Bahagian 3 (Akhir)
Teater Bangsawan Kota Lukut
Karya dan Arahan : Kamarul AR
Tarikh: 12, 13 & 14 Jun 2015 (8.30 malam)
Tempat: Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut
Pelakon: Dato' Jalaludin Hassan, Mubarak Majid, Azri Iskandar, Lan Zailan, Mardiana Alwi, Farrd Fathul, Roslan Muhammad, Nor Hayati Khalid, dan lain-lain
|
Para pelakon dan krew bergambar beramai-ramai. |
|
Penampilan khas oleh Dato' Jalaludin Hassan dan Mubarak Majid. |
|
Pengarah Abang Kamarul AR dan En Amran Nasrudin. |
|
Farrd Fathul, Mardiana Alwi, Dato' Jalaludin Hassan dan Mubarak Majid. |
|
Dean Sitara melaungkan bicara semangatnya dari belakang barisan. "Ayuh kita!" |
|
"Kami bakal menemui anda pada bulan Jun nanti!" begitulah kata-kata mereka. |
|
Pendukung teater Bangsawan Kota Lukut. |
|
Masing-masing bersemangat untuk menjayakan program dan pementasan ini. |
|
Tak sabar menanti tarikh keramat pada bulan enam tahun ini. |
Setelah para
pelakon utama diperkenalkan kepada hadirin, sessi bergambar beramai-ramai pun berlangsung. Pelakon utama, pelakon extra, crew technical, pesilat, grup teater Hidayah, pelayan hotel, tukang masak di dapur, penjaga kaunter hotel, tetamu hotel di bilik-bilik, pekerja projek MRT di luar hotel, semuanya bergabung untuk bergambar bersama-sama. Lagi ramai lagi meriah. Klik sana. Klik sini. Berjuta-juta gambar diambil sampai habis penuh memory card kat kamera. Barulah habis sessi bergambar pada petang tu.
Dan aku yang agak lapar, tanpa segan silu terus aje menerpa ke arah makanan yang masih banyak terhidang di atas meja. Kalau tadi aku sekadar menjamah kuih-muih, kini aku terus mencapai nasi goreng, lauk ayam, kambing golek, rusa panggang, kerbau goreng, seladang salai. Pergh! Kali ni barulah aku layan makan betul-betul. Sampai perutku kenyang. Sangat kenyang.
|
Makanan masih banyak. Aku tak sabar nak makan. |
|
Orang-orang lama dalam Pertubuhan Teater Hidayah. Isteriku salah seorang dari mereka. |
|
Bergabung kembali setelah sekian lama mengikut haluan masing-masing. |
|
Seronoknya dapat berjumpa teman-teman lama. |
|
Isteriku pun lapar. Jom kita makan! |
|
Nampak enak sungguh makanan ini. |
|
Fieza bagaikan tergamam bila bertentang mata dengan Dato' hero seMalaya. |
|
Dato' Jalaludin Hassan dan Fieza. |
|
Sessi membaca skrip bermula. |
Acara terakhir pada petang itu adalah sessi membaca skrip. Para pelakon berkumpul di meja panjang. Membuka naskhah skirp, dan membacanya. Dah lama aku tak tengok aktiviti yang macam ni. Masa aku kecil-kecil dulu memang selalu anak-anak murid ayah aku datang ke rumah membaca skrip di ruang tamu. Aku sendiri pun dah lama sangat tak buat perkara yang sama. Dato' Jalaludin Hassan nampak gayanya terpaksa meninggalkan majlis lebih awal kerana ada urusan lain. Tak lama lepas tu kami sendiri pun meminta izin untuk turut pulang. Kalau tak salah aku, majlis ditutup dengan nyanyian akustika oleh Rosman Mohd Nor. Dan sessi latihan selanjutnya akan diadakan dari semasa ke semasa. Kalau ada kesempatan, aku akan kisahkan kepada kalian.
Apa-apa pun, marilah kita tonton pementasan ini bila waktunya tiba nanti.
TAMAT.
|
Masing-masing membuka halaman naskhah. |
|
Pembacaan skrip berjalan lancar. |
|
Terdengar juga nyanyian merdu oleh para pelakon. |
|
Serius. Tumpuan penuh diberikan. |
|
Sabriena layan nasi goreng. |
|
Dato' Jalaludin Hassan bergambar dengan para bangsawan sebelum berangkat pulang. |
|
Keris panjang digenggam kemas tanda semangat juang yang tinggi. |
|
Okay, last shot untuk petang ni. |
|
Bersalaman dengan Roslan Muhammad. |
|
Bersama Nor Hayati Khalid. |
|
Kawan lama. Dah lama tak bersua. |
No comments:
Post a Comment