Malam semalam main badminton lagi. Kali ni cukup korum. Ada 5 orang semuanya yang datang. Masing-masing datang dengan semangat membara. Terlalu panas bara tu sampai suhu malam hari pun jadi hangat dan membahang. Sewaktu aku sampai, abang Zahid, Abby, Kois dan Faiisal sedang menunggu aku dengan sabar sambil tangan terketar-ketar kerana ternanti-nanti saat smash boleh dilaksanakan.
Setelah net dipasang, kami dah tak tunggu apa lagi dah, terus mencapai reket dan memukul segala tangkis yang ada di dewan, tak kiralah siapa punya tangkis sekali pun. Baik aku rumuskan ajelah permainan semalam. Abby bermula baik. Smash-nya masih berbisa bak anaconda mematuk ayam. Kois semalam kurang buat smash. Lebih banyak buat drop, tapi drop-nya tersembam kat court sendiri. Abang Zahid masih maintain rentaknya. Cuma mungkin agak keletihan pasal baru lepas main ping-pong entah berapa jam dengan geng tempat kerjanya. Faiisal pulak dah semakin menjinakkan diri dengan bermain net dan smash-nya juga semakin menajam bak duri landak menusuk ke lubang hidung. Aduh! Dan aku... Ni yang malas nak cerita ni. Macam orang mabuk sikit-sikit. Majoriti drop aku kandas kat jaring. Nak smash atau bagi tangkis kat base line, tangan dah tak berapa bertenaga dan mulai malas. Jadi main tolak-tolak jelah tangkis tu ikut suka hati. Tapi tulah, semalam tolakan tangan aku terlebih manjalah pulak sampai tak lepas net. Mungkin terlalu terkesan dengan rentak Usop Wilcha kot.
Beginilah. Biar aku simpulkan. Aku rasa pemain terbaik semalam adalah Faiisal. (Dah beberapa minggu dia main teruk, semalam main okay pulak). Dan pemain terteruk jatuh kat aku. Hu hu hu... Tapi takpa. Aku puas hati pasal badan kuyup berpeluh dan terkeluar segala toksik dalam badan seperti amonia, karbon dioksida, karbon monoksida, nuklear radio aktif, amfibia, dan klorofom. (Tulah, masa belajar Kimia dengan Biologi kat sekolah dulu main-main). Lepas main memang aku rasa lebih cergas dan bertenaga. Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir semalam khususnya kepada abang Zahid yang datang jugak walaupun penat, dan kepada Abby yang ada exam esok harinya. Lain kali kalau penat sangat atau ada benda-benda penting nak buat tak perlu datang pun takpa. Insya-Allah aku faham, sebab aku pun akan berbuat yang demikian. Anyway, terima kasih banyak-banyak sekali lagi.
No comments:
Post a Comment