m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Sunday, May 8, 2011

Laungan super sonik di pasar borong Selayang

Ahad: sesudah subuh aku dan Syahmie memecut deras ke pasar borong Selayang bagi mendapatkan bekalan ikan selama sebulan. Kami beli pelbagai jenis ikan dari ikan keli yang masih hidup hinggalah ke ikan kembung yang telah kembung perutnya kerana dah terlalu lama mati. Harga di pasar borong adalah seperti berikut: keli hidup - RM3.80 sekilo, selar besar - RM9.00 sekilo, kembung sederhana - RM6.50 sekilo, kerisi besar - RM9.00 sekilo, siakap kecil - RM14.00 sekilo, udang sederhana besar - RM16.00 sekilo. Udang dan ikan siakap jadi terlalu mahal pulak kebelakangan ni. Tak taulah sebab apa. Murah lagi beli udang kat Tesco, cuma RM10.00 aje sekilo. 

Ikan keli ni agak ganas jugak. Lebih ganas lebih enak rasanya.
Lepas beli ikan aneka jenis, kami menghala pulak ke seksyen sayur-sayuran. Sesampainya kat sana tiba-tiba seorang ah soh dengan lantangnya berteriak kat sebelah telinga aku, "BAWANG KASI MARI!!!!!!!" Wow! Macam nak pecah gegendang telinga aku mendengarkan teriakan ah soh tadi. Aku perasan kat pasar borong tu memang diorang tak pakai handphone. Dia main jerit je sekuat hati. Sorang kat utara, sorang kat selatan, jarak masing-masing adalah terpisah kira-kira 100 meter. Diorang akan jerit aje biar terkeluar anak tekak. Tapi kita yang duduk sebelah dialah yang pening. Dikhabarkan pulak dari sumber-sumber tertentu, kalau nak kontek kawan-kawan yang duduk kat kawasan perumahan yang berlainan pun diorang main jerit aje jugak. "Hari ni lu masak apa?!!!" "Gua masak sup ayam, lo!!!" "Nanti lagi setengah jam gua datang lu punya lumah naik bas loh!!!" "Okay! Gua tunggu maaa!!!" Nak jimatkan bil telefonlah katakan. Berbalas-balas laungan macam jet super sonik. Kalau dua tiga jam duduk kat pasar borong, silap-silap boleh pengsan pasal kehingaran yang mega dahsyat!


Syahmie mengopek kulit udang yang baru dibeli di pasar borong.

No comments:

Post a Comment