m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label minister. Show all posts
Showing posts with label minister. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Pergi kenduri kahwin dengan PM

Malam semalam, selepas solat isyak, aku dan isteri telah menghala straight ke Jalan Eaton, di kawasan kediaman ibu PM kita, Tun Hajjah Rahah. Ada majlis perkahwinan kat situ. Office mate wife aku, Linda yang menjemput kami datang. Adik dia yang kahwin. Ayah kawan wife aku tu, Datuk Idris adalah orang penting dalam keluarga PM kita tu. Rumah dia pun terletak di dalam perkarangan yang sama. Ini kira masuk kali kedua kami ke situ.

Sekitar khemah majlis.
Peluang bersalaman dengan PM. PM agak gemuruh kerana teruja dapat bersalaman dengan aku, hinggakan bergetar gambarnya.
Mula-mula aku ingatkan kami dah lambat. Maklumlah, majlis bermula kira-kira jam 7 malam. Bila kami sampai kat kawasan Jalan Eaton, punyalah banyak kereta yang parking kat tepi jalan. Tepi jalan besar Tun Razak pun banyak kereta yang orang parking. Sesak sikitlah flow kenderaan kat kawasan tu. Tapi polis tak boleh nak saman, pasal ini melibatkan acara yang turut dihadiri oleh YAB PM. Dalam khemah besar yang dihias cantik, penuh dengan meja makan. Dan meja-meja tu pulak penuh dengan tetamu dari pelbagai lapisan usia dan kaum. Kami mencari-cari jugak teman-teman yang kami kenal. Dan turut mencari-cari tempat duduk yang masih kosong. Akhirnya wife aku jumpa beberapa seat kosong kat tepi karpet merah - laluan pasangan mempelai. Kami pun duduklah di situ.

Ketibaan pengantin muda.
Pengiring kanak-kanak perempuan.
Tak lama kemudian, terdengarlah bunyi siren polis. Kami ingatkan polis tengah kejar penjahat yang merompak Bank RHB. Rupa-rupanya itu adalah petanda VVIP sudah sampai menghadiri majlis. Dan VVIP itu adalah YAB PM Malaysia. Aku dan wife yang kebetulan duduk kat sebalah red carpet, pun berdirilah. Aku ambil kesempatan bersalaman dengan PM Najib. Dan isteri aku sempat jugak bersalaman dengan isteri PM, Datin Sri Rosmah. Kuat genggaman isteri PM, kata isteriku. Itulah first time kami bersalaman dengan orang-orang besar negara.

Pengiring kanak-kanak lelaki.
Pengantin muda - kedua mempelai.
Kami enter frame kejap.
Kami mengambil makanan kat buffet. Dan makan ala kadarnya. Kemudian isteriku ambil pulak kuih apam balik, dan kami makan dessert tu sebelum berlegar-legar untuk berborak dengan teman-teman lain yang hadir. Sempat jugak kami mengambil shot PM tengah makan kat meja makan pengantin. Oh ya. Sebenarnya pada malam tu, aku terlupa pulak nak bawak kamera hikmat aku. Jadi semua shot pakai I-phone ajelah gamaknya. Jadi kualiti gambar-gambar ni memang tak berapa sharp-lah. tapi kira okay jugaklah, daripada tak ada langsung. Setelah seketika berada di khemah majlis, kami pun beredar. Tak sempat berjumpa dengan tuan rumah pun. Isteriku sekadar berjumpa dengan kakak kepada kawan ofisnya dan mengucapkan berbanyak terima kasih. Memang satu pengalaman baru bagi kami pada malam tu...

Ramai sungguh orang yang datang - nak tengok pengantin, dan nak tengok PM.
Khemah ni penuh warna warni.
PM dan Datuk Seri Zahid Hamidi di meja santapan pengantin.
Aku tak dapat nengok apa juadah yang mereka makan, pasal semua juadah kena block dengan deretan bunga di atas meja.
Tak berani aku datang terlalu dekat. Nanti bodyguard dia tangkap aku.
Bersama Fidah, kawan sepejabat.
Last post sebelum kami semua pulang ke rumah.

