m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label pantai remis. Show all posts
Showing posts with label pantai remis. Show all posts

Friday, February 22, 2019

Family Day 2019 @ Jeram: Nelayan fajar memancing

Bahagian 7

5 Februari 2019Malam semalam telah berakhir. Kini tiba hari baru di Santai Cafe D'Jeram. Tepat jam 7.00 pagi, Abang Zahid yang menetap di homestay berdekatan telah sampai di pagar depan Santai Cafe D'Jeram. "Bukak kunci! Bukak kunci!" jerit Abang Zahid dari luar. Aku yang terdengar jeritan ini telah keluar mendapatkan Abang Zahid. Katanya pintu pagar berkunci. Aku bergegas mendapatkan kunci dari penyelia yang sedang beradu di sebuah bilik di situ. Setelah kukejutkan, penyelia itu berkata, "Pagar tak berkunci." Aku pun pergi periksa. Memang sah tak berkunci. Sekadar dililitkan saja dengan rantai besi. Setelah kubukakan pagar, Abang Zahid pun terus memandu kereta masuk ke pekarangan Santai Cafe D'Jeram.

Mukamil dan Adam berbuai sambil menikmati udara segar pagi hari.
Tiap-tiap pagi buat macam ni memang syiok!
Memberi sokongan kepada para pemancing.
Datang bersama Abang Zahid ialah Syauqi, yang turut mahu memancing di awal pagi. Tanpa membuang masa, Abang Zahid terus menyiapkan perkakas pancingnya dan mula melontar umpan perumpun jauh ke tengah laut bagi mendapatkan rezeki awal pagi pada hari itu. Aku yang melihat Abang Zahid penuh bersemangat, terus saja menyiapkan peralatan pancingku. Dan aku juga mula memancing menggunakan dua batang joran sederhana panjang. Waktu tu air dah mula gerak surut. Tapi kelihatannya air di tebing masih banyak lagi. Tetapi sepanjang kami memancing, satu getuan pun tidak kami rasai. Hujung joran sekadar berbuai-buai di tarik ombak. Bukan ditarik ikan. 

Kawasan pantai semakin meriah.
Yang tak memancing pun turut berhimpun.
Isteri dan kakak iparku.
Turut berbuai.
Joran dipacak di sepanjang pantai.
Marshall (Abang Karim) sedang mengadili pertandingan.
Abang Zahid sedang cuba menaikkan pari helang seberat kira-kira 25 kilogram.
Agak kecewa kerana pari berjaya memutuskan tali 4 paun yang digunakan.
Abang Leman menyusul dengan pancingnya pula. Tetapi tidak lama setelah kami melabuhkan umpan, air laut mula menyurut dengan sangat pantas. Tak sampai beberapa minit, gigi air telah mula berada di tengah laut. Dan umpan kami telah tersadai di dalam lumpur, di daratan. Kami lantas mengarau kekili dan menamatkan sesi pancingan kami pada pagi itu. Mana ada ikan kalau tak ada air. Ikan belacak pun nak ada air juga. Kami perlu menunggu kira-kira lagi lapan jam sebelum boleh memancing semula. Sabar ajelah. Ikan tak akan lari pun. Ikan cuma berenang aje!

Bersambung...

Joran ditarik lagi. Kali ini oleh kerapu bara seberat 5.76 kilogram pula.
Joran Syauqi juga turut ditarik. Tetapi yang menariknya ialah kapal kargo yang lalu lalang di tepi pantai.
Masing-masing terus menantikan aksi tarikan ikan.
Lima jam kemudian...... Masih cenggitu jugak.
Sesi memancing ditangguhkan. Jom kita rehat dulu.



Sunday, February 17, 2019

Family Day 2019 @ Jeram: Jom terjah pasir!

Bahagian 6

Waktu malam adalah waktu untuk kami membuat pilihan - untuk berehat, atau untuk beriadah, atau untuk melakukan sesuatu yang extreme. Terserah kepada kehendak masing-masing. Majoriti kami masih meneruskan aktiviti makan malam. Menghabiskan segala lauk-pauk yang masih terhidang di atas meja panjang.

Sambil makan, taklimat mengenai aturcara esok hari turut disampaikan oleh AJK dan orang-orang yang terpilih untuk mengendalikan acara yang telah ditetapkan. Aku selaku penganjur acara pertandingan memancing turut memberikan sepatah dua kata mengenainya. Pertandingan memancing akan bermula jam 7.00 pagi esok dan berakhir pada jam 7.30 malam - waktu maghrib.

Salina mendukung Baby Alina.
Pengumuman mengenai taklimat.
Memanggil para AJK.
Yang lapar boleh terus makan.
Buah-buahan tempatan turut disajikan.
Adam menanti titah perintah dari penganjur.
Shahira pun begitu juga.
Teman dari jauh kami jemput untuk memeriahkan majlis ini.
Mak Su Azira mendukung anak buahnya.
Emi masih perlu makan.
Anak-anak jantan masih lagi sibuk di dapur.
Hairi dan Syauqi membakar ayam dan pari.
Para penyelia sedang menyelia pekerja melaksanakan tugas masing-masing.
Wawan, Emi dan Fai.
Akid terlena di balik tiang.
Pembakaran terbuka masih lagi diteruskan.
Ketika orang-orang dewasa sibuk memberi taklimat yang panjang lebar mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan pada esok hari, anak-anak telah berlari ke pasir, bergelumang dengan debu dan habuk. Mereka membina istana pasir. Mengutip cengkerang. Atau sekadar melumur tubuh dengan pasir halus yang menggoda. Sabriena tidak terkecuali. Aku menonton aksi anak-anak yang sedang dalam keceriaan. Membiarkan mereka berkotor-kotor dahulu sebelum membersih diri ketika hendak tidur nanti.

Bersambung... 

Anak-anak menerjah pasir.
Masing-masing membina istana pasir.
Sabriena main pasir terus.
Seronok dapat duduk atas pasir.
Anak-anak saudara Fai.
Istana Qalif yang paling cantik.
Taqif bagaikan berada di padang pasir.
Adrian sedang melonggok pasir.
Istana pasir sedang dibina dari asas yang teguh.
Dua beradik bekerjasama.
Sabriena ada agendanya yang tersendiri.
Amier dan Mukamil melayan ngantuk.
Kami dah nak tidur ni.
Perkumpulan di ruang tamu.
Sambil makan, sambil bekerja.
Akid pakar membuat air.
Resipi rahsia ada pada Elin.
Syafiq mengambil alih tugas membakar haiwan.
T-shirt Hari Keluarga diagih-agihkan kepada ahli keluarga oleh Akid.