m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, May 5, 2011

Melawat Terengganu Mei 2011: Samang parking

Ketika aku pergi mendapatkan kereta di tempat letak kereta awam sebelah Hotel Seri Malaysia, aku terlihat sehelai kertas terselit di wiper keretaku. "Surat apakah itu?" bisik hatiku. Adakah ia surat layang yang berbaur politik? Ataukah ia notis makluman nama pemenang pertandingan mencandat sotong? Adakah ia sekadar pamphlet jualan harga runtuh? Ataukah ia keputusan nombor ekor 4 digit? Hatiku tertanya-tanya. Berjam-jam aku terpaku sambil memikirkan kemungkinan-kemungkinan jenis dan erti helaian kertas itu. 

Tiba-tiba terdetik dalam benakku satu idea yang bernas iaitu untuk melihat kertas itu dengan lebih dekat. Alamak! Surat saman daaaaa,,,,,, Parking tak letak duit dalam meter. Bila aku baca nilai samannya, aku terus terharu bercampur sedih kerana nilainya sangat kecil dan boleh didaftarkan dalam program Bersamamu TV3. Lalu bila balik KL, aku pun poslah cek bernilai RM10 kepada Majlis Perbandaran Kuala Terengganu. Kalau kat KL mungkin aku dah koyak dan buang surat saman tu. Tapi sebab aku suka sangat nak datang lagi kat Kuala Terengganu, maka aku bayarlah jugak saman tu.


No comments:

Post a Comment