m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label hair. Show all posts
Showing posts with label hair. Show all posts

Wednesday, March 7, 2018

Aku dah botak! Aku dah botak!

21 Januari 2018 - Rambut Amier dah panjang. Tapi taklah sepanjang rambut guitarist rock Man Kidal. Tak jugak sepanjang rambut penyanyi sensasi Anuar Zain. Malah tak sepanjang rambut Haqiem Rusli pun. Tapi Amier dah mula berasa rimas. Rambutnya yang pendek itu dirasakan sangat panjang dan bagai telah melanggar undang-undang sekolah. Lalu Amier membuat keputusan untuk mengajakku pergi ke kedai gunting rambut untuk mencantas rambutnya itu.

Dulu-dulu aku dah pernah suruh Amier botakkan aje kepala dia macam kepala aku. Tapi Amier tak nak. Paling botak pun yang dia boleh pergi setakat pakai mesin potong rambut dengan setting nombor 2. Maknanya setiap helai rambut akan menjadi sepanjang 1 cm sahaja. Tapi kali ini Amier sendiri yang mintak kepalanya dibotakkan. Bukan cukur sampai botak. Tapi pakai mesin rambut jugak pada setting nombor 1. Setiap rambut akan jadi sepanjang kira-kira 1/4 cm (style akulah tu). 

Amier ada masalah kulit kepala sikit. Kalau kepalanya botak, senanglah nak rawat penyakit kulitnya tu. Amier setuju. Dari saat itu, rambut Amier akan selalu dipotong super pendek setiap kali kami ke kedai gunting rambut. Dan setiap kali itu jugaklah, Sabriena akan cakap "Abang Amier botak hairrrr!" sambil tersengih-sengih.

The botak hair boy.

Saturday, January 18, 2014

Amier gondolkan rambut

7 Disember 2013 - Buka sekolah lambat lagi sebenarnya. Tapi aku dah bawak Amier ke kedai gunting untuk dipendekkan rambutnya. Amier seboleh mungkin memang tak mahu kepalanya digondolkan. Tapi kami bersungguh-sungguh mahu dia berambut gondol atau hampir botak supaya kerak kelemumur pada rambutnya boleh dihilangkan apabila kepalanya dicuci dan disyampu. Akhirnya Amier mengalah dengan kami. Dia membiarkan tukang gunting rambut memesin kepalanya sampai agak gondol. Aku rasa Amier lebih kelihatan kemas dengan rambut fesyen barunya. Dan kesempatan Amier berkepala gondol ni aku gunakan untuk menyuruhnya kerap syampu rambut agar kepalanya bersih.

Sebelum siap dipotong rambutnya.
Baru-baru ni aku nak suruh Amier botakkan kepalanya lagi. Tapi dia tak mahu. Rambut pendek dia boleh terima. Tapi kepala gondol memang dia tak nak. Tak hensem bagi Amier, kot. Minggu depan rambutnya semakin memanjang dan aku terpaksa bawak Amier ke kedai gunting rambut lagi. Tak taulah style macam mana yang nak aku ketengahkan.

Selepas digunting.  Amier kelihatan lebih kemas penampilannya.

Monday, June 11, 2012

Time untuk potong...

Cuti sekolah dua minggu rasa macam kejap aje. Tapi sudah cukup lama untuk anak-anak menyimpan rambut menjadi panjang macam rocker stars. Jadi, pada hari Sabtu lepas, aku bawaklah Syahmie dan Amier ke kedai gunting rambut berdekatan. Mau kasi potong itu rambut yang dah mula nak menutup tengkuk. Macam biasa, Syahmie cool aje bila rambutnya dipotong pendek. Sebab Syahmie ni ala-ala belia sikit. Ikut undang-undang dan sangat berdisiplin. Amier pulak, sungguh-sungguh dia tak nak kepalanya dibotakkan. Dulu pernah kena botak beberapa kali. Kengkawan dia kat tadika ketawakan dia. Sekarang ni memang dia tak akan nak botak punya. Tapi kepala Amier lebih senang nak maintain kalau botak, pasal kulit kepalanya senang berkerak macam kelemumur.

Rambut Syahmie sebelum digunting.
Belakang slope, tepi nipis, atas pendek.
Selain Syahmie dan Amier, aku pun tumpang sekakilah potong rambut jugak. Macam biasa, aku akan mintak tukang gunting kasi mesin aku punya kepala, dan bagi trim aku punya misai dan janggut sikit. Jumlah bayaran servis gunting rambut untuk tiga beranak ialah RM30. Boleh tahan jugak harganya. Tak apalah, janji kami semua dah senang hati. Horey!

Amier kalau berambut panjang, muka dia nampak bulat macam bola.
Melentok-lentok leher Amier ketika rambutnya digunting. Pening kepala si penggunting rambut.

Tuesday, July 26, 2011

Mencantas lalang di kepala

Ahad lalu aku tiga beranak pergi kedai gunting rambut untuk menogelkan kepala kami. Aku memang agak malas nak sikat rambut. Jadi dengan berkepala botak maka lebih selesalah rasanya. Syahmie pulak rambutnya taklah panjang sangat. Cuma nak bagi lebih kemas aje sempena nak nyambut bulan puasa ni. Amier pulak kepalanya macam berkerak sikit. Macam ada kelemumur. Kena bagi botak biar lebih senang nak merawat masalah kulit kepalanya.

Mula-mula Amier dulu yang dipotong rambutnya. Sejurus tukang gunting memesin rambut Amier hingga botak, Amier pun terus memegang kepalanya. Dalam hati berkata, "Oh tidak!!! Kepalaku. Rambutku!!" Berkali-kali kepalanya dipegang dan digosok-gosok. Mungkin perasaannya berbaur antara sedih, kesal dan malu. Syahmie dan aku pulak cukup gembira dengan perubahan style rambut kami. Kami tak mengeluh, mau pun merungut.

Hari Isnin apabila Amier ke sekolah tadikanya, dia merasa malu. Kawan-kawan ada yang mentertawakannya. Seorang cikgu yang perasan Amier kerap menutup kepalanya dengan tangan lalu memanggilnya. Kata cikgu tu Amier kelihatan lebih hensem berkepala botak. Kata-kata itu memberi Amier sedikit konfiden dan peransang. Bak kata kawan karibku Hj Noris, "Dalam kotak ada asam, walaupun botak tetapi hensam".

Amier menahan asakan mesin potong rambut yang terus menerus mencantas rambutnya.

Syahmie merelakan rambutnya dipotong tanpa ragu-ragu.

Aku gembira.

Syahmie pun gembira.

Amier turut gembira, tetapi dalam keterpaksaan.