m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Monday, May 30, 2011

Nak jalan ke tak nak?

Pernah tak korang berada pada situasi dilema? Mesti pernah kan? Nak buat ke tak nak? Nak pergi ke tak nak? Nak makan ke tak nak? Dan banyak lagi dilema yang menyulam kehidupan kita seharian. 

Weekend lepas aku dalam dilema lagi. Bukan soal beli tak beli, buat tak buat, pergi tak pergi atau makan tak makan. Tapi soal jalan atau berhenti. Cikgu driving aku kata kalau lampu hijau mesti jalan. Kalau lampu merah mesti berhenti. Kalau lampu kuning mesti tekan minyak laaa... Tapi baru ni aku terserempak dengan satu lampu yang kata nak jalan boleh, nak berhenti pun boleh. Hijau dan merahnya menyala serentak. Termenung aku dan pemandu-pemandu lain dalam kebingungan. Ada yang memberhentikan kereta, tapi berjalan kaki mengikut arahan lampu hijau. Ada yang memotong kereta mereka menjadi dua. Sebelah ditinggalkan, dan sebelah lagi terus bergerak ke hadapan. Ada pulak yang terus mereng kerana tak sanggup menerima dugaan seumpama ini. Lalu dia dimasukkan ke dalam wad sakit jiwa. Dan aku, setelah membuat kajian terperinci akan maksud yang tersirat, dengan membuat calculation geometri dan simetri, akhirnya mengambil langkah paling bijak dalam sejarah kemanusiaan sejagat. Dan langkah itu adalah... ambik gambar traffic light yang dah sewel tu dan tunjukkan kat korang. Biar sama-sama kita fikirkan. Amacam? Dah dapat keputusan? Kalau belum, teruskan berfikir...


No comments:

Post a Comment