m y f a m i l y

m y   f a m i l y
Showing posts with label dbkl. Show all posts
Showing posts with label dbkl. Show all posts

Thursday, December 27, 2018

Abang Rahim menerima menantu: Apabila Geng Khatib Koyan begabung

Bahagian 1

23 Disember 2018 - Kira-kira 23 tahun lalu, Geng Khatib Koyan tertubuh secara tak rasmi. Produksi pementasan teater "Pelayaran Inderaputra II" menjadi perantara yang menyatukan kami - peminat-peminat teater. Dibimbing oleh orang-orang yang berpengalaman seperti Bung Rosli, Rozaidi, Abang Rahim dan lain-lain lagi, kami yang majoritinya sangat baru dalam bidang ini telah berkampung di sebuah rumah kecil di Jalan Khatib Koyan, Kampung Baru untuk belajar dan merealisasikan sebuah persembahan teater dari sebuah imaginasi yang segar.

Kenapa aku bercerita pasal semua benda ni? Sebab aku nak bagi tau kalian semua macam mana kami boleh saling berkenalan dan pernah sangat rapat dahulu. Dan macam mana kami boleh berjumpa dan mesra dengan Abang Rahim yang merupakan seorang pemain alat muzik yang pernah berkhidmat dengan orkestra DBKL. Juga seorang pemain boneka atau puppet yang hebat. Pada tarikh ini, anak Abang Rahim yang bernama Maisarah (kalau tak silap aku) bersanding di atas pelamin bersama suaminya. Dan kami semua, Geng Khatib Koyan hadir bagi meraikan mereka!

Lukisan kartun wajah Abang Rahim dan Maisarah ini kulukis pada tahun 1995.
Amier dan Sabriena melayan makan dulu.
Begitu jugak dengan Wanie dan isteriku.
Sebahagian daripada Geng Khatib Koyan.
Dari kiri: Baby, Rahah, Adik, Ayie, Pok Me, Malek, Meor.
Seronok bila dapat bersua teman-teman lama.
Dalam whatsapp kami berjanji akan berjumpa pada kira-kira jam 12.00 tengah hari. Tapi kami sampai di lokasi kira-kira jam 2.15 petang. Sesampainya di lobi, Abang Rahim terus menyambutku dengan senyuman sambil memanggil nama penuhku yang unik. Oh! Ingat lagi Abang Rahim pada nama itu. Tak ramai yang tau aku memiliki nama seumpama itu. Kami berpelukan sebelum terus ke meja makan untuk menjamu selera. Di dewan majlis terlihat wajah-wajah familiar seperti Meor, Malek, Baby, Adik Suzana dah Rahah. Zalee pula sedang asyik menggesek biola dengan alunan yang sangat merdu. Semua tetamu kelihatannya terhibur.

Terserlah kegembiraan pada wajah.
Azman Hassan a.k.a. Pok Me sebagai seorang artis popular kini dihurungi teman-teman lama.
Namun Pok Me tetap merendah diri dan mesra seperti dulu.
Jom kita bergambar.
Dan terus bergambar.
Para suami duduk santun di meja makan.
Meor, Ayie dan Malek.
Dan yang paling kecoh sudah pastilah Meor.
Apa-apa pun kami makan dulu. Sesudah makan barulah kami mendekati teman-teman Geng Khatib Koyan untuk berborak sakan. Aku yang memang peminat muzik, asyik melihat dan mendengar gesekan biola Zalee yang sangat memukau. Dengar dalam video dengan dengar live sangat lain rasanya. Dengar live lebih menusuk ke kalbu! Kaum ibu pula mengambil kesempatan untuk berjoget lambak apabila Zalee memperdengarkan sebuah lagu irama joget. Khalayak nampaknya agak terhibur dan mula merakam video. Geng Khatib Koyan nampaknya buat tak peduli aje. Terus berjoget dan berhibur sesama sendiri.

Bersambung...

Zalee meggesek biola.
Mula-mula aku dengar lagu "My Way".
Penuh gaya ketika menggesek.
Memukau para hadirin dan hadirat.
Sampai ada yang pengsan tak sedarkan diri.
Tak kurang yang beratur panjang untuk mendapatkan autograf.
Tetapi Zalee terus menggesek tanpa henti.
Walaupun Pok Me datang mendekati.
Zalee tetap tak peduli.
Target Zalee untuk memecahkan rekod dunia sebagai penggesek biola paling lama tanpa henti.
Dan kini alunan gesekan biola diiringi pula dengan tarian joget dari para hadirat.
Lagu joget Melayu.
Tapi penari mengikut rentak "hentam sajalah!"
Geng Khatib Koyan memang begini.
Dan tetamu yang lain turut sporting dan tak mengeji.
Jom teruskan menari.
Sampai muzik henti...


