m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label sea food. Show all posts
Showing posts with label sea food. Show all posts

Tuesday, June 15, 2021

Bintulu: Tengok tapak dan cari makan

Bahagian 2

9 Ogos 2018 - Setelah kami puas berehat dan bersantai di sekitar ParkCity Everly Hotel, kami pun merencana akan aktiviti kami seterusnya. Yang paling penting, aku perlu berada di tapak projek sekitar jam 2.30 atau 3.00 petang. Sebelum tu kami kena cari tempat makan kat bandar dulu. Isteri aku pula bercadang untuk berehat di spa sementara menunggu aku selesai kerja di tapak projek. Itulah rangka kegiatan kami pada sebelah petang.

Mula-mula aku perlu kenal pasti lokasi tapak projek. Setelah disemak, tak lah jauh sangat lokasinya. Kurang setengah jam dah boleh sampai. Lepas tu isteri aku cari tempat spa untuk bersantai. Setelah menghubungi pengusaha spa, janjitemu pun diatur. Kami terus menghala ke tempat spa. Kalau on the way jumpa tempat makan, kami akan singgah makan tengah hari dulu. Rupa-rupanya, bersebelahan dengan tempat spa tu ada restoran masakan Melayu Sarawak. Kami pun makan tengah harilah di situ. Ada satu lagi perkara ajaib berlaku. Isteri aku telah memuat naik perjalanan kami ke Bintulu di dalam Facebook nya. Sekali seorang kawan sekolah terbaca status dalam FB ini. Nama kawan isteri aku tu ialah Sarimah. Sarimah lantas menghubungi isteri aku, katanya dia ada di Bintulu. Lalu mengajak isteriku untuk singgah ke rumahnya untuk melepak dan bersembang. Isteriku terkejut dan sangat heppi. Justeru bersetuju dengan cadangan Sarimah. Selepas sesi spa selesai, Sarimah pun datang menjemput isteriku untuk berehat di rumahnya.

Isteriku di rumah teman sekolah menengahnya - Sarimah.

Semuanya telah dirancang oleh Allah - tak sangka dapat berjumpa di sini.

Okay. Isteriku dah pun settle dengan agenda bersama teman sekolahnya, Sarimah. Sekarang nak fikir pasal macam mana untuk aku sampai ke tapak projek dengan selamat. Aku ikut aplikasi Waze. Jalan pun tak begitu sesak. Jadi perjalananku ke destinasi sangatlah tenang dan aman dan dipermudahkan. Aku sampai lebih awal. Lalu aku menanti ketibaan Mr Muthu ke lokasi. Setelah seketika menanti, tibalah Mr Muthu dengan menaiki kereta sewa. Dan kami berdua pun masuk ke dalam pekarangan tapak projek setelah mendapat kebenaran dari pihak sekuriti dan klien. 

Aku dan Mr Muthu dibawa berjumpa dengan contact person kami. Lalu kami diberi briefing dan ditunjukkan ke sekitaran kawasan yang ingin dibaikpulih dan di-upgrade oleh pihak klien. Kalau ada perkara yang kami tak pasti, kami akan tanya. Kami mencatat penerangan dari pihak klien. Dan aku juga tak henti-henti mengambil gambar tapak dan bangunan-bangunan sedia ada sebagai rekod dan rujukan. Setelah selesai sesi briefing dan lawatan tapak, klien telah membelanja kami minum petang di kafeteria berhampiran. Cantik rekabentuk hiasan dalaman kafeteria tersebut. Kami difahamkan ia baru sahaja diubahsuai agar kelihatan lebih menarik dan kondusif. Setelah minum petang, kami pun beredarlah dari situ. Aku tumpangkan Mr Muthu untuk balik ke hotel penginapannya yang terletak di tengah bandar. Kemudian aku pulang ke hotelku. Isteriku pula dihantar ke hotel oleh temannya tadi.

Aku dan Mr Muthu di tapak projek.

Salah satu bangunan yang kami pergi.

Entah bangunan apa pun aku dah tak ingat.

Ini basikal untuk kami pinjam kalau bas dan teksi dah tamat servis.

Boleh juga digunakan untuk jelajah seluruh Borneo.

Mr Muthu sedang bertugas.

Tempat letak kereta yang lapang hendak di-upgrade menjadi tempat letak kereta kebal.

Bangunan ini pula akan dinaik taraf menjadi bangunan pencakar langit macam KLCC twin towers.

