m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Tuesday, June 8, 2021

Durian Kalumpang: Mandi dan makan dalam terang

 Bahagian 4 (Akhir)

6 Julai 2019 - Malam dah memancing, siang pun dah memancing. Okay. Kita stop dulu cerita pasal memancing. Masa untuk bersarapan bersama keluarga, teman anak-anak mandi-manda di swimming pool, dan kemudian bersiap sedia untuk berkemas pulang.

Dari kolam ikan, aku terus ke sebelah swimming pool untuk sarapan. Ahli keluarga yang lain dah selesai makan pagi pun. Cuma aku aje yang baru terhegeh-hegeh nak cari pinggan dan makanan. Lepas memancing barulah perut berasa lapar. Pagi itu kami makan nasi goreng spesel. Banyak jugak aku makan.

Masing-masing baru selesai sarapan.

Brgitu juga dengan Abang Wahab dan Kak Sapiah.

Perut dah kenyang.

Amier makan nasi goreng berulamkan petai kertas.

Sodapp betuuulll!!!

Azirah dan Umminya.

Ardy meihat anak-anak bermain air.

Anak-anak kecil terus salin baju mandi dan terus terjun ke dalam swimming pool yang airnya sangat sejuk dan dingin. Seronok betul mereka bermain dan berenang di dalam air. Kami juga seronok melihat anak-anak seronok bermain air. Splash splish splush! Antara ramai-ramai yang berenang di situ, aku tengok Zarith lah yang paling daring dan berani. Terjun dalam air sangat konfiden. Tak takut air langsung!

Anak-anak  bermandi-manda di kolam renang.

Kolam renang ini adalah tarikan terbaru di sini.

Terjunan papan anjal.

Zarith paling berani sekali.

Tak cukup dengan sarapan nasi goreng dan berenang di kolam renang, kami dijamu pula dengan durian Kalumpang yang sangat hebat. Inilah acara kemuncak dalam sesi percutian pada kali ini. Tak taulah berapa biji durian yang dipersembahkan kepada kami. Satu-satu buah durian dikopek kulitnya. Ada isi putih. Ada isi kuning. Ada isi oren. Tak kisalah warna apa sekali pun, semuanya enak-enak belaka, dan cukup power. Kami pun melayan tekak kami berterusan sehingga habis semua durian kami kerjakan. Ada beberapa biji durian yang kami bawa balik untuk dibagi kepada Ibu di rumah merasanya.

Durian sudah mari!!!

Hafez sedang memilih baka durian yang paling power di Kalumpang.

Masa untuk menikmati keenakan buah durian.

Isteriku memegang durian yang paling terbaik di Kalumpang.

Inilah durian-durian terpilih - terbaik di antara yang terbaik.

Sabriena seronok dapat makan durian yang enak.

Nyomp nyomp nyomp.

Sama-sama makan durian sambil menikmati pemandangan yang indah.

"Jom kita bedal semua durian kat atas meja ni".

Abang Wahab masih tekun makan durian.

Memilih durian dengan isi yang paling tebal dan lemak.

Anak-beranak penggemar durian.

Akhirnya tengah hari pun menjelang. Waktu tu kami semua dah siap berkemas untuk pulang. Kami dijemput untuk makan tengah hari dulu sebelum pulang. Jadi kami pun makanlah juadah masakan melayu kampung yang sangat enak. Lauknya ialah ikan-ikan yang kami pancing malam semalam. Ikan-ikan itu semua digoreng garing, cukup asam garam dan kunyitnya. Memang sangat sedap. Tak terasa hanyir langsung. Ikan segar yang digoreng memang laris pada tengah hari itu. Enak bukan kepalang!

Selesai makan, kami minta diri untuk pulang. Bersalam-salaman dengan semua ahli keluarga. Kami juga secara khusus mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Abang Hasni dan Kak Ogie kerana telah melayan kami dengan baik, dan menghidangkan kami dengan makanan dan buah-buahan segar dari pohonnya. Insya Allah kalau tiada aral, kami akan berkunjung lagi ke sini. Tunggulah sehingga tamat musim PKP dan sehingga kita berjaya memerangi dan menangani pandemik covid-19 ini.

T A M A T

Masa untuk makan tengah hari.

Lauk ikan segar yang digoreng memang power.

