m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label kois. Show all posts
Showing posts with label kois. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Resepsi Hazwan & Eida: Bergambar dan bersurai

Bahagian 11 (Akhir)

Dan setelah berabad-abad laman blog ini terhenti dari diterbitkan, akhirnya sampai jugak ke episod akhir kisah perkahwinan anak saudaraku, Kois dan Eida. Pergh! Letih berjanggut aku nak tunggu detik ini. Dan aku ada sedikit kesempatan dan peluang masa terluang untuk meneruskan penulisan ini. Okay. Ikutilah kisah selanjutnya pasal Kois kahwin dengan Eida.

Kepada para tetamu.
Setelah segala acara - sanding, merenjis dan tepung tawar, makan beradab, potong kek, baling gegula, berucap, nengok video, siap dilaksanakan, barulah tiba waktu untuk ambil gambar beramai-ramai pulak. Satu keluarga besar bergabung di atas pentas pelamin untuk bergambar. Pentas jadi sendat dan padat. Tiang pentas bagaikan nak roboh. Tapi jurugambar tetap releks, dan mengambil gambar demi gambar untuk diabadikan di dalam minda sebagai kenangan berpanjangan.

Bergambar ramai-ramai.
Pentas tak cukup besar untuk menampung ahli keluarga yang sangat ramai.
Menyusun formasi terbaik untuk bergambar.
Ready, satu dua tiga.....!!!
Beberapa lagi shot sebelum bersurai.
Tiga orang adik beradik - Nyah, Long dan Uda.
Dan sessi bergambar pun selesailah dengan selamat. Time untuk mendendangkan lagu pulak. Sedang aku duduk termenung menoman tanggo, aku terdengar suara orang menyanyi. Eh! Macam nyanyian karaoke je. Aku lalu menghampiri brader DJ. "Bro, mau angkat satu lagu kasi mari". Lalu aku memilih lagu M.Nasir bertajuk Suatu Masa. Dan bila giliran aku, aku pun duduklah di kerusi artis dan menghamburkan kata-kata bermelodi untuk didengarkan kepada umum. Waktu tu dewan dah hampir kosong. Yang mendengar nyanyianku hanyalah sanak saudara dan teman-teman rapat pengantin. Serta cengkerik juga.

Mendendangkan lagu hip-hop gaya tradisional.
Membuat bunyi burung merbuk - kuurrrr kuuuuurrrrr...
Pergh! Dah sebijik rupa S.M.Salim atas kerusi roda, daaa...
Penuh penghayatan.
Zuan membuat ulasan selari pasal majlis perkahwinan pada hari itu.
Safiyah dengan lagu Shahir-nya.
Tamat sessi karaoke. Saudara mara terdekat turut mendendangkan lagu. Yang belum makan, kini pergi makan. Yang masih lapar, terus ulang makan. Yang lain-lain duduk berehat di sekitar dewan sambil menantikan waktu yang sesuai untuk pulang. Aku dan keluargaku pulang setelah kami selesai menunaikan solat zuhur yang sangat lewat. Dan kami pulang dengan tubuh yang lesu. Namun jiwa gembira meraikan anak saudara dan juga salah seorang rakan akrabku - Kois. Selamat berbahagia dan hidup penuh keberkatan dan harmoni. Amin

Tamat.


Mak Long menegur Sabriena.
Sabriena turut happy meraikan abang sepupunya.
Sabriena dengan bibik.
Sedang santai.
Bosan-bosan, hisap puting lagi baik.
Ini kira kategori makan second round. Atau mungkin jugak dah masuk tiga empat round kot. He he he..
Wanie dan Sabriena dengan bibik.
Wanie tengah bosan. Sangat bosan!
Koas baru dapat peluang nak makan.
Bersama Sri, Yaya dan Ika.
Tiga orang jiran. Oops silap, mereka bukan jiran, tapi adik beradik!
Haykal, Zuan dan Kois.
Intan, Kois dan Yaya.

Saturday, July 6, 2013

Resepsi Hazwan & Eida: Tetamu dan video syahdu

Bahagian 10

Apa kabar semua orang? Dah lama sungguh aku tak masukkan entry dalam blog. Aku rasa ada dekat lapan tahun aku tak menulis. Bukak Facebook pun dah jarang jugak. Lebih lima tahun rasanya aku dah tak ber-Facebook. Maknanya kerja aku kat ofis memang dah terlalu banyak macam gunung. Kerja kat rumah dah melimpah ruah macam lautan. Kebetulan pulak mak aku sakit. Dan banyak lagi hal-hal yang lebih penting yang perlu diberi keutamaan. Jadi, kebetulan ada sedikit masa ni aku gunakanlah untuk menulis sedikit entry untuk tatapan semua.

Ayah dan ibuku sedang menikmati juadah.
Kois dan Eida dah berkahwin pun aku rasa dah terlalu lama. Cerita ni pun dah basi agaknya. Terhidu bau masam-masamnya ketika aku menaip blog entry ni. Dalam majlis yang gilang-gemilang ni, aku sangat gembira pasal berkesempatan berjumpa dengan dua orang anak buah isteriku, iaitu adik Kois yang memang tak pernah aku jumpa sebelum ni. Mereka ialah Iskandar dan Imran. Wajah dan personaliti Iskandar aku nengok hampir sebijik macam abang sulung mereka - Koas.

