m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label hall. Show all posts
Showing posts with label hall. Show all posts

Tuesday, April 7, 2020

Orang bersukan, kita menjual - Sabun Rose-Champaqa

7 Mac 2020 - Tadika yang diusahakan oleh kakak iparku, Kak Fatimah serta teman-temannya - Kidz Cabin, telah mengadakan hari sukan untuk pelajar-pelajarnya. Acara sukaneka itu telah dibuat di Dewan Serbaguna Ampang Jaya yang letaknya tak begitu jauh dari rumahku. Kami telah diberi peluang untuk membuka booth perniagaan pada hari tersebut. Kami jadi bersemangat untuk menjual produk yang memang selalu kami uar-uarkan di media sosial - sabun Rose-Champaqa keluaran Inas Global serta Susu Pisang Nilofa.

Sabriena dengan bunting Susu Pisang Nilofa.

Satu pouch cuma RM4.90 sahaja.

Sabriena dengan booth Sabun Rose-Champaqa pula.

Sabriena membantu aku pada hari tersebut.

Kali ni cuma aku dan Sabriena saja yang pergi ke dewan untuk berniaga. Isteriku duduk di rumah. Aku memasang booth pasang siap Sabun Rose-Champaqa dengan penuh kepayahan. Terkial-kial aku nak mendirikan booth itu. Akhirnya anak saudara kami, Atika datang membantu. Settle. Dan aku pun mulalah menyusun barang-barang jualan seperti sabun, fabric softener, air freshener, fabric spray dan floor cleaner di atas booth tadi. Okay! Semua siap tersusun rapi. Susu Pisang Nilofa aku letakkan di atas meja. Bunting kedua-dua produk itu aku pancangkan menghadap laluan orang ramai.

Kali ini aku tak berteriak "Mari mari mari! Produk hebat! Produk bagus! Mari beli!" Tidak seperti selalu. Aku cuma duduk diam. Mind my own business. Tapi seorang demi seorang pelanggan datang membeli produk, baik sabun, mahupun susu pisang. Boleh tahan juga jualan kali ini. Susu Pisang Nilofa laris terjual semuanya. Aku bawa pun tak banyak sebenarnya. Dan pembeli-pembeli sabun pula merupakan mereka yang kenal dan pernah menggunakannya sebelum ini. Aku berterima kasih kepada semua yang sudi membeli produk yang kami jual ini. Dan jutaan terima kasih kepada pihak Kidz Cabin, khususnya Kak Fatimah yang telah membuka jalan untuk kami berniaga di sini.

Anak-anak saudara kami - Atika dan Intan.

Mereka berniaga maruku, biskut, aiskerim Malaysia dan tudung.


Saturday, June 4, 2016

Badminton Famili 2016: Berakhir dengan keceriaan

Bahagian 3 (Akhir)

Sebegitu banyak hadiah yang telah dihamburkan kepada para peserta. Malah lebihan hadiah yang ada telah turut diagih-agihkan kepada jiran-jiran tetangga yang duduk berdekatan dengan dewan serbaguna badminton tu. Malah orang ramai yang lalu-lalang dengan berjalan kaki atau dengan menaiki kenderaan turut telah diberikan hadiah-hadiah yang lumayan itu. Bukan kami saja yang ceria. Orang di sekeliling kami juga turut terasa bahang keceriaannya.

Syafiq menjadi juara edisi kali ini. Dan abah yang memberi hadiah buat anak bertuah ini.
Cabutan bertuah dimenangi oleh Kak Shidah.
Ada lagi pemenang cabutan bertuah.
Pertandingan Abang Sado sedang dijalankan ketika ini.
Pengadil serba salah dan susah nak buat keputusan.
Okay lah. Pertandingan Abang Sado ini dikira tiada pemenanglah.
Mak Long menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Hadiah mak kepada anak.
Begitulah kesudahan Kejohanan Badminton Keluarga 2016 yang telah berlangsung awal tahun ini. Next tournament adalah pada hujung tahun ini ataupun pada tahun hadapan. Formatnya juga mungkin akan berubah lagi. Nantilah, biar aku fikirkan. Kepada semua ahli keluarga dan teman-teman yang hadir menjayakan kejohanan ini, saya bagi pihak penganjur ingin menyusun jari sepuluh, menadah tangan, untuk mendapat duit raya. He he he... Maksud saya menyusun jari sepuluh memohon maaf di atas sebarang kekurangan seperti kurang bernasib baik, kurang oksigen, kurang mencabar atau kurang asam. Dan jutaan terima kasih kepada semua yang sponsor hadiah. Billionan penghargaan kepada semua yang terlibat. Kalau lebih khusus lagi 2.6 billion penghargaan buat seluruh ahli keluarga, yang hadir pada malam itu, mahu pun yang memberikan sokongan dari jarak jauh.