Urusan kerja dah settle. Senang hati aku. Dah tak payah nak fikir macam-macam hal lagi dah. Sekarang barulah boleh fokus pasal vacation. Kami perlu mencari tempat untuk kami makan malam pula. Kali ini aku pula yang meng-Google kat internet tempat-tempat makan yang menarik yang ada di Bintulu. Cari punya cari, aku terjumpa satu tempat yang bernama Anjung Selera. Letaknya juga tak sebegitu jauh dari lokasi hotel kami. Tengok dari gambar-gambar dan review mereka yang pernah berkunjung ke situ, nampak gayanya agak positif juga. Jadi tanpa ragu-ragu, kami terus sahaja ke sana selepas selesai solat maghrib.

Dah sampai di Anjung Selera untuk makan malam.

Cari tempat duduk dulu.

Ikan-ikan duduk di dalam tempat aircon.

Sedang beratur untuk memilih ikan.

Pergh! Udang galah dia memang sangat mengancam keselamaan negara.

Siap kena ikat getah supaya dia tak meronta-ronta.

Ini pula udang galah yang duduk kat belakang Bujang Senang.

Menu yang disajikan.

Pilihlah yang mana suka.

Sesampainya di sana kami tengok orang dah mula ramai. Awal betul diorang datang. Setelah mendapatkan tempat duduk, aku terus beratur memilih lauk ikan dan udang galah yang dipamerkan di dalam "bilik sejuk". Udah galah dia punyalah besar. Lebih besar dari anak kucing. Sebesar lengan. Aku pun ambil seekor untuk dimasak. Lepas tu ambil seekor ikan. Tak ingat aku ikan apa. Rasanya ikan jenahak kot. Aku pesan kat orang kedai tu suruh masak ikan dan udang galah tadi dengan masakan yang paling sedap di dunia. Aku juga ada memesan sejenis sayur pucuk paku pakis yang sangat terkenal di Sarawak yang dikenali dengan nama "midin". Bukan Maidin ya? Kami juga ada membuat pesanan minuman yang enak. Sekarang kami cuma perlu tunggu di tempat duduk kami.

Sebenarnya agak lama juga kami menunggu sebab orang yang datang ke kedai makan tu tak henti-henti dan bertali arus. Tak menang tangan orang kedai gamaknya. Setelah sekian lama menanti, seorang pembantu kedai datang ke meja kami dan menghidangkan minuman yang kami pesan. Selepas itu datang pula lagi seorang memberikan berita sedih kepada kami, katanya sayur midin dah habis. Dia tanya sama ada kami nak tukar sayur lain. Aku mintalah sayur midah, minah, midon, memon, meon. Semua dah habis. Last-last aku kata, tak apalah. Makan nasi dengan lauk aje pun dah kira okay jugak.

Akhirnya saat yang kami tunggu pun tiba. Nasi dan lauk-pauk pun terhidang di depan kami. Tanpa membuang masa walau sesaat pun, kami pun terus menerkam lauk-pauk tadi bagaikan harimau belang menerkam seekor kambing. Auuuuummmmm! Teriakku. Kuat! Licin licap pinggan kami. Habis kami makan kesemuanya. Masakannya memang sangat sedap dan terbaik. Cuma lain kali kalau kami berpeluang ke sini lagi, kami kena pastikan untuk datang lebih awal. Sebelum subuh dah kena berdiri tercegat kat depan pintu kedai. Hehehe...

Bersambung...

Air spesel dah sampai.

Ikan bakar Sarawak style.

Sekali ngap terus habis licin!

Udang galah sebesar anak badak.

Akhirnya tewas juga dengan penangan kami.

Habis semua kami makan.

Terpaksa pegang perut pasal dah terlalu berat.

Masih memegang perut dengan erat.

Sambil memegang perut, kami mengucapkan selamat malam. See you next time!


Tuesday, February 7, 2017

Bagan Lalang 2016: Restoran Senandung Malam

Bahagian 1

Mohon para pembaca yang budiman membacakan surah Al Fatihah dan diniatkan untuk disedekahkan kepada Allahyarham Ayahanda yang telah kembali ke Rahmatullah pada 28 Februari 2016 lalu. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Bersama para syuhada. Sentiasa dalam rahmat dan redha Allah SWT. Al Fatihah!


6-8 Februari 2016 - Kira-kira setahun yang lalu, kira-kira kurang sebulan sebelum Allahyarham Ayah kembali ke Rahmatullah, kami seisi rumah telah bercuti di Bagan Lalang, Sepang. Ini adalah tempat kegemaran kami ketika kami rindukan makanan laut yang enak, sambil dihembus bayu laut, yang jaraknya tak terlalu jauh dari rumah. Malah sejak zaman Allahyarhamah Kakakku lagi.

Kami check-in di Seri Bayu Resort Hotel - yang sifatnya seperti apartment dua bilik. Petang tu tak ada aktiviti khusus yang kami lakukan. Adikku telah awal-awal lagi ke restoran makanan laut terpilih untuk menempah tempat dan makanan. Kami dah tau, waktu-waktu begini memang akan ramai orang yang datang berkunjung untuk makan di sini. Dan suasana akan menjadi sangat-sangat sesak, yang sangat dahsyat. Itu memang pasti.