Kakak dan ayahku.
Ayah, ibu serta adikku turut hadir.
Sebahagian dari sepupu-sepupu Kois.
Fai dan Elin. Masa ni belum berkahwin lagi.
Bersama Iskandar - anak buah yang lama tak jumpa.
Bersama Imran dan Iskandar.
Tiga orang adik Kois. Yang aku biasa jumpa cuma Amin sorang aje.
Yaya dan Amin - kakak dan adik.
Ada yang terbuka selera hanya setelah majlis hampir tamat.
Dalam majlis ni jugak kami dipertontonkan dengan satu paparan video yang telah disediakan oleh pihak Astro dan Media Prima untuk tatapan umum pada Hari Raya nanti. Ia menceritakan sedikit sebanyak pasal perkenalan dan permulaan bibit-bibit cinta di antara Kois dan Eida. Biasanya video-video yang macam ni selalunya berunsur kegembiraan, lucu dan penuh keceriaan. Malah ada kalanya ada jugak yang membosankan. Tapi video Kois-Eida ni agak berlainan sedikit. Ianya sangat-sangatlah dramatik dan menyentuh kalbu. Ada beberapa shot yang bila aku nengok sampai agak sebak aku dibuatnya. Antara shot yang aku ingat ialah imbasan gambar wajah Allahyarham Ayahanda Atan dan Allahyarhamah Bonda Rahmah. Juga turut menyentuh perasaan ketika scene Kois tengah berdoa di bawah kubah Masjid Besi Putrajaya sambil menangis. Pergh!! Memang terbaek! Lagu background dia pun memang kena dengan scene yang dipaparkan. Satu-satunya video kahwin yang meninggalkan kesan mendalam selepas menontonnya. Dan aku jugak difahamkan, bukan aku saja yang sebak, saudara-mara yang lain pun turut berasa kesyahduannya.

Bersambung...

Sebelum video dipertontonkan, Pika pergi membuat shadow puppet show.
Abang Ngah yang sentiasa kontrol macho, walaupun ketika menjamu selera.
Cucu saudaraku - Hani.
Menyaksikan video syahdu yang penuh kesyahduan.
Kak Uda dan Abang Zahid.
Pika dan Nicha - siapa lebih comel? Keh keh keh...
Syura dan Nana.
Wawan, Hafez dan Koas.

Wednesday, June 12, 2013

Resepsi Hazwan & Eida: Tetamu dan habuan kanak-kanak

Bahagian 9

Kita dah fokus pada pengantin. Apa kata sekarang kita fokus pada hadirin dan hadirat yang datang pulak. Tentulah yang ramai ada kat dewan tu terdiri dari kaum keluarga dan sahabat handai. Orang asing yang tak dikenali ada jugak, tapi tak ramai. Makluk asing pun ada jugak. Kebanyakannya datang dari planet Musytari dan Zuhal. Semua berpakaian cantik dan kemas, segak dan tampan, lawa dan anggun. Wajah masing-masing dihias dengan seri kilauan yang menyegarkan.

Koas dan Wawan memerhatikan gelagat pengantin di atas pentas.
Salah sorang adik Kois, Suraya mendukung Sofia.
Adik-adik sepupu Kois - Azira dan Nicha.
Ada satu acara yang tak boleh nak dilupakan. Itulah acara membaling gula-gula kepada anak-anak kecil. Ini budaya lama ni. Kekadang ada baling duit siling. Ada jugak sesetengah orang baling mainan budak-budak. Kalau yang kaya sikit tu, dia baling duit kertas. Sekeping RM50. Dan yang paling extreme yang aku pernah nengok, baling durian Musang King. Kena kepala tetamu siap berdarah-darah lagi, kena panggil ambulan. Tak kisahlah nak baling apa pun. Yang penting ini budaya sesaja nak bagi meriah, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Aku ada diberi tahu, plan asal sebenarnya pengantin nak baling perkakas-perkakas rumah macam peti ais, mesin basuh, tv, komputer, sofa dan kipas siling. Tapi takut berseleraklah pulak dewan tu nanti, pasal barang-barang tu semua besar-besar. Last-last tukar jadi gula-gula ajelah. Punyalah seronok aku nengok budak-budak mengumpul gula-gula dan memasukkan ke dalam kocek masing-masing sampai membuncit poket seluar mereka. Mak bapak turut gembira dan terhibur.

Pengerusi majlis, En Azhar sedang memanggil kanak-kanak untuk turut serta dalam acara mengutip gula-gula.
Brader kecil pakai baju kotak-kotak ni sedang menyusun strategi cara-cara nak dapatkan gula-gula paling banyak.
Sedang mendengar taklimat pasal peraturan merebut gula-gula.
Amier, Mukamil dan Saleh turut serta dalam acara ini.
Amier mendapat sedikit tips dari mamanya.
Pengantin bersedia untuk membaling gula-gula.
Satu, dua, baling!!!
Turut hadir dalam upacara mengutip gula-gula yang jatuh dari langit ini ialah kanak-kanak dari seluruh pelusuk dunia, termasuklah dari Afrika, Amerika Selatan dan Asia Barat. Diberitakan kanak-kanak yang dapat pailing banyak gula-gula telah mula rongak gigi mereka kerana memakan gula-gula yang diperolehi mereka setiap hari, setiap waktu. Upacara membaling dan mengutip gula-gula berjalan lancar dan wajah ceria kanak-kanak terpancar jelas pada setiap diri yang terlibat.

Bersambung...

Kanak-kanak mengutip gula-gula.
Brader pakai baju kotak-kotak ni sangat berpuas hati pasal dapat gula-gula paling banyak sekali.
Anak-anak yang kecil yang tak mampu bersaing dengan kengkawannya yang bertubuh besar telah diberi terus dari tangan pengantin.
"Nah, amek! Hari ini saya mau keluarkan zakat", kata Kois.
Semua orang happy!