m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label barber. Show all posts
Showing posts with label barber. Show all posts

Wednesday, March 7, 2018

Aku dah botak! Aku dah botak!

21 Januari 2018 - Rambut Amier dah panjang. Tapi taklah sepanjang rambut guitarist rock Man Kidal. Tak jugak sepanjang rambut penyanyi sensasi Anuar Zain. Malah tak sepanjang rambut Haqiem Rusli pun. Tapi Amier dah mula berasa rimas. Rambutnya yang pendek itu dirasakan sangat panjang dan bagai telah melanggar undang-undang sekolah. Lalu Amier membuat keputusan untuk mengajakku pergi ke kedai gunting rambut untuk mencantas rambutnya itu.

Dulu-dulu aku dah pernah suruh Amier botakkan aje kepala dia macam kepala aku. Tapi Amier tak nak. Paling botak pun yang dia boleh pergi setakat pakai mesin potong rambut dengan setting nombor 2. Maknanya setiap helai rambut akan menjadi sepanjang 1 cm sahaja. Tapi kali ini Amier sendiri yang mintak kepalanya dibotakkan. Bukan cukur sampai botak. Tapi pakai mesin rambut jugak pada setting nombor 1. Setiap rambut akan jadi sepanjang kira-kira 1/4 cm (style akulah tu). 

Amier ada masalah kulit kepala sikit. Kalau kepalanya botak, senanglah nak rawat penyakit kulitnya tu. Amier setuju. Dari saat itu, rambut Amier akan selalu dipotong super pendek setiap kali kami ke kedai gunting rambut. Dan setiap kali itu jugaklah, Sabriena akan cakap "Abang Amier botak hairrrr!" sambil tersengih-sengih.

The botak hair boy.

Saturday, January 18, 2014

Amier gondolkan rambut

7 Disember 2013 - Buka sekolah lambat lagi sebenarnya. Tapi aku dah bawak Amier ke kedai gunting untuk dipendekkan rambutnya. Amier seboleh mungkin memang tak mahu kepalanya digondolkan. Tapi kami bersungguh-sungguh mahu dia berambut gondol atau hampir botak supaya kerak kelemumur pada rambutnya boleh dihilangkan apabila kepalanya dicuci dan disyampu. Akhirnya Amier mengalah dengan kami. Dia membiarkan tukang gunting rambut memesin kepalanya sampai agak gondol. Aku rasa Amier lebih kelihatan kemas dengan rambut fesyen barunya. Dan kesempatan Amier berkepala gondol ni aku gunakan untuk menyuruhnya kerap syampu rambut agar kepalanya bersih.

Sebelum siap dipotong rambutnya.
Baru-baru ni aku nak suruh Amier botakkan kepalanya lagi. Tapi dia tak mahu. Rambut pendek dia boleh terima. Tapi kepala gondol memang dia tak nak. Tak hensem bagi Amier, kot. Minggu depan rambutnya semakin memanjang dan aku terpaksa bawak Amier ke kedai gunting rambut lagi. Tak taulah style macam mana yang nak aku ketengahkan.

Selepas digunting.  Amier kelihatan lebih kemas penampilannya.

Monday, June 11, 2012

Time untuk potong...

Cuti sekolah dua minggu rasa macam kejap aje. Tapi sudah cukup lama untuk anak-anak menyimpan rambut menjadi panjang macam rocker stars. Jadi, pada hari Sabtu lepas, aku bawaklah Syahmie dan Amier ke kedai gunting rambut berdekatan. Mau kasi potong itu rambut yang dah mula nak menutup tengkuk. Macam biasa, Syahmie cool aje bila rambutnya dipotong pendek. Sebab Syahmie ni ala-ala belia sikit. Ikut undang-undang dan sangat berdisiplin. Amier pulak, sungguh-sungguh dia tak nak kepalanya dibotakkan. Dulu pernah kena botak beberapa kali. Kengkawan dia kat tadika ketawakan dia. Sekarang ni memang dia tak akan nak botak punya. Tapi kepala Amier lebih senang nak maintain kalau botak, pasal kulit kepalanya senang berkerak macam kelemumur.

Rambut Syahmie sebelum digunting.
Belakang slope, tepi nipis, atas pendek.
Selain Syahmie dan Amier, aku pun tumpang sekakilah potong rambut jugak. Macam biasa, aku akan mintak tukang gunting kasi mesin aku punya kepala, dan bagi trim aku punya misai dan janggut sikit. Jumlah bayaran servis gunting rambut untuk tiga beranak ialah RM30. Boleh tahan jugak harganya. Tak apalah, janji kami semua dah senang hati. Horey!

Amier kalau berambut panjang, muka dia nampak bulat macam bola.
Melentok-lentok leher Amier ketika rambutnya digunting. Pening kepala si penggunting rambut.

Thursday, January 26, 2012

Siap-siap potong rambut

Hujung minggu lepas sebelum menghantar Syahmie pergi belajar di MRSM Gemencheh, kami tiga beranak, aku, Syahmie dan Amier pergi ke kedai gunting rambut di Ampang Jaya untuk menghensemkan diri kami sendiri dengan berambut pendek dan kemas. Macam biasa, aku akan mintak tukang gunting pakai mesin nombor 2 dan kasi gondol aku punya kepala.

Aku dah pergi ke kedai gunting ni sejak masih kecil lagi. Sekarang tukang gunting lama dah tak beroperasi. Diganti dengan tukang gunting yang baru dan muda. Aku rasa selain dari warga Malaysia, ada jugak warga India. Tapi pasal dah biasa dan dah lama duduk kat negara ni, maka boleh jugaklah diorang cakap Melayu. Tapi dia punya key words ialah, "trim, nipis, slope, sideburn dan MGR". 

