m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label thomas cup. Show all posts
Showing posts with label thomas cup. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

Sebenarnya Malaysia menang Piala Thomas 2014: Dan memang betul Malaysia yang menang

Bahagian 2

Sorakan para penyokong pasukan Malaysia dan Jepun semakin terserlah. Hingar dewan semakin menjadi-jadi bila jerit pekik berbaur dengan cemuh-mencemuh pasukan lawan. Pada suatu ketika kelihatannya pasukan Malaysia hampir saja menang mudah ke atas Jepun. Mata demi mata Team Malaysia pungut. Tetapi, pasukan Jepun dengan semangat Kamikaze-nya terus mengorak langkah dan semakin bersemangat menentang lawan sehingga akhirnya mata terikat menjadi 4-4. Tinggal satu game aje lagi. Siapa yang menang kali ini, pasukan itulah yang akan menjulang Piala Thomas pada musim ini. Keputusan hari Ahad lalu akan terbatal secara automatik. Dan hal ini telah disahkan oleh Persatuan Badminton Dunia.

Kak Shida dan Huda mewakili Malaysia.
My wife dan Zila mewakili Jepun.
Taufiq jadi umpire - mesti berat sebelah. Patutlah Jepun kalah.
Sebelum aku pergi lebih jauh, biar aku kisahkan sedikit beberapa adegan menarik ketika perlawanan berlangsung. Perlawanan pertama di antara Abby-Hafez menentang Zahid-San dan Dayat-San yang dijangka sengit telah berlaku yang sebaliknya. Pemain-pemain handalan ini nampak gayanya tak dapat mempamerkan kemampuan sebenar mereka. Mungkin kerana belum biasa dengan keriuhan yang berada pada tahap gaban di sekitar stadium. Smash Abby pun tak sekencang biasa. Sekadar 775 km/jam aje. Selalunya smash beliau boleh mencecah sehingga 1500 km/jam.

Membuat servis ala jujitsu.
Kemenangan berpihak kepada Team Malaysia.
Pasangan mantop dari Jepun - Faiisal-San dan Zahid-San.
Wakil Malaysia - Taufiq dan Ardi berjaya ditewaskan.
Aku yang berpasangan dengan Zai-San senang-senang dijinakkan oleh Faridz-Taufiq. Tak melawan langsung. Fokus kami memang off langsung bila berada di gelanggang yang sangat riuh-rendah itu. Antara gandingan yang bermula sangat garang ketika bermain adalah gabungan Abby-Amin. Masa tu mereka menentang Faiisal-San dan Syafiq-San. Tetapi akhirnya Team Jepun berjaya memintas Team Malaysia sehingga akhirnya kemenangan menjadi milik Team Jepun. Perlawanan kedua aku yang bergabung dengan Syafiq-San nampaknya lebih menjadi. Kami berjaya menjinakkan otai-otai dari Malaysia, Abang Khalid dan Abang Ngah Nordin.

Aku dan Syafiq berjaya menumpaskan Abang Khalid dan Abang Ngah.
Masing-masing memberikan sepenuh tumpuan kepada permainan terakhir.
Gabungan pemain yang tak kurang hebatnya dari Jepun ialah Dayat-San yang bergabung dengan Syahmie-San. Mereka menentang Farid dan Abang Ngah Nordin. Permainan Dayat sangatlah hebat pada kali ini. Smash-nya menjadi-jadi. Sekali smash terus dapat dua mata. Malah kekadang boleh dapat tiga mata sekali gus. Begitulah hebatnya permainan Dayat-San. Syahmie tak perlu banyak bergerak, sekadar duduk kat tepi gelanggang makan kuaci dan tengok Astro. Pun masih boleh menang. Dan team wanita juga tak kurang hebatnya. Wakil Malaysia Kak Shidah dan Huda (bidan terjun) bermain dengan cemerlang menewaskan Sarah-San dan Zila-San dengan sangat mudah. Kecemerlangan terserlah pada permainan Kak Shidah dalam mendapatkan mata demi mata.