Sunday, October 22, 2017

Pementasan BDK hari pertama: Jumpa lagi pada show malam kedua

Bahagian 8 (Akhir)

Sepanjang berada di atas pentas, tak henti-henti penonton menyerbu ingin bergambar dan berinteraksi bersama pelakon. Dan sudah tentu mereka tidak dikecewakan permintaan mereka. Para pelakon dan kru produksi turut ber-wefie tak henti-henti. Begitulah seronoknya bila duduk di atas pentas keramat ini.

Setelah puas bergambar dan beramah mesra di atas pentas, sambung lagi bergambar dan bersembang di ruang foyer pulak. Aku melihat betapa ramahnya Dato' Jalaluddin Hassan berbual-bual bersama teman-teman artis yang ada di situ, khususnya Mak Jah, Normah Damanhuri, Kismah Johar dan Raftah Bachik. Tercuit hati aku bila mendengar mereka bergurau.

Bila kawasan panggung mula melengang, seluruh tenaga produksi diarah masuk ke dalam auditorium untuk sessi postmortem. Sebagai tuan pengarah, Abang Hj Kamarul AR banyak menegur persembahan pada malam pertama itu dari segi lakonan mahupun teknikal. Dan terdapat sedikit pengubahsuaian dari segi pemotongan dialog atau aksi yang dirasakan agak meleret-leret. Semua ambil nota akan teguran ini. Namun bagi aku, secara menyeluruh, persembahan yang dipamerkan adalah agak hebat jugak. Namun Abang Hj Kamarul AR dapat melihat ruang-ruang kelemahan yang masih boleh dipertingkatkan untuk persembahan pada malam kedua. Maka tuan-tuan puan-puan yang dihormati sekelian, nantikan ulasan persembahan pada malam kedua pula, nanti. Tapi lambat lagi ya.....?

T A M A T

Semua tak sangka tiba-tiba Nazli a.k.a. Kecik menghunuskan keris. Siapakah magsanya?
Tengok cincin kahwin ke tu?
Para pendekar dan serikandi yang telah beraksi.
Nazli a.k.a. Kecik masih tak puas hati. Masih mahu mencari mangsa.
Shanny dah terikut-ikut dengan rentak Nazli.
Semakin ramai yang ingin mengganas.
Oh! Rupanya Nazli masih berdendam dengan Zack Kool a.k.a Kiabang Indera.
Tapi Zack Kool a.k.a. Kiabang Indera tau yang dirinya itu kebal.
Para pemuzik dari Orkes Pulasan Merah.
Ada sedikit perselisihan faham mengenai chord lagu Dewa Kencana - F# major atau G# minor.
Mereka semua beraksi dengan sangat cemerlang untuk persembahan ini. Syabas!!!
The songkok tinggi gang.
Bersama Puan Normi - pengasas Qalish Beauty Care yang telah menaja t-shirt kami. Terima kasih banyak-banyak.
Artis-artis veteran ini singgah sebentar di gerai Armada Malaiu Malaysia.
Lang Indah tak keberatan melayan pertanyaan mereka.
Dato' Jalaluddin Hassan bergambar sesama rakan artis.
Dato' Jalaluddin bersama Normah Damanhuri dan Mak Jah.
Bergurau senda bersama rakan artis.
Dato' Jalaluddin mengusik Mak Jah. Sangat kelakar. Tapi aku tak nak cerita kat sini.
Masih dengan teman-teman artis.
Isteriku mengambil kesempatan untuk bergambar bersama. Bukan mudah untuk mendapat peluang seperti ini.
Pak Malit memberikan cadangan untuk meningkatkan mutu persembahan.
Abang Hj Kamarul AR mendengar dengan penuh fokus.
Melihat siapa yang masuk ikut pintu depan.
Dua orang hero Malaya sedang berbisik.
Abang Lan Zailan, Abang Mubarak Majid dan Chi di barisan hadapan.
Salman jarang sekali tidak tersenyum bila berdepan denga kamera.
Sangat serius bila mendengar ucapan tuan pengarah.
Nohman berazam untuk memberikan yang terbaik untuk persembahan malam kedua.
Azlansham dan Faisal menghantar whatsapp mengajak lebih ramai untuk datang menonton.
Orang-orang kuat produksi.
Anisa mencatit segala pesanan tuan pengarah.
Neo dan R Azmi turut memberi perhatian.
Pendekar-pendekar duduk penuh disiplin.
Masih duduk mendengar.
Dengar, dengar jugak. Senyum, senyum jugak.
Dua lagi pendekar.
Dayang dan Rosman.