Terengganu adalah salah satu negeri kat Semenanjung Malaysia yang memang aku sangat suka nak lawat. Kami sekeluarga bersama dengan mak aku berkesempatan menghala ke pantai timur sempena cuti 3 hari baru-baru ni, termasuklah cuti Hari Buruh. Kami semua berenam naik kereta Exora yang agak selesa. Perjalanan pergi pada dasarnya memang lancar dan aku pun memang tak plan nak bawak laju-laju, sekadar 250km/j aje, tak sampai pun 300 km/j. Sebelum berangkat, kereta telah dihias cantik, malah kami semua berpakaian cantik. Manalah tau kalau-kalau kamera polis ambik gambar kereta kami nampaklah berseri sikit dalam gambar tu. Tapi mintak-mintak biarlah kamera tu ambil gambar orang lain aje. Kami ni pun bukannya glamer sangat.
Kami ke Terengganu atas beberapa tujuan, termasuklah nak bercuti, melawat saudara, dan membeli ubat herba.
Ada beberapa sebab mengapa aku suka sangat pergi Terengganu yang dah lama tak aku kunjungi. Mungkin dah lebih 10 tahun kot. Tapi setakat Kuala Kemaman tu ada jugaklah kami pergi singgah. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
1. Aku suka ikut jalan pantai. Memang cantik giler. Aku suka nengok laut, dan paya yang kebiruan bila membalikkan warna langit.
2. Aku suka nengok laut, sungai, tasik, kolam, paya, lopak dan lain-lain takungan air yang merupakan penyimpan khazanah ikan pelbagai spesis yang memang sedang menanti-nanti untuk dipancing oleh aku.
3. Aku suka nengok gerai-gerai tepi jalan yang jual keropok lekor, satar, jagung bakar, air tebu, air nira, umpan mancing dan apa sajalah yang terjual di pinggir jalan walaupun tak semestinya aku akan berhenti untuk melihat atau membeli.
4. Dan yang paling best sekali..... aku boleh speaking Ganu dengan orang Kuala Lumpur:
AKU: Ape kabor?
DIA: Kabor baik. Awok asal mane?
AKU: Kolumpor. Saje maghi jalang-jalang. Lame doh tok maghi Ganu. Awok kapung sini?
DIA: Dok. Oghang KL jugok. Seghupe dengang awoklah, maghi tengok pemandangang sambil makang ikang.
AKU: Oghang ghumoh awok asal Ganu?
DIA: Die pung oghang KL jugok. Maghi daghi kawasang urbang pulok tu lagi! Oghang ghumoh awok pulok ade sedare dekak sini?
AKU: Dok eh. Die oghang Kolumpor. Seghupe saye loh! Doh, kalau lagu tu buak amende kite berdue cakak Ganu ni?
DIA: (Mikir betor...) Kite kang satu Malaysia. Dok kighe loh cakak bahase ape pung. Asal pahang kighe okay-loh tu.
AKU: Beto tu. Saye stuju benor cakak awok. Ha ha ha..
AKU & DIA: (Ketawa berdekah-dekah, terbahak-bahak dan kemudian bertukar menjadi mengilai-ngilai hingga mengerikan orang di sekeliling).
Nota: Kawan-kawanku dari Terengganu boleh tolong betulkan dialect Ganu aku yang tak seberapa ni.
Bro,
ReplyDeletebawa tak sekali Asam Keping jumpa abang sepupu dia, Penyu Ganu?
Betullah, memang tak ingat langsung. Patutlah masa kami nak berangkat ke Tganu hari tu aku nengok Asam Keping dok jeling2 & ngendeng2 je kat aku. Rupanya nak ikut gi Tganu lah tu...
ReplyDeletehahaha.. :D .. mesti Asam Keping merajuk tu.. jaga-jaga, takut dia lari dari rumah lagi..
ReplyDelete