m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label jusco. Show all posts
Showing posts with label jusco. Show all posts

Friday, July 25, 2014

Shopping baju raya dengan Ustaz Azhar Idrus

27 Julai 2014 - Kami ke AEON Jusco kat Setiawangsa semalam. Tujuannya nak beli baju raya untuk wife dan anak-anak. Beli baju raya aku sekalilah. Cari punya cari, dapatlah baju kurung sedondon anak beranak. Dan kami jugak ada beli baju kain pelikat untuk satu keluarga. Nanti bolehlah kami berboria masa balik kampung nanti. Lepas tu cari t-shirt collar pulak untuk Syahmie dan Amier. 

Sewaktu nak memilih baju dan mencuba pakai, tetiba Syahmie panggil aku, "Papa, nengok sana tu". Aku pun tolehlah ke arah tempat yang ditunjukkan Syahmie. Ternampak kelibat seorang lelaki yang wajahnya iras-iras Ustaz Azhar Idrus. Lalu aku buat kajian, betul ke tu Ustaz Azhar, atau pun sekadar pelanduk dua serupa? Bila aku amat-amati mata, hidung serta especially janggut dia, maka confirm-lah yang itu adalah memang Ustaz Azhar Idrus yang popular tu. Lalu sambil mendukung Sabriena, aku pun melangkah laju menghala ke arah Ustaz Azhar yang berada kira-kira 25 meter dari aku. Tanpa segan silu aku terus menegur beliau, bersalaman dan bergambar dengannya. Dia tengah cari baju budak sebelum berangkat pulang ke Terengganu. Selepas bergambar dan bersapa ringkas, kami terus beredar dari situ. Itulah first time aku jumpa Ustaz Azhar secara live telecast. Selama ni cuma dengar kuliah dia melalui VCD dan YouTube aje.

Semasa di Jusco jugak aku terjumpa kawan-kawan lama aku yang dulu pernah kerja sepejabat dengan aku di Setiawangsa. Mereka adalah pasangan suami isteri Mail dan Yati. Sempat bersembang ringkas dan bertukar-tukar nombor telefon sebelum kami berpisah. Seronok betul malam semalam walaupun dalam suasana yang agak memenatkan.

Bergambar dengan seorang tokoh agama - Ustaz Azhar Idrus.

Sunday, November 3, 2013

Bersemuka dengan dinosaur ganas di Setiawangsa

1 Jun 2013 - Bermula dengan Amier mendapat dua keping tiket free dari sekolah untuk menengok dinosaur ganas secara live. Amier sangat teruja bila mendapat tiket masuk percuma ini. Kali pertama Amier bersemuka dengan dinosaur ialah beberapa tahun dulu. Amier lebih kecil dan berasa sangat takut melihat kelibat apatosaurus yang tingginya hampir menyamai tiga tingkat bangunan. Menangis-nangis Amier waktu tu. Kali ni Amier lebih bersedia. Kalau dinosaur besar tu datang menyergahnya lagi, Amier akan hambat dengan penyapu lidi, tanpa gentar.

Tiket masuk percuma yang diperolehi di sekolah.
Aku dan isteri pun mengaturlah satu tarikh pertemuan berpandukan kepada tiket yang Amier perolehi tadi. Bila tiba tarikhnya, kami sekeluarga pun pergilah ke Jusco Setiawangsa untuk berkonfrantasi dengan makhluk gadang ganas itu. Kami siap bawak segala macam kelengkapan bagi menentang dinosaur yang kami jangka akan mengamuk bila kami tiba nanti. Sesampainya di Jusco, kami mengitari sekeliling bangunan Jusco untuk mencari port dinosaur itu bermukim. Pusing punya pusing akhirnya kami ketemu dengan lokasi yang kami cari-cari - cuma di satu pojok sudut terpencil yang tidak gah langsung. Walaupun kami cuma ada satu tiket sahaja, tapi penjaga pintu membenarkan kami semua masuk secara percuma. Dan memang pun mereka patut membenarkan kami pergi lihat dinosaur-dinosaur itu tanpa sebarang bayaran, kerana dinosaur yang dipamerkan tidak lebih besar dari seekor tikus!!! Arghhh!!! Memang anti-klimaks betullah. Tak apalah. Yang penting Amier nampak gayanya berpuas hati kerana dia telah dapat menguasai rasa takutnya apabila bertembung dengan haiwan-haiwan purba itu.

Dinosaur velociraptor tu nampaknya macam takut sungguh bila melihat riak wajah Amier yang ganas.

Thursday, August 18, 2011

Jusco yang hilang

Sabtu lepas kami ke Jaya Jusco Keramat. Kami sebenarnya sangat letih tengahari tu. Aku letih sebab paginya main ping pong macam orang tak puasa. Wife aku, Wanie, semuanya letih pasal terpaksa redah tengah panas nak keluar rumah. Yang nampak tak letih cuma Amier sorang je. Itu pun pasal dia tak posa. Kami ke Jusco nak cari baju raya untuk anak-anak. Memanglah tak larat dan rasa malas dan lemah nak ke kedai. Tapi kalau tak keluar sekarang, nak keluar masa bila lagi?

Aku buatlah muka ceria, bagi perangsang kat Wanie yang sepanjang waktu monyok aje kat kedai baju. Amier pulak lari ke hulu ke hilir pasal seronok berada kat ruang yang luas. Settle soal baju Syahmie (walaupun dia tak ikut sekali), baju Wanie dan baju Amier.

Untuk ambil hati budak-budak, wife aku bawaklah mereka main kat game arcade. Memang Amier dan Wanie happy naik kereta mainan. Lepas tu kami ke tempat game tembak-tembak pulak. Masing-masing nak cuba menembak orang jahat dalam screen tu. Tiba-tiba wife aku terperasan Amier dah hilang dari pandangan. Panic kejap semua orang. Kelam kabut kami mencari Amier. Orang dah lah ramai bukan kepalang. "Kau, kau, kau, cari kat sana. Kau, kau cari sebelah situ. Yang lain ikut aku", aku memberikan arahan kepada orang-orang kampung. Akhirnya kami jumpa Amier tengah duduk selambanya dalam satu kereta mainan sambil pegang steering. Kami marah Amier pasal menghilang tanpa memberi tahu kami. Berkali-kali Amier aku cubit pasal marah. Tapi sebenarnya bukan Amier yang aku marahkan sangat. Aku marahkan diri sendiri kerana cuai menjaga anak. Syukur, semua berakhir selamat. Kengkawan dan sedara-mara semua, ingatlah diri bila bawa anak kat kawasan orang ramai.

Memilih baju raya. Wanie dari tadi mood kacau. Mukanya terkadang monyok, terkadang bengis.

Amier cukup suka berlari-lari di celah-celah pakaian tergantung.

Lepas main kat kereta mainan ni barulah muka Wanie lebih ceria.

Amier tengah buat drift.