Perjalanan ke Kuala Terengganu berlangsung sangat hebat dan mengujakan. Setelah melihat keindahan alam semulajadi seperti laut, sungai, pokok-pokok paya, setelah menikmati satar, ikan dan sotong celup tepung yang digoreng, setelah makan jagung bakar kat tepi jalan, kami pun tibalah di bandar Kuala Terengganu pada waktu malam - waktu maghrib. Kami hubungi kawan kami, Zawawi yang kami panggil Pak Wie bertanyakan arah ke rumahnya. Lalu kami ke Kg Durian Burung dan beristirahat di rumah Pak Wie. Aku nengok kat kawasan tu takda pulak buah durian, walaupun nama kampung ada sebut durian. Bila aku buat kajian, rupanya durian kat kampung tu burung yang punya. Sebab tu kampung tu dibagi nama Kg Durian Burung.
Bermalam di rumah Pak Wie sangat santai. Bukan saja Pak Wie & isteri yang ramah, anak bongsunya Rina juga sangat menghiburkan dan dia akrab dengan anak bongsu kami, Amier. Maklumlah dekat sebaya. Kami cukup makan, cukup rehat di rumah Pak Wie. Terima kasih kami ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Pak Wie kerana menerima kami menjadi tetamu mereka dan telah melayan kami dengan baik sekali. Semoga rezeki kalian lebih murah dan berkat dan segala kebaikan dibalas Allah dengan kemuliaan yang tertinggi di jannah. Amin
Ini bukan rumah Pak Wie. Ini rumah jiran Pak Wie. Jiran Pak Wie ni pun tak duduk kat sini lagi. |
Ini barulah rumah Pak Wie. |
Mulakan makan dengan doa dan perasaan malu-malu. |
Selesaikan pemakanan dengan doa juga, serta pinggan mangkuk yang licin. |
No comments:
Post a Comment