m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, April 12, 2015

Pelancaran latihan Bangsawan Kota Lukut: Alu-aluan dan perasmian

Bahagian 1

5 April 2015"Kota Lukut ialah sebuah kota di Lukut, Negeri Sembilan yang dibina oleh Raja Jumaat ibni Raja Jaafar pada 1847 ketika pemerintahan Sultan Selangor yang ketiga iaitu Sultan Muhammad Shah (1826-1857). Kota ini terletak di atas bukit yang dinamakan Bukit Gajah Mati atau disebut juga sebagai Bukit Raja, ketika itu dalam pemerintahan Selangor. Kota yang berbentuk segi empat bujur yang berukuran lebih kurang 200 meter panjang dan 170 meter lebar ini dikelilingi parit yang dipasang dengan ranjau yang mempunyai kedalaman di antara tiga hingga lima meter dalam. Dari atas kota, boleh dilihat pemandangan Sungai Lukut, Selat Melaka dan kawasan sekitarnya" - Petikan dari Wikipedia.

Itu muqaddimahnya saja. Dan itulah baru pertama kali aku nak berkenal-kenalan dengan Kota Lukut, yang namanya mungkin pernah aku dengar sebelum ini. Tapi wajah dan sejarahnya langsung aku tak pernah tau. Berkaitan dengan subjek Kota Lukut ini, Pertubuhan Teater Hidayah, serta anjuran dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan DBKL akan mempersembahkan satu persembahan teater berjudul Bangsawan Kota Lukut di Auditorium DBKL Jalan Raja Laut pada 12, 13 dan 14 Jun 2015 jam 8.30 malam. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ini adalah bersempena dengan program Semarak Bangsawan 2015. Ingat tarikh ni okay? Catat dalam handphone, dalam diari, atas kalendar. Sama-sama kita tonton teater sejarah ini.

Poster awal Bangsawan Kota Lukut. Sekarang design-nya dah berubah.
Abang Kamarul AR selaku penulis skrip dan pengarah teater ini sedang memberikan sepatah dua kata.
Subjeknya sangat serius dan terperinci.
Halim Zainal di samping Mardiana Alwi.
En Amran Nasrudin, Mubarak Majid dan Abang Brahim turut hadir.
Abang Brahim dan Mubarak Majid.
Azri Iskandar antara tetamu yang hadir.
Pada tarikh ini, pelancaran latihan teater Bangsawan Kota Lukut telah diadakan di Peninsula Residence All Suite Hotel, Jalan Semantan. Kami telah dijemput oleh Abang Kamarul AR dan Yusry. Majlis bermula jam 2 petang. Jam 3 lebih baru kami sampai, sebab kena hantar Wanie balik asrama dulu. Masa kami sampai, Abang Kamarul AR selaku pengarah dan penulis skrip tengah memberikan sedikit kata-kata penjelasan mengenai Bangsawan Kota Lukut yang bakal dipersembahkan kepada umum pada bulan Jun nanti. Untuk tidak mengganggu majlis, kami terus ambil tempat duduk. Dan aku terus mencapai kamera lantas mengambil gambar-gambar hadirin dan hadirat yang ada di ruang kecil di situ.

Hulubalang-hulubalang Melayu yang gah dengan busana tradisional mereka.
Lagi hulubalang dan Datuk Panglima.
Melayan handphone sebelum mempersembahkan bunga-bunga silat.
Ricky dan lain-lain.
Lain-lain dengan Ricky.
Pada hari ini, beberapa agenda penting telah diadakan. Selain memberikan sedikit maklumat mengenai Bangsawan Kota Lukut ini, turut diperkenalkan sebahagian pelakon yang bakal memegang watak di dalam persembahan ini. Dan sessi membaca skrip turut diadakan bagi memberi sedikit kefahaman mengenai teater yang akan dilakonkan ini. Dan sudah tentu, secara tak langsungnya, adalah untuk berjumpa dengan penggiat-penggiat teater tanah air, khususnya Pertubuhan Teater Hidayah, sambil makan-makan dan minum-minum.

Roslan Muhammad melambai-lambai kepada peminat-peminatnya yang beribu-ribu banyaknya.
Abang Kamarul AR sedang menutup kata.
Aku cukup suka ambil gambar Dean Sitara ketika bercakap, kerana beliau sangat ekspresif.
En Amran Nasrudin merasmikan pelancaran latihan  Bangsawan Kota Lukut.
Sabriena dan Amier sedang enak menjamu selera.
Para panglima dari Persatuan Armada Malaiu Malaysia.
Sangat segak dengan busana panglima Melayu.
Hulubalang-hulubalang Melayu.
Peragawan 1.
Peragawan 2 - Lang Indah.
Peragawan 3.
Majlis yang telah dipengacarakan oleh Dean Sitara ini berjalan sangat lancar. Pegawai Kebudayaan, Bahagian Pengembangan Pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Kesenian Malaysia, En Amran Nasrudin telah merasmikan pelancaran ini dengan menandatangani poster teater ini. Setelah pelancaran dilaksanakan, Persatuan Armada Malaiu Malaysia telah dijemput tampil ke hadapan bagi memperagakan busana tradisional Melayu serta persembahan silat yang sangat-sangat mengujakan aku, dan setiap hadirin yang ada di situ. Bagaikan panglima-panglima Melayu dari era kegemilangan kerajaan Melayu sebelum kedatangan penjajah. Teringat aku kat zaman datuk moyang aku dulu. Macam ginilah agaknya mereka.

Bersambung...


Persembahan silat oleh Persatuan Armada Malaiu Malaysia.
Bersiap siaga menanti musuh menyerang.
Tetapi musuh tak jugak datang menyerang, pasal mereka kecut perut melihat bunga silat yang menggerunkan ini.
Duduk panglima.
Sila panglima.
Membuka jurus baru.
Bunga silat berkembang lagi.
Segala-galanya dengan izin dari Yang Maha Kuasa.
Memasang kekuda.
Satu tumbukan padu bakal dilepaskan.

No comments:

Post a Comment