Antara masjid yang popular di Kuala Terengganu ialah Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih popular lagi di kalangan muda mudi dikenali sebagai Masjid Terapung. Sebelum kami menjumpai masjid itu, memang kami ingat ia sedang terapung-apung di tengah lautan. Dan untuk ke sana, kami perlu menaiki tongkang yang berlayar tiga hari tiga malam sebelum sampai ke masjid berkenaan. Itulah tanggapan kami pada asalnya. Rupa-rupanya ia terletak sebelah darat, dan perekaciptaan masjid itu dibuat sedemikian rupa hingga visualnya kelihatan seperti ia sedang terapung. Masjid ini akan kelihatan sangat menarik pada sudut-sudut yang tertentu.
Pemandangan tercantik masjid ini. |
Ketika kami pergi melawat, ramai jugaklah pelancong dari dalam dan luar negeri datang berkunjung. Pelawat dari negara asing jugak ada. Malah pelawat yang dari planet asing pun kebetulan datang jugak satu rombongan dengan menaiki bas macam space ship.
Kawan kami, Pak Wie kata, kalau ke sana bawaklah roti, boleh bagi makan ikan. Aku pun singgah kedai dan beli Gardenia satu buku. Di kawasan masjid, aku jenguk dalam air. Nampak ikan-ikan kecil sedang bermain dan berenang-renang. Aku campakkan sedikit roti. Lebih banyak ikan kecil yang datang. Semakin lama semakin besar ikan yang datang. Dan tiba-tiba aku ternampak kelibat siakap merah (mangrove jack) dan ikan bayan (parrot fish) sebesar 2 tapak tangan datang ke dalam kelompok ikan-ikan kecil. Aku dan Syahmie jadi sangat teruja sampai bagai nak luruh jantung aku kerana terlalu terharu bercampur excited, menahan perasaan pasal kat situ dah diletak signboard supaya jangan memancing. Aduh duh duh duh... Itu aku belum cerita lagi pasal ikan-ikan yang melompat-lompat keluar masuk masjid seperti ikan marlin, tenggiri, haruan tasik, pari lang, killer whale dan tak ketinggalan blue whale. Memang boleh dapat sakit jantung.
Ikan pelbagai spesis bermaharajalela di perairan ini. |
Setelah aku dapat mengawal perasaanku, kami pun menuju ke gerai jual baju dan cenderahari. Sedikit sebanyak kami belilah apa-apa yang patut untuk anak-anak kami buat kenangan. Anak bongsu aku, Amier yang dari tadi membelek-belek key-chain bentuk dolphin sambil membuat muka kasihan akhirnya telah mendapat key-chain tersebut secara percuma pasal orang kedai tu kesian kat dia. Aku pun lalu mencuba teknik Amier dengan membelek-belek kereta milik pekedai tadi dengan harapan mereka akan bagi kereta tu kat aku secara free. Tapi sampai berjam-jam pun aku tak mendapat simpati dari mereka. Maka terpaksalah aku beredar.
No comments:
Post a Comment