m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, May 9, 2011

Meraikan hari bonda di Tropicana Clubhouse

Tengah hari Ahad semalam kami sekeluarga makan kat luar, kat Tropicana Clubhouse. Adik aku Lisa yang belanja. Ia sempena Hari Ibu, hari jadi ibu kami (7 Mei) dan hari jadi ayah kami (24 April). Pergi ke sana naik dua kereta. Itulah first time aku makan kat sana pun.


The family.



Wah... banyak betul makanan yang tersaji. Mula-mula aku attack dia punya nasi dulu. Al-maklumlah, makanan ruji. Lepas tu barulah bedal yang lain-lain seperti burger, kuih-muih, abc, ais-kerim, sup dan roti. Agak memeranjatkan diri aku sendiri jugak. Biasanya aku kalau makan buffet mesti hentam sampai perut senak, membesar, sampai nak muntah, tak larat nak bangun. Tapi kali ni aku makan ala kadar aje. Aku rasa semua orang makan tak berapa banyak - sekadar sedap perut merasa aje. Ramai jugak orang yang makan kat situ. Mereka semua datang bawak mak masing-masing. 


Kami dah tanya dulu warna lapik meja apa. Jadi baju kami bagi matching dengan colour lapik meja.


Amier lapar. Lapar sangat. Ngap!







Selain makan-makan ada pulak pihak penganjur menyediakan beberapa hadiah. Dia akan bagi soalan. Siapa dapat jawab dengan betul dapat hadiah. Ataupun dia mintak kemukakan barang-barang tertentu. Siapa paling cepat mengemukakan barang-barang yang diminta, dia akan dapat hadiah jugak.

Sedondon.


ABC satu! Siap!

Ingatkan telur pindang. Rupanya kulit dia aje dicat merah macam Gong Xi Fa Chai.

Selain tu ada jugak game. Game pertama ialah menghias kek. Ia perlu disertai oleh pasangan mak dan anak. Wife aku ada masuk dengan anak perempuan aku, Wanie. Bersungguh-sungguh mereka menghias kek buat smiling face. Tapi juri bagi orang lain menang. Tak dapatlah apa-apa hadiah melainkan kek yang telah dihias tadi.

Sebelum beraksi. Kek masih kemas dan togel.


Mama: Kasik habis whip cream tu. Biar orang sebelah tak dapat guna.

Finish product. The smiling face!

Sedang menunggu keputusan juri.

Ibu, anak dan sebiji kek. Boleh buat tajuk cerpen ni.

Lepas tu ada pulak game untuk kaum bapak. Aku pun masuklah game tu. Ingatkan suruh buat apa, rupanya kena jadi fashion designer-lah pulak! Kena buat baju pompuan pakaikan kat anak patung. Aku pun agak konfius jugak masa nak memulakan acara ni. Aku kena lentok-lentokkan tangan dulu ke macam Usop Wilcha? Atau bergerak extra-sopan santun mengalahkan orang pompuan? Memang aku mati akal. Last-last aku bedal ajelah mengikut gerak hati sambil tangan aku terketar-ketar macam orang kena parkinson. Lepas tu penganjur bagi wife tolong sekali. Barulah aku dapat tarik nafas lega dan relaks sikit buat baju pompuan. Dan akhirnya siap dalam masa 10 minit. Dia tak ada "pengalah". Semua orang adalah pemenang! Dapatlah kami sorang satu beg shopping yang boleh dilipat-lipat.

Fashion designer at work. Don't kacau.


Emcee: Wah! Very nice design. Can I wear something like this, this coming Chinese New Year?


Rizalman & Bernard Chandran, make way for the ultimate fashion designer. Me!

Lunch kat Tropicana semalam memang menyeronokkan. Terima kasih kami ucapkan kepada adik kami, Lisa dan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu sedunia especially ibu-ibu kami dan isteriku juga.

No comments:

Post a Comment