Boleh tak agaknya sukan tenis digabungkan dengan sukan badminton? Itulah yang cuba aku lakukan semalam. Cuti hari Rabu sempena pertabalan DYMM Agung aku manfaatkan untuk beriadah bersama saudara-mara dan taulan. Mula-mula aku plan dengan birasku, abang Zai dan dengan anak buahku, Kois. Kedua-dua mereka menyatakan persetujuan untuk turun panaskan badan bermain badminton hari Rabu semalam. Lalu aku booking court kat Stadium Titiwangsa. Kena bayar RM10 untuk sejam. Okay-lah tu. Lepas tu aku terus sms pada birasku, iparku serta anak-anak buahku yang lain akan perancangan ini.
Pada hari yang dinantikan, ramai di kalangan saudara-mara yang turun untuk main badminton. Aku cukup gembira dengan sambutan yang hangat ini. Rupa-rupanya mereka semua dah nak kena parkinson, terketar-ketar tangan pasal dah dekat lima atau enam bulan tak pegang reket badminton. Jadi bila tiba peluang macam ni, mereka semua tak nak lepaskanlah. Kebetulan pulak sehari sebelum tu, kawan tenis aku, abang Aziz ajak aku main tenis pasal nak cukupkan korum. Jadi aku bawaklah reket tenis dan reket badminton sekali gus. Aku akan main kedua-duanya mengikut kesesuaian masa.
|
Abang Md Nor dan Abang Aziz. Masih tak cukup lagi sorang untuk main double. |
|
Sedang berentap dalam permainan single. |
Bermula dengan main badminton dulu dua set, empat game. Cuma group kami aje yang ada kat stadium. Court kosong ada lima lagi yang tak ada players. Kami pun mulakan permainan dengan penuh semangat berkobar-kobar. Memang rentak permainan kami dah jadi carca-marba habis. Timing, coordination, reflex semua dah out. Kena ambil masa sikit untuk mendapatkan rentak. Tapi yang muda-muda macam Faiisal, Kois, Hidayat dan Abby kejap aje dah dapat balik performance lama mereka. Especially Abby yang masih berbisa bila buat smash. Sedangkan aku... hantar kat baseline, jadi bola tanggung. Pukul smash tak tajam dan kencang. Buat drop shot, sangkut kat net. Dan yang paling ketara, bila main second game, nafas dah tercungap-cungap. Pancit! Walaupun court tenis jauh lebih besar, tapi pace dia tak laju macam main badminton. Siap nak termuntah lagi aku. Tapi aku happy dapat mengumpulkan semula geng-geng badminton aku yang semuanya saudara-mara, dalam satu sessi riadah sukan. Satu lagi yang aku suka kalau dapat kumpulkan semua geng-geng ni untuk aktiviti memancing pulak. Hmmm... entah bila pulak tu. Bila aku kira, ada dalam sembilan orang yang datang, termasuk aku. Aku, abang Zai, Faridz, abang Zahid, Abby, Kois, Faiisal, Ali, dan Hidayat. Cukup sembilan!
|
Ali sedang membuat kajian cara-cara nak menentang lawan secara psikologi. |
|
Abby dan Hidayat sangat bertenaga. |
Aku sempat lari kejap ke court tenis yang terletak bersebelahan aje. Masa aku kat situ, aku nengok abang Aziz tengah main dengan abang Md Nor. Lepas diorang habis main, barulah aku masuk nak main pulak. Belum lagi aku start hayun reket, awan hitam dah mula merembeskan air. Ahhh... kami main jugak. Habis aje satu game yang sangat singkat, hujan semakin melebat. Dan kami terpaksa berhenti. Aku pun kembali ke gelanggang badminton, join balik geng saudara-mara aku.
|
Kois dan Faiisal tak kurang hebat. |
|
Kois dan Abang Zai, gembira dapat main badminton kat stadium. |
|
Sedang berlansung perlawanan sengit yang senget. |
Lepas habis main kira-kira jam 10 pagi, kami menghala ke kantin yang juga terletak berdekatan. Aku dah plan dengan anak-anak buah nak pau abang Zai, mintak dia belanja makan breakfast. Sesampainya di kantin, makanan banyak yang dah habis. Alamak! Jadi akhirnya kami minum air ajelah. Memang abang Zai yang belanja pun. Lepas tu barulah kami beredar pulang ke rumah masing-masing. Hari yang penat tapi menyeronokkan. Dan pagi tadi bila aku bangun dari tidur, badan aku, tangan aku, paha dan tengkuk aku semua sakit-sakit. Ni pasal tak cukup lama buat stretching-lah. Kalau lama tak main game macam ni, kurang-kurang kena spend masa dua tiga jam untuk buat regangan otot, barulah tak sakit-sakit. Aduh! Ni masih sakit lagi lah ni...
|
Okay, sarapan time. Tapi minum air aje daaa... |
|
Sembang kosong dan minum-minum sebelum pulang. |
No comments:
Post a Comment