Friday, May 18, 2012

Makan-makan dibelanja Pak Menteri Besar

Hari ni hari terakhir dua orang pelajar Politeknik Port Dickson, Fadli dan Zafran buat praktikal di ofis kami. Jadi Azni mencuba-cubalah mengecek akauntan kami, Kamal menanyakan kot-kot ada duit lebih untuk belanja bebudak tu makan tengah hari. Kira makan farewell-lah. Tapi sebenarnya kami yang permanent staff yang dah kebulur nak makan pakai duit ofis. Check punya check, Kamal kata adalah sikit untuk buat makan-makan. Jadi dia pass RM100 kat Azni untuk acara makan-makan tengah hari ni.

Pelajar Fadli dan Zafran ni memang sangat murah dengan senyuman. Senang hati, senyum. Susah hati, senyum. Tengah tak ada apa-apa emosi pun mereka boleh senyum. Memang tak susah nak nengok mereka senyum. Berserilah sikit ofis tu kalau mereka berdua ni ada.



Kami pergi cari makan lepas solat Jumaat kat Bandar Baru Bangi. Mula-mula Azni suggest makan western style kat restoran D'One Steak. Sampai-samai aje kat situ, restoran tu macam tengah tutup aje. Bila tanya orang kedai tu, dia kata bukak pukul 4 petang nanti. Alamak! Kena tukar kepada plan B lah nampaknya. Ahmad pulak cadang makan nasi beriyani kat kawasan berdekatan situ jugak. Kami pun terus menghala ke situ. Kedai memang terbuka luas. Dan kami pun masuklah kat dalam. Bila masuk aje, kami ternampak kelibat Menteri Besar Pahang - Dato' Sri Hj Adnan Hj Yaakob. Aku rasa macam nak tegur, tapi seganlah pulak. Dia ditemani dua orang rakan. Masa kat restoran tu aku tengah lapar sangat. Maklumlah, dah pukul 3 petang. Aku, Ahmad dan Zafran order nasi beriyani kambing. Fadli order nasi beriyani ayam. Dan Azni, dia kurang gemar makan nasi beriyani, jadi Azni order chicken chop.

Depan kedai Bangi Biryani House.
Kami makan tengah hari tadi berlima orang aje.
Zafran dan Fadli sangat gembira dapat makan kambing dan ayam beriyani. Mantoppp!!!
Bila makanan datang, aku tak tunggu lagi. Terus mencedok nasi masuk ke mulut dan menolak sampai ke tembolok. Memang aku tengah lapar sangat. Orang kat Afrika pun tak pernah lapar macam aku lapar. Meh aku buat review sikit pasal makanan kat sini. Nasi dia memang enak walau dimakan begitu saja. Masakan kambingnya pun mempunyai rasa yang  agak sederhana. Amat sesuai dipadankan dengan nasi tadi. Acar buahnya jugak sedap. Harga sepinggan beriyani kambing ialah RM13 lebih. Kambingnya agak fresh. Mungkin baru disembelih pagi tadi. Malah masa aku gigit daging kambing tadi, daging tu masih mengembek pulak lagi, menandakan ia masih segar. Secara keseluruhannya, juadah nasi beriyani kat sini sedap, tapi tidaklah terlalu hebat. Tapi memang lebih sedap dari beberapa tempat yang pernah aku kunjungi. Airnya pulak aku order air teh tiga rasa. Dia macam three layer tea atau teh-C special jugaklah. Benda yang sama tapi gelaran lain-lain. Agak sedap. Tapi aku rasa sedap lagi yang dijual di Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Harga segelas air teh tiga rasa panas ialah RM4 lebih. Gelasnya memang besar. Boleh berenang-renang dalam gelas tu.

Inilah sepinggan nasi beriyani kambing.
Inilah teh tiga rasa panas dalam gelas besar. Enak jugak.
Bila dah habis makan, kami pun nak pergi bayarlah menggunakan duit RM100 yang Kamal bagi pagi tadi. Bila sampai kat cashier, dia kata makan tengah hari kami tu dah pun dibayar oleh Dato' Sri Adnan. Alamak! Kami berasa sangat bersyukur dan bergembira. Tapi agak ralat pasal tak sempat nak ucap terima kasih kerana belanja kami makan. Aku cuma ucap terima kasih dalam FB ajelah. Bagi pak-pak menteri atau mana-mana ahli politik yang teringin nak belanja orang makan, carilah kami. Mulut dan perut kami sentiasa terbuka luas untuk dibelanja. Rezeki hari Jumaat yang Allah bagi melalui orang-orang tertentu.

YAB Dato' Sri Adnan Yaakob belanja kami makan secara kami tak sedari.