di Bora Ombak... Krik-krik-krik... Bora Ombak aje. Bukan ombak laut yang bergelora tu! Jangan Salah faham. Intro mesti gempaq! Hehehe...

Mael minum air laut yang berwarna biru.
Elias dah mula mual dilambung ombak laut.
Elias menceritakan pengalaman ngerinya ketika berlayar di Lautan Antartik selama lima bulan dulu.
Mael turut terkenang peristiwa pelayarannya di Bermuda Triangle mencari king crab.
Zamri dan Nasa berpelukan di belakang. Elias pula dah semakin mabuk dan hampir termuntah.
Bersyukur teman-teman Wattop yang telah selamat pulang dari pelayaran jauh.
Din Sakun, JJ dan Wan Zul turut hadir.
Sebenarnya aku pun tak pasti ini anak Che' Ab yang ke berapa. Mungkin yang sulung kot? Tetapi anak perempuanlah. Ketika aku dan isteri sampai di lokasi, Bora Ombak Putrajaya, ada beberapa orang teman telah mula beredar dari majlis untuk pulang. Kami sampai taklah lewat sangat. Memang time orang makan tengah hari. Dalam dewan kami duduk semeja dengan Elias, dan Mael. Setting tempat majlis memang sangat cantik. Kami terus ambil makanan dan memulakan makan. Elias dan Mael dah setel bab-bab makan ni lebih awal. Sekadar melepak, makan dessert sambil menanti kawan-kawan lain tiba. Aku menyegerakan proses menyuap, mengunyah dan menelan makananku. Lepas ni aku nak berlegar-legar di dewan majlis berjumpa dengan teman-teman yang lain, serta mengambil gambar mereka. 

Singgah sebentar bertanya khabar.
Wan Zul: "Aku terpaksa bertarung dengan great white shark ketika di Great Reef Barrier dulu."
Wan Zul: "Nasib baik aku menang. Great white shark tu aku jadikan lauk makan malam di atas kapal."  
"Hebat kau, Wan Zul", kata Mael. Elias semakin mabuk laut. Bakal muntah sekejap lagi.
Shahlan tiba dan berkata, "Korang nak dengar kisah aku belayar ke Madagascar pakai sampan?"
JJ bersalaman dengan Shahlan dalam kekaguman.
Wan Zul mendekati, untuk mendengar kisah Shahlan.
"Sebenarnya aku tak belayar ke Madagascar pun. Aku naik sampan kat lombong belakang rumah aje. Ngeh ngeh ngeh.." kata Shahlan bergurau.
"Aduh! Potong stim betullah. Aku baru nak start terkagum..." kata Mael.

Setelah habis makan nasi. Aku capai dessert pula. Sambil tu mengambil gambar kawan-kawan yang menyinggah di meja kami. Ramai juga yang hadir pada majlis tu. Bila tiba waktunya, pengantin dua mempelai pun masuk ke dewan majlis. Sangat cantik dan bergaya. Mereka duduk di atas pelamin dan diraikan oleh semua yang hadir.  Setelah itu, bapa pengantin, Che' Ab dan isteri pun naiklah ke atas pentas untuk memberikan kata-kata aluan dan nasihat buat pengantin dan para tetamu. Dari penceritaan Che' Ab, barulah kami tahu yang pengantin lelaki dan perempuan ni sebenarnya berjiran. Besan duduk sebelah rumah aje rupanya. Memang unik pertemuan dan jodoh yang sedemikian. Panjang juga Che' Ab berucap. Dekat tiga jam lamanya. Berkobar-kobar. Berapi-api. Sampai terpaksa panggil Bomba. Namun kami mendengar dengan penuh minat kerana penceritaannya yang sangat menarik. Selesai berucap, kami kembali bersembang dan berlegar-legar di dewan majlis.

Bersambung...

"Testing, testing, cobaan, cobaan, satu, dua, tiga, empat........... lima ribu, lima ribu satu, lima ribu dua....."
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Fan Club dan peminat-peminat saya..."
"Tanpa anda siapalah saya dalam industri ini..."
"Sebagai penghargaan, saya ingin menyanyikan sebuah lagu berjudul Sesumpah."
Tetamu istimewa - Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang tinggal di kejiranan Che' Ab turut hadir.
Pasangan pengantin di atas pelamin.
Pelamin juga cantik. Tetapi lighting kamera aku fail.
Keceriaan terserlah di wajah pengantin.