Apa-apa pun, majulah sukan untuk keluarga...

TAMMAT

Zuan sangat happy pasal dapat hadiah Kategori Senyuman Paling Menawan.
Abang Zahid pulak yang menerima hadiah lumayan.
Hadiah ni lagi hebat.
Kak Shidah menang lagi.
Group photo yang sangat bermakna.
Sebahagian besar yang telah hadir pada kejohanan malam itu.
Semua orang jelas berasa heppi.
Panoramic view yang ohsem!!!

Thursday, June 2, 2016

Badminton Famili 2016: Banyaknya hadiah

Bahagian 2

Tournament badminton edisi kali ini memang agak pelik. Dan para pesertanya juga sangat ramai. Malah game-game yang perlu disempurnakan juga sangat banyak. Maka masing-masing tak bolehlah main badminton sambil bersantai-santai. Habis satu game, terus masuk bergu yang lain pulak. Non-stop! Dan para player tak boleh dengan sengaja melengah-lengahkan perlawanan. Dapat aje shuttle, kena terus servis. Memang sangat terkejar-kejar.

Mr Rafi, our friend.
Para pemenang di-interview oleh isteriku.
Syafiq tak sangka beliau boleh menjadi juara. Beliau hampir pengsan bila diumumkan sebagai pemenang.
Zila menceritakan rahsia kemenangannya adalah kerana beliau telah mengadakan latihan bertubi-tubi dan mendapat tunjuk ajar dari Datuk Misbun Sidek.
Akhirnya, setelah kira-kira 18 jam bertarung, tamatlah sudah  kejohanan badminton kali ini. Para juri bertauliah pun membuat pengiraan mata. Satu per satu. Dan kesimpulan dari semua ini, maka telah terpilihlah pemenangnya berdasarkan perolehan mata yang paling tinggi. Nama-nama pemenang turut dipampangkan di dada-dada akhbar aliran perdana. 

Tempat pertama jatuh kepada Syafiq. Diikuti oleh Zila dan tempat ketiga adalah... tak ingatlah pulak aku. Kalau tak silap, Taufiq kot? Atau pun Zuan. Tak kisah lah. Janji ada pemenang, dan ada hadiah. Tak tamat di situ saja. Ada pulak hadiah tempat kelima, sampailah kesepuluh. Dan seterusnya ada pemenang cabutan bertuah, dan hadiah khas juri. Bersepah-sepah hadiah untuk diagih-agihkan. Punyalah banyak hadiah, sampaikan kami terpaksa membuat berbagai lagi kategori untuk pemenang, seperti: Pemain dengan kereta paling bersih, Pemain yang paling kurang pukul tangkis, Pak Guard paling sporting, dan Pemain dengan gigi yang paling banyak. Boleh dikatakan hampir setiap pemain memperolehi sekurang-kurangnya satu hadiah. Semua pemain happy pasal tiada yang pulang dengan tangan kosong.

Bersambung...

Kak Shidah dengan hadiah saguhati.
Sri mendapat hadiah Kategori Pemukul Tangkis Paling Santun.
Kak Esah menang hadiah Kategori Pemain Paling Pandai Memasak.
Huda dengan hadiah Kategori Pemain Paling Terkejut.
Siti dengan hadiah Kategori Pemain Paling Rock dan Sempoi.
Isteriku dengan hadiah Kategori Pemain Paling Happening.
Yang ni hadiah apa pun aku dah tak ingat.
Hadiah Kategori Sesaja kot?
Hadiah Kategori Sesaja Part 2.
Hadiah Kategori Bapak Kepada Anak.
Tak nak ketinggalan, aku turut menyampaikan pelbagai kategori hadiah.
Hadiah Si Baju Hitam.
Hadiah Tayang Bisep.
Hadiah Khas Untuk Taufiq.
Hadiah Naib Johan.
And finally.... Hadiah Juara 2016!