Adik-beradik makan apa tu?

Berselera sungguh Zarith makan.

Makan ayam ke tu?

Kak Enon dan anak-anak makan tengah hari di satu sudut ruang.

Makan sambil menikmati bunyi air.

Pucuk ubi rebus pembuka selera.

Masakan ala kampung pedalaman.

Kenikmatan makan tengah hari yang tidak terungkap.

Kak Ogie, Ienah, Kak Uda, Abang Hasni dan Abang Zahid makan bersama semeja.

Saksikanlah betapa menyelerakan sekali ikan goreng ini. 

Gulai ikan yang tak kurang hebat dan enak.


Monday, June 7, 2021

Durian Kalumpang: Memancing dalam terang

Bahagian 3

6 Julai 2019 - Malamnya kami tidur nyenyak sebab telah berjaya menaikkan ikan ketika memancing ikan dalam gelap di kolam ikan peliharaan milik Abang Hasni. Aku bagaikan masih tak puas memancing. Kerana memancing di dalam gelap seperti tak dapat 'feel' memancing yang sebenar. Aku memang selalu prefer menjerat ikan pada waktu siang. Barulah nampak apa yang berlaku di air dan lebih mudah untuk mengatur strategi menaikkan ikan. Jadi pada awal-awal pagi lagi aku telah ke kolam ikan peliharaan untuk repeat memancing. Aku ditemani oleh isteriku yang juga kaki pancing, anak saudara kami, Huda dan cucu-cucu saudara kami, Hani dan Qalif.

Isteriku mengajar anak buahnya cara-cara mengendalikan joran dan kekili.

Huda sedang bertarung dengan ikan.

Akhirnya seekor ikan tilapia berjaya dinaikkan.

Berasa bangga dengan pencapaian ini.

Ikan tilapia seberat 10 kilogram. Wow! Hehehe...

Qalif dapat ikan tilapia kecil.

Bukan main seronok dia.

Teruja tidak terkata.

Ikan ini dilepaskan semula ke dalam air.

Hani juga tak mahu kalah.

Seekor tilapia berjaya dinaikkan.

Aku pula berjaya mendaratkan seekor ikan jelawat.

Tak sangka ada ikan jelawat di sini. Ikan ini terlalu kecil dan perlu dilepaskan semula ke air.

Isteriku pula mendaratkan seekor tilapia gadang.

Goreng pun sodap!!

Hani menaikkan seekor baung pula. Ikan ini juga kami lepaskan semula ke air.

Yang nampak gayanya sangat bersemangat memancing denganku ialah Qalif. Macam-macam Qalif tanya aku tentang aktiviti memancing ini. Tentang macam mana nak tau ikan dah makan umpan. Tentang teknik mengarau tali. Menyentap ikan. Jenis-jenis kekili. Jenis-jenis ikatan pancing. Jenis-jenis joran dan umpan. Drag pada kekili. Penggunaan gewang. Mengenal pasti lubuk ikan, dan sebagainya. Semua persoalan yang bermain di minda Qalif aku jawab dengan tenang dan penuh konfiden. Segala ilmu memancing yang aku belajar di universiti overseas dan tempatan telah aku curahkan kepada Qalif. Dan Qalif juga tekun mencatat nota di dalam buku sekolahnya.

Pancingan pagi ini kami amalkan konsep 'catch and release'.  Tetapi ada juga beberapa ekor ikan yang kami bawa naik. Aku secara khusus membawa pulang seekor ikan baung yang agak kasar setelah mendapat kebenaran dari Abang Hasni. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada Abang Hasni.

Bersambung...

Hani dan Qalif bergilir-gilir memegang joran.

Sedang menanti gigitan ikan.

Dua beradik masih sabar menunggu habuan tiba.

Memegang joran dengan style.

Seekor lagi baung berjaya dinaikkan.

Aku juga berjaya menaikkan ikan baung yang agak kasar.

Aku sangat seronok. Ikan ini dipancing menggunakan umpan kulit ayam.

Setelah mendapat kebenaran dari Abang Hasni, ikan ini aku bawa pulang untuk dimasak.

Sabriena juga nak cuba memancing.

Lantas mencapai joran buluh kering.

Tapi ikan masih tak sudi nak jamah umpan.

Sabriena agak kecewa gamaknya.