m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, May 5, 2011

Melawat Terengganu Mei 2011: Bertarung dengan killer whale!

"Dah mengena! Dah mengena!" jeritku sambil peluh jantanku mencucur deras. Tarikan ikan yang aku tak tau jenisnya terlalu kuat bagaikan kerbau seladang yang sedang naik minyak. Aku suruh isteri dan anakku memaut pinggangku kuat-kuat kerana kudratku sendiri memang tak termampu melawan asakan makhluk bawah air yang sedang mengganas itu. "Abang pakai umpan apa tadi?" tanya isteriku. "Ikan selayang", jawabku dalam keadaan nafas mulai sesak kerana kepenatan. "Pakai mata kail besar ke?" tanya isteriku lagi. "Tak. Mata kail udang aje. Tali perambut pun cuma 8 paun. Takut putus aje ni", aku suarakan kebimbanganku. Tiba-tiba makhluk yang berada di hujung tali berenang ke permukaan air, dan meloncat ke udara. Lalu kami nampaklah kelibatnya. Dan kami semua tergamam....... "Apa!? Ikan paus pembunuh @ killer whale!!!???" jerit kami dan orang-orang di sekeliling secara serentak.

Okaylah... okaylah... Itu cuma imaginasi aku aje. Sebenarnya selama dua hari aku mancing kat belakang Hotel Seri Malaysia, sekor ikan pun aku tak dapat. Asyik anak-anak ikan aje yang banyak menggetu dan mencuri umpan. Isteriku berjaya menaikkan 3 ekor ikan. Seekor kitang gergasi berskala 8 kilo, dan dua ekor giant trevally aka GT berskala 3 kilo setiap satu. (Boleh percaya ke ni?)

Kali ni aku kalah beradu mancing dengan isteriku. Hu hu hu... Next time kalau datang lagi, akan aku fikirkan strategi baru untuk memperdaya dan menjinakkan ikan-ikan di Kuala Terengganu. Dan akan kujadikan keropok lekor buat hidangan waktu petang. He he he...


Mungkin ikan-ikan sedang berselindung di balik kapal-kapal berlabuh.


Senja yang indah. Memancing sambil menikmati pemandangan.



Syahmie sedang bertarung dengan bapak pari. (Ye lah tu).


Anak-anak merasuah ikan sebelum upacara memancing dimulakan.


Kitang gergasi dan giant trevally yang aku maksudkan, pancingan isteriku.

No comments:

Post a Comment