m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label kuala selangor. Show all posts
Showing posts with label kuala selangor. Show all posts

Tuesday, August 17, 2021

Kenduri Herwan di Tanjung Karang

30 Julai 2017 - Lebih empat tahun lalu, kami mendapat undangan untuk hadir ke satu kenduri di sekitar Tanjung Karang (kalau tak silap aku). Aku memang totally tak ingat kenduri apa. Mungkin aqiqah kot. Dan jemputan itu datang dari seorang rakan sekerja, sepejabat isteriku - Herwan namanya. Kalau tak silap aku juga, ini adalah kampung isteri Herwan. Memanglah agak jauh dari rumah kami. Tapi melawat kawasan kampung yang dipenuhi dengan sawah bendang memang suatu pengalaman  yang menyeronokkan. Jadi kami pun memenuhi jemputan itu dengan perasaan yang sangat teruja.

Isteriku bersama rakan sepejabatnya.

Sedang minum-minum setelah selesai makan tengah hari.

Wow! Garangnya muka Wanie... Hehehe...

Wanie pakai baju uniform. Maknanya lepas ni nak balik ke asrama.

Sabriena sedang makan kuih.

Herwan memastikan para tetamu mendapat layanan yang terbaik.

Rakan sepejabat.

Antara yang hadir pada majlis ini.

Amier nak makan kuih karipap.

Karipap sudah di tangan.

Dan Amier pun menggigitnya.

Ada beberapa orang lagi kawan sepejabat yang telah dijemput oleh Herwan selain daripada kami. Apabila tiba di sana, kami terus saja dijemput untuk makan. Dan kami pun berbuat demikian tanpa menolak. Memang waktu itu kami tengah lapar sebab dah tengah hari. Aku menyegerakan makanku sebab nak  berlegar-legar sambil mengambil gambar di situ. 

Pemandangan sawah yang sedang menghijau pada ketika itu memang sangat cantik dan menarik. Tetapi aku lebih tertarik kepada tali air dan parit-parit kecil yang aku pasti dihuni oleh banyak ikan kampung seperti keli, haruan, sepat dan puyu. Nasib baiklah kami pergi kenduri. Kalau tak, sudah pasti aku akan bawa joranku yang paling panjang, dengan kekili yang berisi tali dengan ketahanan 100 paun serta mata kail sebesar sauh kapal Titanic. Manalah tahu aku berpeluang untuk memancing ikan haruan gadang sebesar paus biru bersalut tepung KFC?

Sesudah makan-makan dan bersembang, kami pun pergilah meninggalkan pekarangan rumah mentua Herwan. Harapanku, satu hari nanti kami akan dapat datang lagi ke sana. Cuma kali ini untuk beriadah sambil memancing ikan-ikan parit. Terima kasih, Herwan!

Sabriena dah sudah makan. Sekarang masa untuk bersiar-siar.

Jom kita jalan-jalan.

Bersiar-siar di laman rumah.

Posing dulu.

Amier ternampak seekor ikan kerapu bara sebesar ikan lumba-lumba.

Aku pun jengah ke parit air ni juga, mencari ikan.

Air di parit ini mungkin paras betis sahaja.

Sabriena pegang sate buah. Macam terung pipit bentuknya.

Anak-anak turut berkumpul di tempat kami  berdiri.

Mengelilingi pokok kelapa sawit.

Sabriena nak ambil buah sawit ini untuk dibuat umpan memancing ikan kelah.

Amier melihat ada seekor burung di dalam sangkar.

Sedang mengkaji burung spesis apakah ini.

Rasanya macam burung merbuk.

Perut Amier dah semakin bulat sebab dah terlalu kenyang.

Pekarangan rumah yang kami kunjungi.