Badminton Famili 2016: Pertandingan yang pelik

Bahagian 1

18 Februari 2016 - Hampir setiap tahun kami buat pertandingan badminton keluarga. Kami bukan pemain handalan. Chong Wei dan Lin Dan memang tak mampu kami kalahkan. Tapi tujuan pertandingan ini adalah untuk berkumpul bersama-sama sambil memupuk semangat kesukanan untuk kesihatan badan. 

Tetapi pertandingan badminton kali ini agak pelik sedikit. Formatnya aku ambil dari satu kaedah bertanding tenis yang pernah diamalkan oleh penggiat sukan tenis. Pemenang tak dinilai berdasarkan prestasi bergu. Tetapi dinilai berdasarkan prestasi individu. Individu yang paling banyak dapat kutip mata, dialah yang dikira pemenangnya. Pemain kena bertukar-tukar pasangan mengikut undi. Kalau dapat partner yang terer main, kira beruntunglah. Kalau dapat yang 'tangan bangku' kira nasib malanglah. Siapa lawan dengan siapa pun akan diundi jugak. Kalau kebetulan lawan dengan bergu yang lemah, kira nasib baiklah. Kalau kena pulak lawan dengan bergu yang kuat, ucap selamat jalan ajelah.

Para petugas dan panel penilai sedang merumuskan satu solusi untuk format game kali ini.
Pening kepala masing-masing memikirkan strategi memperoleh kemenangan.
Faiisal dan Syafiq sedang beraksi menentang Cheng Long dan Cheng Short.
Mak Long salah seorang yang sponsor hadiah kemenangan.
Ardy sebenarnya adalah salah seorang robot Transformer yang sedang bertukar menjadi manusia.
Kak Long dan Zila.
Pertandingan diadakan di Dewan Ampang Jaya, tempat kami selalu main badminton pada malam hari Rabu. Pertandingan ini berjaya mengumpulkan sejumlah  kira-kira dua puluh lebih pemain. Dan yang datang menonton di kalangan keluarga sangatlah ramai hingga tak terkira. Ramai jugak ahli keluarga yang tak keberatan untuk menaja hadiah berupa makanan dan lain-lain, serta ada jugak yang menyediakan makanan dan minuman untuk pertandingan ini. Semoga semakin murah dan berkat rezeki kalian. Amin.

Perbincangan yang serius masalah kekalahan Team Malaysia kepada Denmark dalam kejohanan Piala Thomas baru-baru ini.
Gandingan mak saudara dan anak buah.
Abby ditugaskan sebagai penjaga net di sepanjang kejohanan ini.
Fai dan Hafez. Hafez menggunakan reket yang lebih besar untuk memastikan pukulannya mengena.
Taufiq sedang menikmati mi goreng berperisa tonik Red Bull untuk menambahkan stamina.
Empat orang sepupu berganding.
Ika dan anak saudara yang comel.
Dalam undian yang pertama, aku partner dengan Huda menentang Abang Zai yang partner dengan Kak Shidah. Tak lah terlalu sukar untuk menumpaskan team ini. Namun Abang Zai dan Kak Shidah tetap telah mempamerkan persembahan yang bertenaga. Game kedua, aku kena lawan wife aku. Alamak! Aku terus tarik diri dan serahkan reket kepada Hafez yang sakit kaki untuk menggantikan tempatku. Walaupun sakit kaki, Hafez masih boleh bermain baik. Kalau ada pertarungan yang berat sebelah, aku suruh team yang kuat tu supaya pegang reket pakai tangan kiri. Itu yang asyik miss aje bila nak memukul tangkis. Pertandingan ni agak haru biru jugak jadinya, pasal ramai yang masih tak faham format yang pelik ini.

Bersambung...

Hidayat turun ke gelanggang pada malam ini untuk mencuba meraih gelaran juara.
Syafiq - urusetia pentadbir yang paling sibuk di planet ini.
Kak Long dengan hadiah yang menjadi rebutan semua pemain.
Abang Zai melihat bihun goreng dengan satu tanda tanya.
Persoalannya, siapakah yang telah menggoreng bihun ini?
Nasib baik kami tak buat bising. Kami cuma buat 'hingar' aje!
Teman badminton, Rafi bersama Mr Baby Boy.