m y f a m i l y

m y   f a m i l y

Tuesday, April 17, 2012

ASTHEG: Permulaan

Bahagian 1

ASTHEG? Apa benda tu? Pertanyaan itulah yang terpacul dari mulut orang-orang yang tak pernah mendengar satu istilah yang pelik tu. Meh aku kisahkan sikit. ASTHEG tu ialah singkatan kepada Architecture Society Theatre Group. Ia macam sebuah kelab untuk penggiat teaterlah. Bukan macam kelab malam atau kelab golf. Ahli-ahlinya terdiri dari pelajar-pelajar jurusan Senibina kat UTM. Penasihatnya ialah pensyarah-pensyarahlah. Dia bukan ada kena daftar-mendaftar. Main masuk aje. Siapa berminat untuk buat performance, boleh join. Boleh keluar bila-bila masa pun. Aku pun sebenarnya tak faham sangat struktur kelab ni. Dia ada, tapi macam tak ada.

Aku pun tak tau sejak bila ia ditubuhkan. Bila aku masuk UTM aje dah ada benda tu. Itu pun aku cuma perasan kewujudannya kira-kira pada tahun 1990. Kalau tak silap masa tu aku nengok sekumpulan pelajar tengah buat rehearsal kat dewan kuliah. Aku nampak macam best aje. Memang aku minat jugak dengan aktiviti teater ni. Kan ayah aku pernah jadi jurulatih teater dulu. Buat masa tu aku cuma jadi penonton ajelah.

Poster teater.
Pada tahun 1992, aku ternampak sekumpulan pelajar junior sedang berlatih teater kat kawasan fakulti dengan diterajui oleh Encik Jak yang kami kenali sebagai "sifu" bagi hal-hal kesenian. Seronok betul aku nengok mereka berlatih. Aku dengan beberapa kawan lain seperti Noris dan Saadon turut menjadi penonton ketika sessi latihan diadakan. Secara tak semena-mena Encik Jak ajak kami join untuk pegang watak pencuri. Tak ada dialog bagi kami, sekadar jadi krew tukang susun set. Tapi dalam gaya pencuri. Kira kena berlakon jugaklah dalam gelap sebab kami susun set lepas lampu dipadamkan. Maka aku, Noris, Saadon dan Fauzi (junior kami) telah dipilih secara rasmi sebagai pelakon ASTHEG pada persembahan kali ni. Kami berempat digelar "thief of Baghdad". Aku pun tak tau kenapa.

Tajuk teater pertama kami tu ialah The Taming Of The Shrew, sebuah karya Shakespeare. Tapi dipersembahkan dalam bentuk moden. Best jugak buat benda-benda baru macam tu, walaupun cuma jadi extra aje. Persembahan sebenar diadakan di galeri Fakulti Alam Bina pada 12 Februari 1992. Tiket cuma RM2.00 sahaja. Murah tu! Dan telah sold out!!! (Sebab tiketnya memang dijual sikit, sebab tempatnya sempit dan kecil).

Cangkung (kiri ke kanan): Sherol, Zul, Kit, En Jak, Adi. Berdiri perempuan (kiri ke kanan): Nik, Zam Zarina, Sha. Berdiri lelaki (kiri ke kanan): Ijan, Fawaz, Zamwel, Hazmi, Syed Nabil, Azlan, Fauzi, Noris, Azmi, Saadon.

2 comments:

  1. salam. mungkin saudara ingin tahu lebih lanjut progress ASTHEG sekarang. selepas cik jak bersara, saya mengambil alih ASTHEG dan membuat sedikit rombakan pada approach persembahan. ia tidak lagi terhad kepada teater lakonan, tetapi skrg terbuka kpd persembahan terbuka, baik dari lakonan, tarian, pantomim, muzikal, nyanyian dan sebagainya.

    kami juga telah membawa ASTHEG ke level seterusnya, dengan sokongan FAB dan UTM-ICC (innovation commercialization center).

    pada tahun 2010, ASTHEG mewakili UTM dalam pertandingan muzikal kreatif anjuran MOSTI di UTHM. ASTHEG mendapat tempat ketiga dalam zon selatan (johor+melaka). video:
    http://www.youtube.com/watch?v=zrDgoSeee-U

    seterusnya, video promo 2011:
    http://www.youtube.com/watch?v=rxVBLBXZ3u8

    kemudian terlibat dalam memperjuangkan kempen pembebasan palestin 2012 (persembahan live di stadium malawati shah alam):
    http://www.youtube.com/watch?v=PtxMDL9m1Ts&feature=related

    dan terutama sekali - ASTHEG dalam MHI TV3, April 2012
    http://www.youtube.com/watch?v=JF7y0by2pXE&feature=related



    mungkin kita patut buat reunion dengan seluruh famili ASTHEG satu hari nanti.

    azari mat yasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reunion dengan seluruh famili ASTHEG. Satu cadangan yang baik dan bernas!

      Delete