m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, May 3, 2011

Melawat Terengganu Mei 2011: Taman Tamadun Islam

Ketika berada di Kuala Terengganu, kami sempat berkunjung ke Taman Tamadun Islam. Itu pun selepas dicadangkan oleh kawan kami, Pak Wie. Oleh kerana masa agak terhad, maka kami cuma melihat luaran laman itu sahaja. Yang agak impressive adalah Masjid Kristal-nya. Bangunannya tak begitu besar tapi penggunaan kubah kacanya agak unik. Penyanyi-penyanyi opera soperano adalah dilarang keras untuk datang ke sini. Takut-takut nanti dia menjerit sampai pecah semua kaca-kaca pada bangunan ini.

Taman ini memang cantik dan wajar dilawati oleh sesiapa yang ada di Kuala Terengganu. Sempat jugak kami menjenguk-jenguk ikan di air dan terlihatlah kelibat beberapa ekor ikan belang yang agak besar sedang berenang-renang di gigi air. Geram sungguh aku melihatnya. Macam nak pancing aje! Grrrrr....








No comments:

Post a Comment