Dulu-dulu, aku ada kawan abang Hj Nordin yang selalu booking court tenis di Tasik Titiwangsa setiap pagi Sabtu dan Ahad. Jadi mudahlah aku nak join main tenis dengan kawan-kawan yang lain tanpa perlu fikir soal mendapatkan tempat untuk beriadah. Kalau tak dapat main hari Sabtu, main hari Ahad. Tapi biasanya aku akan luangkan hanya satu hari aje dalam seminggu untuk bersama-sama dengan kawan-kawan tenis ku yang kebanyakannya telah berusia lebih 50 tahun.
Lepas tu abang Hj Nordin mula buat coaching. Ajar budak sekolah main tenis. Dan dia jugak mula kerja part time jadi operator McDonald's. Maka masa untuk buat booking court dah jadi terhad. Masa nak main tenis dengan kami pun dah terbatas. Maka penempahan court mingguan sudah tak dapat dilakukan lagi. Lalu abang Aziz take over tugas tu. Tapi abang Aziz sering sibuk pada hujung-hujung minggu. Dan katanya lagi nak buat booking court waktu pagi dah semakin susah pasal kebanyakan court telah digunakan untuk melatih budak-budak. Memang betul pun. Jadi abang Aziz buat booking waktu petang. Dan waktu petang aku pulak yang sibuk dengan hal-hal tertentu. Akhirnya sessi tenisku yang dulu regular dah jadi tak menentu. Nak main sebulan sekali pun belum tentu.
Nabil, Nasrul dan Azizan. Walaupun masih remaja, mereka ini hebat beraksi di gelanggang. |
Akhirnya aku memutuskan untuk buat booking sendiri. Kalau ada masa dua jam atau sejam pada pagi hari yang kosong, aku akan buat tempahan. Tempahan boleh dibuat on-line, cuma bayaran perlu dibuat dalam masa dua hari kat pejabat sukan. Dan aku pun mulalah membuat booking, dan berharap tiada aral pada pagi hari agar aku dapat beriadah seperti dahulu.
Pada pagi Sabtu lepas, aku sempat ke Titiwangsa untuk memulakan kembali sessi tenisku. Ingat nak keluar awal, biar dapat main awal. Baru nak keluar rumah, perutku dah menggelodak. Terpaksa singgah bank dulu untuk melunaskan deposit. Sampai di Titiwangsa, kereta punyalah sesak pasal ada hari sukan kanak-kanak tadika. Tapi aku dapat jugak parking, dan tiba di gelanggang jam 8.15 pagi. Aku telah mengagak, tiada kawan-kawan tenisku yang akan join aku pagi tu. Jadi secara sepontan aku mengajak dua orang remaja berusia 16 dan abangnya 18 tahun untuk main bersamaku. Mereka sebenarnya tengah menunggu sessi coaching jam 9.00 pagi nanti.
Kami pukul stroke sampai seorang lagi kawan mereka sampai dan kami pun mula main double. Aku partner dengan si adik, Nasrul, dan abangnya Nabil partner pulak dengan Azizan. Nasrul bermain sangat baik di jaring dan bermain volley. Daripada ketinggalan 0-2, akhirnya kami menang jugak dengan 6-4. Habis satu set, jam pun menunjukkan pukul 9.00 pagi. Masa untuk aku pulang. Terima kasih kepada anak-anak remaja yang hebat bermain tenis kerana telah mendapat training yang betul dan berkesan sejak tiga tahun lalu.
Nabil, Azizan dan Nasrul. |
No comments:
Post a Comment