Monday, August 16, 2021

Kerabat 10 TOI bersidang lagi: Hujan mengundang keakraban

Bahagian 2

3 September 2017 - Memohon para pembaca yang budiman untuk menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah buat saudara-mara kita yang telah pergi meninggalkan kita menuju ke alam abadi. Wajah-wajah mereka ada sebahagiannya terpapar di sini. Mendoakan roh mereka tergolong bersama roh para syuhada, para mukhlisin. Al -Fatihah.

Baik. Kita sambung lagi kisah persidangan Kerabat 10 TOI. Sukaneka kanak-kanak diteruskan lagi. Kali ini untuk kanak-kanak yang lebih berusia. Jadi kami suruh Amier ambil bahagian. Amier menurut tanpa membantah. Tubuh badan Amier memang agak besar sedikit berbanding kanak-kanak yang lain walaupun usia Amier pada hari itu baru 11 tahun. Acara yang dipertandingkan ialah acara meniup belon sehingga pecah. Wow! Agak mencabar juga game ini. Bab-bab tiup belon ni memang bukan kepakaran Amier. Belon kuning yang ditiup Amier memakan masa lebih lama untuk membesar. Apatah lagi untuk meletup dan pecah. Tak apalah. Yang penting participation.

Amier dan anak-anak yang lain sedang beratur menanti arahan.

Masing-masing memegang belon.

Standby untuk memulakan tiupan.

Amier dah masukkan belon ke dalam mulutnya.

Dan mula meniup sekuat hatinya.

Tapi belon kuning seperti tak mahu mengembung dan membesar.

Banyak karbon dioksida telah dimasukkan ke dalam belon.

Dan belon semakin membesar.

Dan terus membesar.

Malah ada belon yang telah ditiup terlalu besar. Menanti masa untuk meletup.

Belon kuning Amier masih maintain comel.

Anak ini telah meniup belon birunya sehingga begitu besar sekali.

Kami kemudiannya pergi ke meja untuk duduk makan nasi dan lauk pauk. Sambil beramah mesra dengan saudara-mara yang turut hadir di majlis ini. Acara selanjutnya ialah acara cabutan nombor/nama bertuah (lucky draw). Banyak nombor/nama yang dipanggil untuk tampil ke pentas hadapan. Tetapi seingat aku tak satu nombor/nama pun yang kena pada kami. Tak apalah. Mungkin bukan rezeki kami pada kali ini. Insya Allah pada perjumpaan  yang lain.

Adikku  bersama Yana.

Isteriku dah selesai makan.

Ibuku bersama ipar dan sepupu-sepupunya.

Menikmati juadah yang disajikan.

Acara cabutan nombor/nama bertuah.

Jip memperolehi hadiah bertuah ini.

Lagi hadiah diagih-agihkan.

Sabriena bersama Mama.

Pakcik Rizali turut hadir.

Tak lama selepas itu hujan pun turun dengan agak lebat juga. Air hujan mula bertakung di sebahagian tapak. Lopak-lopak air mula terbentuk. Mujurlah kami semua pada ketika itu sedang berteduh di dalam khemah yang besar. Setelah seketika kami di situ, kami memutuskan untuk pulang ke rumah. Lagi pun ibuku bukannya boleh tahan lama-lama duduk di atas kerusi roda. Pasti Ibuk nak berbaring dan merehatkan badan secukupnya. Kepada semua yang hadir dan telah menjayakan majlis perjumpaan Kerabat 10 Toi ini, aku ucapkan terima kasih sebanyak-banyaknya. Semoga diizinkan Allah, kita bersua lagi pada perjumpaan yang akan datang.

T A M A T

Saimo - orang kuat Kampung Assam Jawa.

Wak Yan dan Pakcik Matshah.

Sepupuku, Andi juga hadir.

Wak Bun sibuk melayan tetamu.

Lantas ditemubual.

Wak Bun membantu ibuku untuk minum air.

Ibuku diminta untuk mencabut nama tetamu yag berutah.

Sehelai kertas bertulis nama dipilih dan dikeluarkan.

Makcik Maznah juga hadir.

Emin mendapat hadiah cabutan bertuah.