Farid terkenal dengan gelaran Bandaraya, kerana mampu menghabiskan segala sisa makanan yang tertinggal di atas meja.
Isteri dan adikku jugak sedang menikmati juadah.
Farid baru sudah makan ketam.
Syahmie dan Yana turut enjoy.
Begitu jugak Amier dan Wanie.
Ibu dan Allahyarham Ayah sedang menjamah makanan.
Sebahagian dari ahli keluarga yang hadir makan malam di sini.
Nama tempat makan tu ialah Restoran Senandung Malam - Ikan Bakar Wak Sehab & Seafood. Aku rasa ini adalah antara restoran yang termahsyur di sini. Walaupun adikku dah sampai awal, namun masih tidak menjanjikan tempat untuk duduk. Masih perlu menunggu lama untuk mendapatkan meja dan kerusi. Tambahan pulak kami satu kumpulan seramai 12 orang. Ramai tu! One big family (termasuk maid sekalilah). Waktu tu hujan turun renyai-renyai. Tanah agak lembab dan berlopak. Kami perlu berhati-hati ketika menolak kerusi roda ibuku dan Allahyarham Ayah.

Air buah tembikai jugak sangat enak.
Menghulurkan gelas.
Udang goreng mentega jugak sangat enak.
Sewaktu menanti tempat, ada insiden yang agak menarik telah berlaku. Ada sekumpulan warga Afrika yang turut makan di situ. Mereka berempat kesemuanya. Dua lelaki dan dua perempuan. Setelah mereka selesai makan, mereka masih duduk lepak-lepak di meja makan. Dekat tiga hari jugaklah mereka duduk kat situ. Tak bergerak-gerak. Tak peduli orang ramai yang berdiri tercegat menanti tempat. Tak kisah langsung pasal orang lain. Mereka buat derk aje. Macam punggung dah kena Gam Gajah - tak boleh nak lekang dari kerusi. Akhirnya, datanglah satu makcik ni ke meja mereka. 

"Excuse me. Do you mind if you let other people use this table and chairs? People have been waiting for so long to dine here." (Dialog ni aku buat sendiri. Tapi point yang aku nak sampaikan tetap sama).

Salah seorang warga Afrika tu (perempuan) macam terkejut ungka. Lantas beremosi. "What?!! You're asking us to leave this table?! That's racist! That is absolutely racist!! Not acceptable!!! So Donald Trump oriented!!!!"

"But you should be considerate. You've been sitting there for ages," balas makcik tu.

Argue punya argue, akhirnya puak-puak dari Afrika ni berlalulah jugak. Nasib baik mereka pergi. Kalau tak, dah tentu-tentu kena tuang dengan kuah tomyam kat kepala mereka oleh pelanggan lain yang tak berpuas hati dengan sikap pentingkan diri mereka.

Dah selesai makan. Puas hati.
Farid dalam proses menghabiskan makanan yang masih tersisa.
Amier dengan otak-otaknya.
Setelah lama menanti, akhirnya kami dapat jugak tempat duduk yang diidam-idamkan. Adikku menempah makanan pelbagai genre. Dari ikan siakap, ketam, udang, sotong, pepahat, kuda laut, tapak sulaiman, paus biru bersalut tepung serta obor-obor. Meriah meja makan kami. Semua orang enjoy makan kat situ. Dan yang aku tengok paling asyik melayan makanan adalah Allahyarham Ayah. Walaupun dalam kepayahan mengunyah, Namun Allahyarham Ayah tetap menjamah setiap makanan yang terhidang, dengan penuh kenikmatan. Dan kami tersenyum melihatkan itu. Tersenyum kerana gembira apabila selera Allahyarham Ayah telah terbuka.

Allahyarham Ayah menjamah otak-otak pula.
Ibuku pun puas hati jugak. Walaupun makannya tak begitu banyak.
Dua sepupu yang kuat makan - Farid dan Syahmie.
Masih lagi makan.
Yana memperlihatkan kehalusan pembuatan otak-otak Bagan Lalang.
Terjegil mata Farid dengan keenakan otak-otak Bagan Lalang.
Masing-masing meninggalkan tempat makan dengan perut yang sangat kenyang. Sangat puas hati. Malah kalau berkesempatan, kami akan ke sini lagi. Walaupun sesak, kami akan tetap tunggu. Walaupun dihalang oleh warga Afrika yang berbadan sado, kami tetap tak akan beralah. Ini adalah tempat kenangan kami. Sekian lama.

Bersambung...

Restoran Senandung Malam.
Sesuai dengan namanya. Dia bukak pun cuma malam hari aje.