Dulu kat kedai ni siap gantung gambar bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar tengah gunting rambut. Tapi baru ni aku pergi, nengok gambar tu dah tak ada. Mungkin buat masa ni dah tak relevant lagi. Kena cari tokoh-tokoh yang lebih berpengaruh dan popular untuk menghiasi dinding kedai.

Kedai Gunting Rambut Jayya.
Lepas gunting rambut, kepala masing-masing jadi ringan. Dulu Amier tak takut dengan pisau cukur. Tapi sekarang dia semakin suspen pulak. Jadi, tukang gunting tu tak jadilah nak pakai pisau cukur kat Amier. Amier paling takut sekali ialah kalau kepalanya dibotakkan macam kepala aku. Dia takut kawan-kawan ketawakan dia kat kelas tadika. Semua sekali kena bayar RM24 untuk tiga orang.

Penggunting rambut profesional sedang gunting rambut Syahmie.

Monday, November 14, 2011

Potong rambut time

Sebulan telah berlalu. Kini dah masuk bulan baru. Gaji pun dah dapat. Tibalah masa untuk cantas rambut bagi kami tiga beranak - aku, Syahmie dan Amier. Amier tak berapa suka kena gunting rambut. Dia takut tukang gunting tu botakkan kepala dia. Pasal dulu masa dia berkepala botak, kengkawan ada yang tertawakan dia. Kami dah janji dengan Amier untuk make sure kepala dia tidak akan digondolkan.

Masing-masing mengambil giliran untuk digunting rambutnya. Bermula dengan Amier, Syahmie dan kemudian aku. Bila aku berkepala botak, Amier pasti akan ketawakan aku. Dia suka pegang kepala aku yang macam duri hedgehog. Tiga kepala kena RM 29. Patut tukang guntinglah bayar kat kita pasal dia dapat kumpul rambut. Ini tidak, dahlah rambut hilang, duit pun lesap sama.



Tuesday, July 26, 2011

Mencantas lalang di kepala

Ahad lalu aku tiga beranak pergi kedai gunting rambut untuk menogelkan kepala kami. Aku memang agak malas nak sikat rambut. Jadi dengan berkepala botak maka lebih selesalah rasanya. Syahmie pulak rambutnya taklah panjang sangat. Cuma nak bagi lebih kemas aje sempena nak nyambut bulan puasa ni. Amier pulak kepalanya macam berkerak sikit. Macam ada kelemumur. Kena bagi botak biar lebih senang nak merawat masalah kulit kepalanya.

Mula-mula Amier dulu yang dipotong rambutnya. Sejurus tukang gunting memesin rambut Amier hingga botak, Amier pun terus memegang kepalanya. Dalam hati berkata, "Oh tidak!!! Kepalaku. Rambutku!!" Berkali-kali kepalanya dipegang dan digosok-gosok. Mungkin perasaannya berbaur antara sedih, kesal dan malu. Syahmie dan aku pulak cukup gembira dengan perubahan style rambut kami. Kami tak mengeluh, mau pun merungut.

Hari Isnin apabila Amier ke sekolah tadikanya, dia merasa malu. Kawan-kawan ada yang mentertawakannya. Seorang cikgu yang perasan Amier kerap menutup kepalanya dengan tangan lalu memanggilnya. Kata cikgu tu Amier kelihatan lebih hensem berkepala botak. Kata-kata itu memberi Amier sedikit konfiden dan peransang. Bak kata kawan karibku Hj Noris, "Dalam kotak ada asam, walaupun botak tetapi hensam".

Amier menahan asakan mesin potong rambut yang terus menerus mencantas rambutnya.

Syahmie merelakan rambutnya dipotong tanpa ragu-ragu.

Aku gembira.

Syahmie pun gembira.

Amier turut gembira, tetapi dalam keterpaksaan.

Saturday, March 5, 2011

Potong rambut macam Faizal Tahir

Dah lama aku nak gunting rambut pasal rambut aku dah semakin tak terurus dan berserabut. Rambut Amier pun dah semakin panjang dan matanya hampir saja tertutup dek rambutnya yang melurus ke bawah. Maka kami ambil kesempatan ketika ada sedikit kelapangan untuk ke kedai gunting rambut berdekatan. Di kedai aku nengok ramai lagi orang yang menunggu giliran. Terpaksalah kami melanguk seketika hingga giliran kami tiba.

Dan akhirnya tibalah giliran aku. Aku katakan pada tukang gunting rambut aku nak style Faizal Tahir. Siap tunjuk gambar lagi. Termenung orang tu nengok gambar yang aku suakan. Dia kata rambut aku pendek, mana boleh buat style yang aku idamkan itu. Aku berkeras nak style FT. Aku rasa tukang gunting tu memang takda kepakaran untuk buat rambut pelbagai style. Setelah agak lama bertikam lidah, akhirnya aku mintak rambut style Anuar Zain pulak. Tukang gunting tu masih kata tak mungkin rambut aku boleh dibuat sedemikian rupa. Gaduh cakap lagi hampir-hampir sejam. Akhirnya aku bangun nak meninggalkan kedai yang bagi aku tak profesional tu. Belum sempat aku melangkah pergi dari kedai tu, tukang kedai memanggil aku dengan nada lembut. "Inche, rambut style Mawi boley ka? Itu Mawi pun ada famous jugak kan?" Setelah berfikir sejenak akhirnya aku setuju. Dan fesyen rambut Mawi-lah yang aku miliki sekarang ni. Sedangkan Amier sangat berpuas hati dengan fesyen rambut Ben 10-nya.