m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, April 30, 2015

Ke Bangunan Jurukur Tanah untuk makan

15 Februari 2015 - Kami ke Bangunan Jurukur Tanah pada hari tu. Tapi bukan nak mengukur tanah lot. Bukan jugak nak tengok geran tanah. Tapi kami pergi ke majlis perkahwinan anak kawan ofis wife aku - Kak Miskiah. Inilah first time kami ke sini. Nama dewan tu ialah Dewan Intan LJT. Cantik jugak dewan tu setelah dihias. Dan agak luas jugak kawasan tempat duduk tetamu.

Amier ingin memulakan makan.
Selera tengah terbuka ni.
Sabriena sangat enjoy dengan makanan yang disajikan kepadanya.
Sedapnya Sabriena makan nasi.
Nyam nyam nyam. Dah nak habis sepinggan nasi.
Kami datang. Kami makan. Makanan yang disediakan pun enak. Dan ada dessert kuih-muih yang enak jugak. Tapi kami tak duduk lama kat situ. Lepas makan terus kami cari mak pengantin, bersalaman, ucapkan tahniah, bergambar, dan mintak diri untuk pulang. Terima kasih kepada Kak Miskiah kerana menjemput kami sekeluarga.

Masih menikmati makanan.
Luas jugak dewan ni.
Bersama ibu pengantin - Kak Miskiah.
Jom balik.



No comments:

Post a Comment