20 Februari 2015 - Anak saudara kami, Atika telah pun selamat melangsungkan pertunangannya dengan jejaka pilihan hati, Rushdi Ramli kira-kira lebih sebulan lepas. Sebelum majlis bertunang, mestilah ada persiapan yang mantop untuk memastikan majlis pertunangan berjalan lancar. Masing-masing telah diberi tugas untuk disempurnakan sebelum hari pertunangan tiba. Ada yang buat barang hantaran. Ada yang buat pelamin kecil. Ada yang tolong kemas dan hias rumah Kak Long (tempat majlis akan diadakan). Ada yang menguruskan hal-hal bersangkutan dengan makanan. Dan kami, bertanggungjawab menyediakan kek-kek untuk majlis pada esok harinya.
|
Di pentas joget lambak. Menanti pengunjung memilih jejaka-jejaka hensem ini untuk diajak berjoget. |
|
Abang Zai berehat seketika setelah solat maghrib. Sementara Pian melayan puteranya. |
|
Semua orang sedang memerhatikan Akid bercerita soal GST yang baru dilaksanakan di Malaysia. |
|
Saleh dan dua orang rakan Pakistan-nya sedang disoal siasat oleh brader-brader senior di sebuah asrama sekolah. |
|
Selfie dengan Kois. |
Sehari sebelum majlis pertunangan berlangsung, kami telah berkumpul di rumah Kak Long untuk membantu apa-apa yang perlu. Kami sampai agak lewat sebenarnya. Jadi kami solat maghrib lah dulu. Setelah solat, kami makan malam. Aku makan malam dengan sangat berselera sekali. Walaupun masakannya simple, tapi aku makan amat banyak sekali pada malam tu. Kalau tak silap aku, lima periuk nasi aku makan cuma dengan kuah gulai asam pedas aje. Pergh! Memang sangat menyelerakan. Selepas kenyang makan, barulah kami sambung buat kerja.
|
Masa untuk makan. Akid mengepalai rombongan makan nasi. |
|
Berebut-rebut mendapatkan lauk-pauk yang enak ini. |
|
Faridz makan dengan sangat berselera sekali. |
|
Syakira terlalu sedih sebab masakan ini terlalu pedas sampai mengalir meleleh-leleh air matanya macam air terjun Sg Congkak. |
|
Makan suami isteri - Eida dan Kois. |
|
Tetiba Kois tertelan biji durian. Tak taulah dari mana datangnya bijik durian musang king tu. |
|
Dah makan dan dah kenyang. Tak tau nak buat apa pulak dah. |
|
Dengan perasaan bangga diri, dan bagaikan Zlatan Ibrahimovic, Abby telah menayangkan sayuran yang berjaya diperolehinya dari dapur. |
|
Syafiq dan Akid membasuh sawi. |
Oleh kerana kami tak plan nak duduk lama, pasal masih ada kek hantaran yang perlu disiapkan kat rumah, maka kami sekadar tolong buat benda-benda yang simple ajelah. Kat ruang porch depan, sepupu-sepupu lelaki membantu Kak Uda dalam urusan yang bersangkutan dengan masak-memasak. Mula-mula mereka ditugaskan untuk mencuci sayur-sayuran dan bahan-bahan untuk dimasak. Kerja-kerja membasuh ini telah diketuai oleh Syafiq dengan dibantu oleh Akid, Syauqi dan Faiisal, selaku penolong kanan. Syafiq telah menggunakan pengalamannya selama sepuluh tahun dalam kerja-kerja pembasuhan kereta suatu ketika dulu. Untuk memastikan bahan-bahan masakan dicuci dengan bersih dan suci, Syafiq telah mengenakan kaedah 'snow wash' bagi memastikan sayur-sayuran nampak berkilat dan menyelerakan. Kemudian, proses waxing pulak dilakukan agar habuk-habuk tak dapat melekat pada sayuran yang telah dibasuh tadi. Antara sayuran yang telah berjaya dicuci oleh Syafiq dan rakan-rakan termasuklah sayur sawi, carrot, serai, cili merah, tomato, timun, cili api dan daun sup. Faiisal, sebagai orang kuat Syafiq pulak telah mengunakan sabun Cap X. Sebab itulah Faiisal terpaksa mencuci sayuran itu berkali-kali. Cuci, dan cuci lagi. Cuci dan cuci lagi. Berkali-kali, sehinggalah Syafiq membawa sabun Lifebuoy menggantikan sabun Cap X tadi.