Team Malaysia menang lagi.
Perlawanan terakhir, perlawanan penentu adalah di antara Zai-San dan Amy-San menentang Faridz-Amin. Pada suatu ketika nampak gayanya macam Jepun boleh makan Team Malaysia. Tetapi akhirnya Team Jepun terpaksa makan sushi aje, kerana tumpas di tangan pemain Malaysia. Dan keputusan penuh - kemenangan berpihak kepada Team Malaysia dengan mengatasi Team Jepun 5-4. Kemenangan yang sangat tipis.

Team Jepun Banzai!!!
Naib juara.
Acara penyampaian hadiah diadakan dengan penuh gilang-gemilang. Cek bernilai USD50 juta diberikan kepada pemenang - Malaysia. Naib juara, Jepun sekadar mendapat USD 80 juta sahaja. Hadiah-hadiah lain turut diberikan kepada para pemain. Hadiah Khas Juri jatuh kepada bergu Kak Shidah dan Huda. Bergu terbaik jatuh kepada Abby dan Amin. (?????) Abby dan Amin pun hairan macam mana mereka boleh menang kategori tu, sedangkan gandingan tu kalah kepada Syafiq-San dan Faiisal-San. Aku pun turut pelik dengan keputusan yang aku buat tu. Mungkin aku dah kena mandrem kot? Atau tengah laloq bila Team Jepun kalah. Aku, sebagai penganjur turut mendapat hadiah khas dari Kak Long. Semua orang macam puas hati aje dapat hadiah. Kalah menang dah tak jadi soal lagi. Janji dapat hadiah.

Team Malaysia jadi juara.
Maruah negara berjaya ditebus.
Jaguh kampung pun jaguh kampunglah. Janji jaguh.
Bergambar kedua-dua pasukan.
Seronoknya berkumpul cenggini.
Hidup badminton untuk negara.
Naib juara Jepun mendapat hadiah.
Hamper bernilai USD5 juta.
Dari rematch ini, maka pasukan Malaysia telah dapat menebus kekalahan kepada Jepun pada pertemuan 25 Mei 2014 dulu. Dan kali ni Malaysia menang di laman sendiri. Memang sahlah Malaysia ni jaguh kampung. He he he. (Marah presiden BAM). Kami bergambar sakan sampai jam hampir menunjukkan pukul 12.30 malam. Nasib baik tak sampai pukul 1.00 pagi. Itu pun pasal Abang Zai telah volunteer jadi penjaga waktu. Semua game dimainkan mengikut jadual, walaupun dalam keadaan yang sangat kelam-kabut. Diharapkan pertandingan seumpama ini dapat diadakan lagi dan dapat mengumpulkan ahli keluarga seramai mungkin.

Faiisal pegang hamper macam pegang Piala Dunia.
Team Jepun beraksi cemerlang.
Berbangga dengan bendera kebangsaan.
Gandingan terbaik - Amin dan Abby??????? Ya ke??????
Keputusan penuh perlawanan adalah seperti berikut:

1.  Abby-Hafez mn. Zahid-San-Dayat-San   (25-22)   (Malaysia 1 - Jepun 0)
2.  Hafez-Farid mn. Ali-San-Amy-San   (25-16)   (Malaysia 2 - Jepun 0)
3.  Abby-Amin kk. Faiisal-San-Syafiq-San   (23-25)   (Malaysia 2 - Jepun 1)
4.  Faridz-Taufiq mn. Adi-San-Zai-San   (25-22)   (Malaysia 3 - Jepun 1)
5.  Farid-Nordin kk. Dayat-San-Syahmie-San   (11-25)   (Malaysia 3 - Jepun 2)
6.  Huda-Shidah mn. Sarah-San-Zila-San   (25-8)   (Malaysia 4 - Jepun 2)
7.  Ardi-Taufiq kk. Zahid-San-Faiisal-San   (6-25)   (Malaysia 4 - Jepun 3)
8.  Khalid-Nordin kk. Adi-San-Syafiq-San   (9-25)   (Malaysia 4 - Jepun 4)
9.  Faridz-Amin mn. Zai-San-Amy-San   (25-18)   (Malaysia 5 - Jepun 4)

Keputusan muktamad: Malaysia mengalahkan Jepun 5-4.

