Muqadimah: dah beberapa hari kebelakangan ni asyik bermasalah aje nak masuk blog. Sekejap kata tengah servis-lah. Sekejap pulak lagi tak boleh log in lah. Okay, ni tengah boleh ni aku masukkanlah cepat-cepat entry sebelum keluar problem lain pulak. Cerita ni memang dah basi. Tapi apa nak buat, kekadang benda yang macam dah expired pun sedap jugak dimakan (seperti ikan pekasam, tapai, budu, cencaluk dsb).
Khamis lepas main badminton macam biasa. Yang tak biasanya adalah kehadiran Abang Zai dan Faridz. Aku rasa dah dua bulan Abang Zai tak turun main. Aku ingatkan dah gantung reket. Nasib baik belum gantung lagi. Aku memang cukup happy kalau Abang Zai dan Abang Zahid datang main badminton sekali. Rasa macam lively sikitlah malam tu. Walaupun lama dah tak main, nampak gayanya skill Abang Zai masih tak hilang. Mungkin jugak beliau bertapa di Gua Niah menambah ilmu di dada. Cecita-cecita...
Faridz dengan rambut ala-ala Mohican |
Acara minum kat kedai mamak ni hanya akan berlaku kalau abang Zai ada. Kalau tak kitorang semua terus balik rumah. |
No comments:
Post a Comment