m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Thursday, May 26, 2011

Buat apa kat KLCC?

Hujung minggu lepas aku, isteriku, Amier, dan kakakku berkunjung ke KLCC. Kami ke sana bukanlah untuk melepak dan bersantai. Bukan jugak untuk mengukur ketinggian menara berkembarnya. Apa lagi untuk buat terjunan bunjee jumping dari jambatan yang menghubungkan kedua-dua menaranya. Bukan jugak untuk menjangka saiz ukur lilit menara yang ada. Tapi kami ke KLCC dengan membawa satu misi yang sangat penting. Amanah dari seseorang yang kami sanjungi. Langkah demi langkah kami atur, menyusur lautan manusia yang pelbagai rupa bentuk dan ragamnya.

Akhirnya kami tiba ke destinasi. Sebuah kedai peralatan elektrik di tingkat 2. Kami ke KLCC nak beli mesin basuh pakaian. Mesin basuh kat rumah dah mogok tak nak bekerja lagi. Dah beberapa kali repair pun masih sakit lagi. Lalu mak aku fikir lebih baik beli baru aje. Itulah yang kami lakukan. Tapi kenapa ke KLCC? Harga barang kat kedai tu agak berpatutan dan sesetengah item memang lebih murah dari kedai-kedai lain. Itu pasallah kami ke situ.

 
Sementara kakakku berurusan dengan juru jual, aku dan Amier mencuba nengok tv 3D yang dipamerkan. Masa tu dia tayangkan cerita Avatar. Wow! Hebat betul 3D dia. Amier mula-mula takut. Dia kata mengerikan. Last-last bila dah cuba nengok langsung dia tak nak beredar dari tempat tu. Memanglah satu pengalaman yang baru bagi kanak-kanak sebaya Amier. Dalam perjalanan pulang kami ternampak satu poster iklan yang sangat mencerminkan karaktor anak bongsuku, Amier. Dan kami pun bergambar di sebelahnya.



No comments:

Post a Comment