Sukanya Amin dan Abby dapat hadiah yang tak disangka-sangka.
Barisan juara. Dan Hidayat enter frame.
Aksi sang juara - Malaysia.
Aksi comel sang juara.
Kak Shidah dan Huda dapat hadiah khas juri.
Seronoknya dapat hadiah.
Jangan lupa bagi kat kawan-kawan sikit.
Hadiah kategori bendera paling simple.
Abby dengan piala kemenangan yang berbentuk seperti hamper.
Piala ni sangatlah berat. Kira-kira 520 kilogram.
Terlalu berat. Abby dah nak terlepaskan piala ni.
Saguhati kepada penganjur. Akulah tu.
Amin dengan piala kemenangan. Amin lebih kuat berbanding Abby. Dia angkut piala tu selamba badak aje.
Berebut makanan subsidi dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Cari makan kat tempat pembuangan sampah.
Mengorek-ngorek saki-baki makanan yang tinggal.

Monday, June 30, 2014

Sebenarnya Malaysia menang Piala Thomas 2014: Malaysia lawan Jepun

Bahagian 1

28 Mei 2014 - Satu Malaya telah dihebahkan akan kekalahan Team Malaysia di tangan Team Jepun di perlawanan final Piala Thomas pada 25 Mei 2014. Rakyat Malaysia sangat berdukacita dengan kekalahan ini. Ramai jugak yang menyalahkan pemain single ketiga negara, Darren Liew kerana gagal mencuri mata kemenangan dari pihak Jepun. Aku dan kerabatku turut berasa tidak puas hati dengan kekalahan ini. Lalu aku cadangkan suatu rematch perlu dilakukan oleh Team Malaysia dan Team Jepun. Ini adalah bagi memastikan pemenang mutlak bagi persaingan ini.

Ali-San berasa sangat marah kepada Umpire. Rasa macam nak tumbuk aje umpire dari Nigeria tu.
Sebahagian dari penyokong pasukan Jepun. Banzaiii!!!!
Pemain Jepun menggunakan jurus Naruto bagi mengalahkan pasukan Malaysia.
Sebahagian dari penonton yang membeli tiket eksklusif. Boleh duduk kat grandstand.
Tempat duduk di grandstand sangatlah selesa.
Cadangan mengadakan Mini Thomas Cup telah mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan kaum keluarga. Berpuluh-puluh ahli keluarga yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan rematch ini - Malaysia menentang Jepun. Mula-mula aku lantik dua orang kapten - satu kapten Malaysia, dan sorang lagi kapten Jepun. Aku telah kenalpasti dua orang players yang paling mantop sekali permainan mereka - Abby dan Faiisal. Oleh kerana wajah Faiisal yang ada iras-iras muka orang Jepun, jadi dia jadi kapten Jepun-lah. Dan Abby jadi kapten Malaysia.

Zahid-San dan Dayat-San sedang menyusun strategi untuk mendapatkan markah pertama bagi Team Jepun.
Abby-Hafez (Malaysia) menentang Zahid-San dan Dayat-San (Jepun).
Para penonton yang tak dapat tiket kena berdiri aje kat tepi stadium.
Farid-Hafez (Malaysia) bersedia menerima servis pihak lawan.
Syahmie menjadi penonton di bangku simpanan.
Farid-Hafez (Malaysia) dalam satu aksi yang mendebarkan.
Amy-San dan Ali-San (Jepun) menggempur dengan jurus Ninja.
Fared dan Hafez kegembiraan kerana telah berjaya menyumbangkan satu lagi mata untuk pasukan Malaysia.
Sesudah pertarungan tamat. Team Malaysia menang lagi.
Berteriak memberikan sokongan moral.
Undian dibuat mengikut ranking. Dan setelah mencabut undi, players Malaysia terdiri dari En Abby (kapten), En Ardi, En Hafez, En Nordin, En Faridz, En Taufiq, En Farid, En Amin, En Khalid, Puan Shidah dan Puan Huda. Pasukan Jepun pulak diwakili oleh Faiisal-San (kapten), Syahmie-San, Syafiq-San, Hidayat-San, Zai-San, Adi-San, Zahid-San, Amy-San, Ali-San, Zila-San dan Sarah-San. Bagi aku kedua-dua team ni sama kuat dan sama gagah. Siapa yang bakal menang bergantung pada percaturan kapten kedua-dua pihak untuk membariskan pemain-pemain mereka di gelanggang.

