m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label teachers. Show all posts
Showing posts with label teachers. Show all posts

Friday, August 27, 2021

Kidz Cabin @ InterContinental Hotel: Quality time

Bahagian 3 (Akhir)

1 Disember 2018 - Bukan main banyak lagi hadiah yang diedarkan ke seluruh warga Kidz Cabin. Semua Teachers berasa sangat gumbira. Apatah lagi dengan makanan sedap ala buffet yang terhidang di kaunter saji. Segala majlis yang nak diadakan telah selesai diadakan. Sekarang adalah masa untuk acara bebas pula. Bebas tu maksudnya nak sambung makan minum boleh, nak duduk-duduk saja pun boleh, dan malah nak baring atas lantai pun boleh (kalau tak kena halaulah, kan?)

For me, acara bebas ialah ambil gambar lebih banyak sambil sesekali makan dan minum apabila perut berkeroncong dan tekak jadi kering. Amier meluangkan masa dengan teman sepupu rapatnya - Saleh dan juga bersama Nabil. Sabriena berlegar-legar ke sana dan ke sini, serta melihat ikan oren berenang-renang. Sampai dah agak lewat, barulah kami semua keluar dari situ dan pulang. 

Terima kasih semua!

T A M A T

Ali dan Angah Nabiha mencuba trick buat bunyi high pitch pakai gelas dan air.

Saleh - pakar sound effect menunjukkan cara melakukannya dengan betul.

Cuma bunyi dengungannya kurang menyerlah.

Angah Nabiha menunjukkan kepada Sabriena cara membuat bunyi dengungan.

Sabriena pun mencuba.

Amier bukan main tekun melihat Saleh buat demonstrasi.

Jom kita tengok ikan oren pulak.

Ikan-ikan oren tu semua berenang ke arah Sabriena.

Ikan-ikan oren yang jinak.

Tiba-tiba Sabriena berasa lapar dan nak makan salah seekor daripada ikan-ikan di air.

Sabriena sedang panggil ikan.

Jom kita sambung makan lagi!

Kita habiskan kesemua makanan yang ada di sini.

Okay, makanan dah habis. Jom kita beredar!

Boy band yang baru nak up.

Merenung jauh ke luar jendela.

Kumpulan N.A.S.A. = Nabil Ali Saleh Amier.

Bergambar sebelum beredar.

Saleh bersama hadiah-hadiah.

Sabriena dengan background miniature sebuah castle dan village.

Masih dengan background yang sama.

Cantik betul miniature village ini.

Amier dan Sabriena.

Dua beradik ini masih lagi di sini.

Miniature istana castle.

Sambil memegang bunga yang diperolehi.

Flower bouquet yang besar.

Angah Nabiha dan Sabriena juga bersama flower bouquet.


Sunday, August 22, 2021

Kidz Cabin @ InterContinental Hotel: Jom Hi-Tea

Bahagian 1

1 Disember 2018 - Dipendekkan cerita, kami semua dah berada di ruang makan di Hotel InterContinental, Jalan Ampang untuk jamuan makan hi-tea. Bersama kami ialah guru-guru dari tadika Kidz Cabin, tempat kakak iparku, Kak Fatimah bertugas. Seperti ada satu collaboration di antara Kidz Cabin dan isteriku. Sebenarnya ada beberapa keraian yang diadakan pada petang ini. Antaranya ialah majlis menghargai guru-guru Kidz Cabin, serta meraikan Baby Shower untuk Teacher Eeqa yang juga mengajar di Kidz Cabin. Dalam famili kami yang hadir ialah aku, isteriku, Amier dan Sabriena. Wanie sedang menduduki SPM pada ketika itu. Dan Syahmie telah pun berada di Mesir untuk melanjutkan pelajarannya.

Sabriena seronok dapat makan makanan spesel.

Aku dan wife juga sedang menikmati juadah dengan hati yang berbunga-bunga.

Ali tengah jaga badan. Dia makan ala kadar aje.

Anugerah pertama - "Most Focus".

Kak Fatimah menyampaikan anugerah "Most Focus" kepada guru.

Selanjutnya anugerah - "Most Fabulous".

Kak Fatimah menyampaikan anugerah "Most Fabulous" kepada guru.

Majlis hi-tea petang ini juga sempena Teacher Eeqa's Baby Shower.

Anugerah "Most Youthful" diberikan kepada Teacher Kelly.

Anugerah "Most Brave" diberikan kepada Teacher Adila.

Kak Fatimah yang menyampaikan anugerah ini kepada Teacher Adila.

Kami bermula dengan makan-makan. Sudah tentulah kena makan dulu. Perut dah kenyang barulah boleh fokus buat acara. Seperti yang ramai maklum, makanan di Hotel InterContinental ini memang sedap rasanya. Menu buffet-nya juga pelbagai. Boleh pilih  menu apa saja yang berkenan di hati. Dan kami semua makan sampai kenyang.

Acara yang terawal pada petang itu ialah acara menghargai guru-guru di Kidz Cabin. Pemberian cenderahati dari pihak sekolah kepada guru-guru adalah simbolik penghargaan itu, sebagai tanda terima kasih tidak terhingga kerana telah memberikan khidmat cemerlang dengan mendidik anak-anak bangsa agar menjadi insan-insan yang lebih cemerlang dalam semua aspek kehidupan. (Wah! Bersemangat pulak aku tulis macam ni. Ngeh ngeh ngeh...)

Nampaknya kesemua teachers sangat berpuas hati dengan penghargaan yang diberikan oleh pihak pengurusan Kidz Cabin. Excellent job to all teachers of Kidz Cabin!

Bersambung...

Sebahagian pinggan mangkuk yang telah digunakan.

Datin Zarida juga telah menyelesaikan makannya.

Anugerah "Most Hardworking".

Disampaikan oleh Kak Fatimah juga.

Anugerah "Most Creative" - setentunya berkaitan dengan seni.

Ini pula anugerah "Miss DJ".

Anugerah "Most Energetic" diberikan kepada Teacher Eeqa.

Tema bunga warna biru.

Anugerah "Most Healthy" pula diberikan kepada Datin Zarida.

Isteriku berpelukan dengan kakaknya.

Bergambar adik-beradik.

Anugerah "Most Hip" diberikan kepada Kak Fatimah.

Kak Fatimah memegang anugerah "Most Missed".

Penghargaan kepada salah seorang partner Kidz Cabin - Puan Ira.

Kak Fatimah memegang anugerah "Most Decipline".

Okay, sekarang boleh sambung makan-makan.

Dan boleh sambung minum-minum.

Aku cuba mengambil sejenis makanan dari sudu Amier.

Aku rasa inilah makanan yang paling rare di dunia dan paling epic sekali.

Bergambar dengan Sabriena.

"All good!" kata Ali dengan penuh kepuasan.