|
Syauqi memadamkan api yang tiba-tiba menyala pada daun sayur sawi itu. |
|
Bangga kerana telah terpilih menjadi duta sayur sawi di Malaysia. |
|
Kak Uda selaku penaung aktiviti mencantas daun sawi. |
|
Syafiq membantu mamanya menyiang sawi. |
|
Syauqi memotong sawi mengikut ukuran skala 1:50 ukuran architecture. |
|
Semua sawi ini telah diukur dan ditandakan terlebih dahulu sebelum dipotong. |
|
Akid memotong carrot untuk dibuat air carrot susu. |
|
Selebihnya akan dibuat kek carrot. |
Setelah sayuran selamat dicuci dengan kadar sangat bersih dan suci, maka tibalah proses selanjutnya iaitu memotong sayuran tadi. Pakar memotong sayur sudah pastilah Syauqi. Syauqi pulak telah menggunakan pengalaman tujuh tahunnya dalam kegiatan potong-memotong, termasuklah memotong kayu api, memotong balak, memotong garisan ketika beratur, dan memotong kenderaan berat di atas jalan raya. Sebagai seorang arkitek, Syauqi memastikan setiap potongan sayurnya mengikut proportion yang cantik mata memandang dan sedap mulut menjamah. Setiap potongan sayuran itu akan diukur dengan pembaris, ditanda dengan pen, dan barulah dipotong dengan pisau cutter dan pembaris besi bagi memastikan hasil potongan tetap kemas dan tepat.
|
Kak Uda menunjukkan kepada Syafiq cara-cara untuk memilih daun sawi yang berkhasiat dan kaya dengan vitamin C. |
|
Akid masih lagi memotong carrot menggunakan pisau yang lebih tajam kerana carrot ini terlalu keras. |
|
Syafiq sedang mencampurkan serai ke dalam besen berisi air untuk dibuat air mandian serai. |
|
Faiisal yang tak kenal rupa serai telah mencampurkan secekak daun lalang ke dalam ramuan tadi. |
|
Syafiq dan Faiisal membasuh cili untuk dibuat jus kesihatan. |
Aktiviti yang paling mencabar pada malam itu ialah kegiatan mengalihkan dua buah khemah sekali gus. Para Badang yang ada kat situ telah dikerah untuk mengangkat tiang khemah bagi dialihkan dari depan gate rumah seorang jiran yang nak mengeluarkan keretanya dari dalam rumah. Khemah telah diangkat beramai-ramai, dan telah dibawa dan dialih sejauh kira-kira 11 kilometer. Uh! Jauh tu! Aku rasa bukan 11 kilometer kot. Mungkin sejauh 11 sentimeter aje kot. He he he. Selepas tu, barulah kami balik ke rumah untuk menyudahkan aktiviti membuat kek.
|
Buah tomato ini akan di-wax untuk menambahkan kilat pada kulitnya. |
|
Inilah rupa timun air a.k.a. gamat yang berjaya ditangkap Syafiq dan Faiisal di kolam Metropolitan Kepong. |
|
Cili api yang dicuci oleh Syafiq dan Faiisal ini tiba-tiba terbakar. Terpaksa kami panggil bomba untuk memadamkan apinya. |
|
Daun sup ini menjadikan ramuan air tadi lebih wangi dan segar. |
|
Kois sedang memotong cili kering. |
|
Mata Kois pedih kerana air dari cili kering ini tempias dan terkena pada mata. |
|
Abang Haji Khalid dan Faridz bertungkus-lumus mengangkat dan mengalihkan khemas ini ke tempat yang lebih strategik. |
No comments:
Post a Comment