Bendera Malaysia berkibar dan lagu Negaraku dimainkan setelah pasukan Malaysia mendapat dua mata berturut-turut.
Malaysia boleh! Malaysia boleh!! Malaysia boleh!!!
Team Jepun tetap konfiden dengan kehebatan mereka.
Hadiah-hadiah lumayan telah disediakan oleh penaja-penaja besar termasuklah Yonex, Lining, Carlton, Adidas, BMW, Mercedes dan Ali Cafe. Hadiah berupa bekalan makanan selama setahun, kereta mewah beserta driver sekali. Dan macam-macam lagilah yang menbuatkan kesemua pleyers sangat ghairah untuk menyertai pertandingan ini. Suasana dewan sangatlah hingar-bingar bagaikan kat stadium bola sepak Piala Dunia kat Afrika Selatan dulu. Siap ada tiupan vuvuzela yang sangat membingitkan.

Hadiah-hadiah lumayan yang menyebabkan para pemain terliur apabila melihatnya.
Puan Huda sedang menbancuh air kuat untuk para pemain Malaysia.
Dua orang jurulatih Jepun yang pernah menjulang Piala Thomas sebanyak dua belas kali.
Syahmie dan anak saudaranya duduk di bangku simpanan.
Ardi dan Zila menanti giliran untuk beraksi di gelanggang.
Perlawanan pertama adalah di antara Abby yang berpasangan dengan Hafez menentang pemain Jepun, Abang Zahid berpasangan dengan Hidayat. Kami dapat rasakan gema yang melampau apabila para penyokong kedua-dua belah pihak bersorak-sorai memberikan laungan semangat kepada pasukan masing-masing. Keadaan ini sangat-sangat memberi impak yang besar terhadap fokus dan mutu permainan kami. Peratus performance telah jatuh mendadak. Semua players bermain dengan sangat teruk dan serba tak menjadi. Dalam keadaan yang sangat mencabar itu akhirnya Team Malaysia telah berjaya memperolehi mata pertamanya menerusi gandingan Abby-Hafez. Pastinya Team Jepun perlu berbuat sesuatu untuk mengejar mata.

Bersambung...

Team terkuat pasukan Jepun - Faiisan-San dan Syafiq-San.
Abby dan Amin bermula sangat garang dan mengagumkan.
Kemenangan di pihak pasukan Jepun.
Abby-Amin tewas di tangan Faiisal-San dan Syafiq-San.
Adi-San dan Zai-San tewas di tangan Taufiq-Faridz dari Malaysia.
Berehat setelah tamat perlawanan.
Kali ni Dayat-San berpasangan dengan Syahmie-San pulak.
Aku menjadi umpire.
Permainan Hidayat-San sangat hebat dan menyengat pada pertemuan ini.
Abang Ngah dan Farid mewakili Malaysia.
Hadiah ni diletak di kem pasukan Malaysia. Macam tak adil aje...
Sebahagian penonton yang berasa sangat gelisah.
Apa-apa pun makan dulu.
Sabriena dan mama turut menyokong Team Jepun.
Umpire Adi-San sedang beraksi.
Keresahan tergambar di wajah penyokong.
Bendera Jepun dan lagu negara Jepun dimainkan setelah Jepun berjaya memungut satu lagi mata untuk pasukan mereka.