Bahagian 6
Setelah Ika dan tunangnya Rusydi diraikan dengan sebegitu meriah sekali, dan setelah para tetamu
puas menjamu selera, kini tibalah masa untuk meraikan cucunda Alfateh dengan sambutan majlis hari jadi. Masa acara potong kek dan nyanyian lagu Happy Birthday, kami tak ada kat situ pasal ada jemputan ke majlis lain. Tak apalah. Kami telah membuat dan menghias kek untuk Fateh. Penuh kepayahan jugaklah. Maklumlah, belum expert lagi buat decoration kek pakai fondant. Walaupun mengambil masa yang agak lama, tapi kami agak puas hati dengan hasilnya. Tak taulah apa pula pendapat Fateh sendiri.
|
Abang Azman baru nak rasa makan kambing golek. Masa ni kambing dah tak mengembek lagi. |
|
Faiisal dan Syauqi baru nak makan tengah hari round kelima. |
|
Contohilah mereka. Anak-anak muda melakukan perkara berfaedah seperti makan nasi. |
|
Kebetulan mulut Faridz menjadi comot. Lalu ditutup mulutnya denga tangan. |
|
Abang Zai mengumpulkan pinggan kotor lantas disorokkan di sebalik dedaunan yang rimbun. |
|
Kak Timah dan Elin. Elin sedang enak menjamu selera, sedangkan Kak Timah terkenangkan kambing golek yang dah pun habis. |
|
Pian dengan Aqif Danish. |
|
Atok Zahid dengan Baby Falique. |
|
Baby Falique dengan Atok Zahid. |
Sewaktu kami tiba di rumah Kak Long setelah selesai menghadiri satu majlis di Bangsar, majlis untuk meraikan February babies baru nak bermula. Maka antara yang hari jadinya jatuh pada bulan Februari termasuklah Amier, Saleh, Syafiq dan Kak Piah. Sebelum menyanyikan lagu Happy Birthday dan lagu Allah Selamatkan Kamu, sepasang bunga api KLCC dipacakkan ke dalam kek, lantas dinyalakan oleh Abang Haji Khalid. Ketika bunga api mula memercikkan bunga apinya, seluruh penduduk kawasan Kepong bagaikan terpaku melihat kecantikan bunga api yang menyala di siang hari. Orang ramai di sekeliling bagaikan terhenti dari melakukan sebarang kerja kerana melihat keunikan dan keindahan pancaran api berbunga tatkala matahari masih terik memancar. Pihak Jabatan Bomba Kepong turut turun padang dan bersiap siaga untuk memadamkan api sekiranya percikan bunga api itu tempias ke kawasan yang mudah terbakar. Setelah complete 100 letupan bunga api KLCC, semua penduduk Kepong bertepuk sorak, berteriak dengan kuat mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada bayi-bayi bulan Februari.
|
Abang Haji Khalid menyalakan bunga api KLCC yang terpacak di atas kek. |
|
Bunga api menyala, menghamburkan percikan api yang cantik. |
|
Amier agak ragu-ragu untuk mendekati bunga api ini. |
|
Menunggu bunga api terpadam. |
|
Lama betul bunga api ni nak padam. |
|
Masih menanti dengan sabar. Fuh! |
|
Syafiq ajak Amier untuk meniup aje bunga api ni, biar cepat padam. |
|
Dan bunga api pun dah terpadamlah. Errrr... tak puaslah pulak nak nengok bunga api. |
|
Potong kek beramai-ramai - Amier, Syafiq, Saleh dan Kak Piah. |
|
Kek telah selamat dipotong. |
|
Saleh kini nak cincang kek ni pulak. |
Kek hari jadi bulan Februari dihias mengikut tema game komputer Mine Craft - game kegemaran Amier dan Saleh. Fateh sendiri pun nampak gayanya agak teruja dengan kek ini. Kek cokelat ini dipotong-potong oleh mereka yang menyambut hari jadi, lantas diagih-agihkan kepada para hadirin yang masih ada di tempat majlis. Selamat hari jadi untuk semua.
Bersambung...
|
Zila mengajak Fateh memotong kek pulak. |
|
Fateh pun excited nak potong kek. |
|
Zas! Dan kek pun dipotong oleh Fateh. |
|
Fateh nak potong lagi. |
|
Kek birthday Fateh yang kami decorate. |
No comments:
Post a Comment